LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Tuesday, August 18, 2009

Luangkan Masa Untuk Allah

MUSIBAH ATAU AZAB

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30

maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.

Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan.

Musibah, tentunya berbeza dari azab.Dalam perspektif Islam, musibah merupakan satu bentuk perkara yang menimpa bertujuan menilai kesabaran dan kekuatan mental umat Islam.Perkara ini jelas dinyatakan Allah menerusi firmanNya dalam suarah al-Baqarah ayat 155

, maksudnya : " Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


Selain itu musibah juga berlaku bertujuan menampakkan rahmatNya kepada makhluk yang bernama manusia agar tidak melupakan kehambaannya dan tidak menyombongkan diri.FirmanNya dalam surah al-Hadid ayat 22-23

yang bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


Azab pula adalah satu hukuman terhadap mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah dan mengengkarinya.FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 7


, maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Istilah azab atau laknat khusus diturunkan buat golongan yang derhaka terhadap perintah Allah, seperti azab yang menimpa kaum Nabi Nuh contohnya.Firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 73-74

: Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran. Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.

AMALAN YANG DITOLAK ALLAH


مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّ
Ummil Mukminin, Ummi Abdillah, Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa mengada-ngadakan yang baru (bid’ah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: “Barang siapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak. “
HURAIAN
Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam yang merupakan kalimat pendek yang penuh dengan arti yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli ushul fiqh menjadikan Hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosak.
Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang bukan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam Sunnah, maka tidak termasuk di dalam larangan ini, seperti menulis semula Al Qur’an dalam mushaf dan pembukuan pendapat para ahli fiqh yang bertaraf mujtahid yang mengemukakan keterangan masalah furu’ dari pokoknya, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.. Demikian juga mengarang kitab-kitab nahwu, ilmu hitung fara’id, dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah s.a.w. dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidak termasuk dalam amaran yang dinyatakan oleh Hadis di atas

DOA2 UTK PERSIAPAN MENGHADAPI BULAN PILIHAN


DOA-DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESELAMATAN



اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ ، تُحِبُّ الْعَفْو َ فَاعْفُ عَنِّي

“ Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun , maka ampunilah aku / kami.[1]

أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ عَنْ عُقُوبَتِكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَـيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

Maksudnya : “ Ya Allah aku memohon dariMu KeredhaanMu dan syurga dan kami memohon perlindunganMu dari kemurkaanMu dan dari neraka . [2]


DOA MENDAPAT KETENANGAN UNTUK BERJUMPA ALLAH


اللَهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَـفْسـاً بِكَ مُطْمَئِنَّـةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ بِعَطَائِكَ .

Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu” .[3]

Doa dipermudahkan Hisab

اَللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَاباً يَسِيراً


Maksudnya : “ Ya Allah Mudahkanlah perhitunganku ”.



DOA AGAR SELAMAT DARI AZAB SIKSA QUBUR,NERAKA , FITNAH KEHIDUPAN & KEMATIAN SERTA DAJJAL


اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيا وَالمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسيحِ الدَّجَالِ Ya Allah ku pohon perlindungan dari azab api neraka dan azab qubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajjal [4]

Sumber:Tazkirah Ustaz Zahazan

Ramadhan

RAMADHAN DIHAYATI TAQWA DIMILIKI

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Renungilah firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يأيهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Sempena hari Jumaat yang mulia di bulan Ramadhan yang diberkati dan dirahmati Allah ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk sama-sama merebut tawaran dan ganjaran yang begitu besar yang dijanjikan pada bulan ini. Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah dengan gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa bagi hambaNya yang memohon keampunan daripadaNya mestilah digunakan sebaik mungkin oleh kita dalam menambahkan amalan soleh serta meningkatkan kualiti ibadat tersebut agar kita sama-sama dapat meraih segala tawaran dan janji Allah yang begitu istimewa ini yang tidak ada pada bulan-bulan selain Ramadhan. Antara hikmat ibadat puasa untuk keselamatan dunia ialah dapat menjaga kesihatan kita apabila dengan mengerjakan ibadat puasa dapat memberi ruang kepada tempat penghadam di dalam perut kita untuk berehat sehingga kesihatan kita dapat dijaga. Tetapi apa yang malangnya apabila ramai di kalangan kita menjadikan Ramadhan bukan sebagai bulan memperbanyakkan ibadat sebaliknya bulan pesta makanan lazat sehingga kita hanya memberi masa kepada penghadam pada siang hari sahaja untuk berehat sedangkan pada malam hari kita menggunakannya untuk menghadam makanan yang kita makan kadang-kadang lebih banyak daripada bulan selain Ramadhan. Ingatlah kita bahawa makanan halal ibarat ubat tetapi jika makan terlalu banyak maka ia bukan boleh memberi banyak manfaat sebaliknya akan membawa mudharat. Sepatutnya pada bulan Ramadhan kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian tetapi akibat mengikut kehendak nafsu maka ia semakin bertambah. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk menjaga kesihatan dan menjimatkan belanja dengan anugerah Ramadhan tetapi kita jarang merebutnya. Jika hikmat puasa untuk kebaikan dunia kita pun tidak dapat direbut maka adakah kita yakin bahawa hikmat puasa berbentuk akhirat dapat diraih


Sempena kedatangan Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai anugerah berharga daripada Allah ini maka marilah kita sama-sama menghidupkannya dengan ibadat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat terawih, menjamu orang berbuka puasa, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Gunakanlah peluang dengan kehadiran Ramadhan sebaiknya dalam melahirkan diri sebagai umat yang bertaqwa kepada Allah sepanjang masa. Jangan biarkan diri kita terus tertewas kepada nafsu ketika teman rapatnya iaitu syaitan dirantai sebulan Ramadhan ini. Adalah malang apabila ada umat Islam yang tidak mahu berusaha untuk beramal dan bersifat sebagaimana ahli syurga ketika Allah membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan bertambah malang apabila ada juga di kalangan umat Islam sendiri yang terus beramal dan bersifat sebagaimana ahli neraka pada bulan yang ditutup rapat pintu neraka. Hayatilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :

قال النبي e : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ - رواه مسلم

Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan

Tanyalah diri kita samada ibadat yang dikerjakan selama ini termasuk ibadat puasa adakah sudah mampu menewaskan nafsu dalam diri serta melahirkan diri kita sebagai umat yang begitu inginkan Syurga sehingga kita berlumba untuk beramal dan bersifat sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar menjauhi amalan dan sifat ahli neraka dengan menghindari segala perbuatan yang dilarang oleh Allah. Rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bagi orang yang berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :

قال الرسول e : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ - رواه ومسلم

Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.


Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan keadaan diri umat manusia. Kewajipan puasa bukanlah suatu penyeksaan dan penderaan kepada umat manusia sebaliknya di sana ada pelbagai kelebihan dan kebaikan yang terbit hasil daripada menunaikan ibadat puasa. Anugerah Ramadhan dapat menyaksikan bagaimana masjid dan surau yang sebelum ini agak kosong kini mulai ramai ahli jemaahnya terutama pada waktu malam. Tanpa anugerah Ramadhan maka agak susah untuk menarik umat Islam sendiri untuk berjinak dengan masjid dan surau walau pun masuknya percuma dan pintunya terbuka sepanjang masa. Oleh itu kita mesti gunakan peluang dengan kehadiran ahli jemaah yang ramai pada bulan Ramadhan ini untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan disamping menanam kukuh kesedaran serta membangkitkan semangat juang dalam melawan musuh batin yakni nafsu dan musuh zahir yang terdiri daripada musuh Islam yang tidak pernah jemu berusaha memerangi Islam. Ramadhan yang pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra dan pembukaan Kota Mekah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.

Jika kita boleh mengerjakan ibadat puasa kerana adanya rasa takut kepada Allah dalam diri maka kita juga wajib yakin bahawa kemenangan Islam pasti datang dengan syarat kita memenuhi tuntutan yang telah digariskan oleh Allah termasuk sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa dengan ibadat serta menjauhi segala dosa yang boleh menyebabkan kita dihinakan oleh Allah di dunia serta disiksa pula dengan api neraka di akhirat sana. Ketika kita membaca dan meneliti ayat-ayat al-Quran maka di sana kita dapati pelbagai cara Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam yang membantu agamaNya dan pelbagai akibat buruk pula yang menghancurkan umat yang melawan agama Allah walau pun mereka mendabik dada dengan kekuasaan dan kekayaan serta kehebatan yang ada pada diri mereka. Kita pada hari ini dapat menyaksikan bagaimana betapa hebatnya Amerika Syarikat sehingga dapat menjajah Afghanistan serta menghancurkan Iraq dalam masa yang singkat tetapi tidak mampu menghadapi bala daripada Allah berbentuk ribut Katrina dan Rita yang menghancurkan beberapa buah negeri dan bandarnya. Manusia hanya mampu mengesan kedatangan ribut yang membolehkan mengurangkan angka kematian tetapi tidak mampu menangkis dan menghalang ribut tersebut.

Sempena bulan Ramadhan ini maka kita jangan lupa kepada saudara kita yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping tertekan di Indonesia terutama selepas pengeboman di Bali, umat Islam di Iraq, Afghanistan, Palestin dan seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kita tadah tangan untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan kemenangan oleh Allah serta dapat sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.

Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :

شهر رمضان الذى أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينـت من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولايريدبكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدئكم ولعلكم تشكرون

Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

sumber

E Khutbah

Masjid Pondok Pasir Tumbuh

Sunday, August 9, 2009

DOA MENJAUHI WABAK PENYAKIT


DOA MENJAUHI WABAK PENYAKIT

Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang

بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اَلَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan tuhan yang memilik alam gaib, dan kami bertawakal kepada tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai tuhan yang maha lemah lembut lagi maha mengetahui sesunguh engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,