LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Tuesday, June 30, 2009

Keistimewaan Bulan Rejab
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
sekitar kesohihan hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku"
Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.

Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?
Di sini saya akan menaqalkan kedudukan hadis ini pada pandangan muhaddisin (ulamak-ulamak hadis) tentang hadis ini. Pandangan para muhaddisin ini saya naqalkan daripada risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad. Antara mereka ialah :
1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206
2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95
5. Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu. Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.
Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab. Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".
Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak dan merugikan, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut. Dan yang paling penting ialah janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w.
Akhir sekali, saya sudahkan risalah ini dengan kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.

UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan.

Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran. Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: “Dalam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu.”

– Hadis ini sebenarnya bertaraf daif. Selain itu, hadis berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga.” – Taraf hadis ini juga daif.Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku.” Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu.Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan.Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda.”Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’ (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan). Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa. Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda.Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.
erkenaan dengan puasa di bulan rejab


Disini saya mengeluarkan pendapat2 para ulama berkenaan dengan Kelebihan puasa dibulan rejab yang di uar-uarkan...Semua kenyataan ini disertakan dengan sumber2 nya agar semua para pembaca dapat membuat rujukan.....Diharap artikel ini dapat memberikan kita kesedaran didalam mengamalkan sesuatu ibadah dalam agama Islam..sekian.
Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:
a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:[4]
Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.

b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:
Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.
c) Oleh itu, lanjut Shaikh al-Qaradhawi, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.
Shaikh al-Sayid Saabiq:
Shaikh al-Sayid Sabiq dalam karyanya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah menyebut:[5]
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.
Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?
Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:[6]
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.
Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:[7]
Dari sudut syara’, dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.
Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:[8]
Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.
Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).
Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.[9]
Kesimpulan
1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.[10]
2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).
3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.
4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.
_____________________________________
Nota Kaki:
[1] Budiman Radzi - Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.
[2] Tafsir al-Jalalain. Harf.com. (URL: http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp)
[3] Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab.
(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249)
[4] Fatwa IslamOnline - Kesahihan Fadilat Rejab.
(URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308)
[5] Fiqh al-Sunnah (Beirut: Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995. Cetakan khas dari manar Al-Dauliyah), jld. 1, ms. 596.
[6] Al-Fatawa (Kaherah: Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000), ms. 371
Sanad hadis ini dha‘if, rujuk Musnad Ahmad yang disemak oleh Shaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan, hadis no: 1322 (Musnad ‘Ali bin Abi Thalib). Walaubagaimana ia memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1163 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Puasa pada bulan Haram) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” (Hafiz Firdaus)
[7] Majmu' Fatawa (Riyadh: Dar Al-Watan, 1996) ms. 269
[8] Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab
(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310)
[9] Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.
4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.
6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).
[10] Kenapakah ia satu bentuk pendustaan? Rujuk risalah berikutnya berjudul Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya.

Sunday, June 28, 2009

aDAT MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
1.Azan telinga Kanan dan iqamah telinga kiri
2.Baca surah al ikhlas dan hembus di telinga kanan dan kiri(keteguhan aqidah sepanjang hidup anak)
3.Baca surah al Qadar hembus ke telinga kanan dan kiri(insyaAllah akan dijauhi sepanjang hidupnya dari perbuatan zina
4.Thanik(menyulati anak dengan buah tamar)-afdal oleh orang alim,soleh dan ahli kebajikan-orang kelantan kata 'Belah Mulut'
5.hari ke 7 menamakan anak
6.Bercukur hari ke 7
7.aqiqah hari ke-7,atau hari ke 14 atau hari ke 21
PENGAJIAN AM (1)
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU PBB
PENGENALAN

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat .
Kini, bilangan negara anggota PBB ialah 191 buah negara; negara terakhir yang menyertai PBB ialah Timur –Leste pada 27 September 2002.
Ibu pejabat PBB terletak di New York, Amerika Syarikat.
Keanggotaan PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dan bersetuju untuk menerima Piagam PBB.

MATLAMAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan perselisihan dan penindasan (dalam usaha ini , PBB mungkin perlu melancarkan serangan ketenteraan).
Menwujudkan hubungan yang baik dikalangan negara yang merdeka .
Menggalakkan pertubuhan ekonomi, social dan kebudayaan serta melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira bangsa , jantina , atau agama .
Menyatupadukan penduduk dunia.

STRUKTUR PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
PERHIMPUNAN AGUNG
Perhimpunan Agung badan terbesar PBB kerana dihadiri wakil-wakil semua negara anggota PBB .
Perhimpunan Agung diadakan setahun sekali untuk membahaskan segala hal yang berhubung dengan matlamat PBB
MAJLIS KESELAMATAN
Majlis Keselamatan badan yang terpenting dalam PBB.
Majlis Keselamatan memainkan peranan yang berikut :
(a) menjaga dan megekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa , iaitu bertumpu pada penyelesaian politik antarabangsa
(b) menghentikan pencerobohan oleh sesebuah negara atau kuasa asing terhadap negara lain .
Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota , iaitu 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap .
Anggota-angota tetap Majlis Keselamatan ialah Amerika Syarikat , Rusia , United Kingdom, Perancis dan China ; setiap anggita tetap itu mempunyai kuasa veto.
Anggota-anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat selama satu penggal ( dua tahun ).
Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965-1966,1989-1990, dan 1999-2000 .

SEKRETARIAT

Sekretariat menjalankan kerja-kerja harian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Tugas-tugas secretariat termaksud :
(a) Mentadbir operasi pengaman ;
(b) Menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa ;
(c) Meninjau masalah dan trend ekonomi dan sosial ;
(d) Mengelolakan persidangan antarabangsa tentang isu- isu dunia ;
Sekretariat diketua oleh setiausaha Agung PBB yang dipilih oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan .
Sekretariat diketua oleh setiausaha Agung PBB yang dipilih oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan .
Tempoh perkhidmatan setiausaha Agung PBB ialah lima tahun dan tempoh itu boleh diperbaharu
Senarai Setiausaha Agung PBB adalah seperti yang berikut :
(a) Trygve Lie dari Sweden (1946-1952)
(b) Dag Hammarskjold dari Norway (1952-1961)
(c) U Thant dari Burma (1961-1971)
(d) Kurt Waldheim dari Austria (1971-1982)
(e) Javier Perez de Cuellar dari Peru (1982-1991)
(f) Boutros Boutros Ghali dari Mesir (1991-1996)
(g) Kofi Annam (1996-kini)

MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC)
Mahkamah jenayah antarabangsa (ICC) ialah mahkamah antarabangsa kekal yang pertama ditubuhkan untuk ,mengadili jenayah antarabangsa yang serius .
Bidang kuasa dan fungsi ICC tertakluk kepada statut Rom ynag berkuat kuasa pada 1 Julai 2002.
Sesiapa yang melakukan sebarang jenayah yang terkandung dalam statut Rom selepas tarikh tersebut boleh didakwa oleh ICC .

ICC akan mengadili jenayah yang paling serius yang mempegaruhi masyarakat antarabangsa seperti :
(a) jenayah pembunuhan kaum beramai-ramai ;
(b) jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan ,penghambaan dan penyeksaan ;
(c) jenayah perang seperti pembunuhan dengan niat, penyeksaan ,dan layanan tidak berperikemanusiaan ;
(d) jenayah pencerobohan ketenteraan ;
ICC berkuasa untuk menjatuhakn hukuman penjara atau hukuman mati terhadap pesalah.

BEBERAPA MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
PERTUBUHAN PENDIDIKAN , SAINTIFIK, DAN KEBUDAYAAN PBB (UNESCO)
Pertubuhan Pendidikan ,Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Paris, Perancis .
UNESCO membantu negara-negara anggotanya membina keupayaan manusia dan institusinya dalam pelbagai bidang
UNESCO juga menggalakkan kerjasama antarabangsa dikalangan negara anggotanya dalam bidang pendidikan ,sains ,social, kebudayaan dan komunikasi .
UNESCO berfungsi sebagai makmal idea untuk menwujudkan perjanjian universal tentang isu-isu etika yang timbul .
UNESCO juga berfungsi sebagai pusat yang menyebarkan dan berkongsi maklumat serta pengetahuan.

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
Matlamat WHO adalah untuk meningkatkan taraf kesihatn manusia sejagat .
WHO telah melancarkan kempen membasmi deman kepialu secara meluas antara tahun 1955-1964 .
WHO terlibat dalam pelancaran pelbagai imunisasi terhadap penyakit seperti Rubella .
WHO telah melancarkan UNAIDS untuk membasmi penyakit AIDS pada Disember 1998.

PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN (FAO)
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) beribu pejabat di Rom, Itali
Matlamat FAO adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan ,membaiki system agihan makanan ,dan mengatasi kebuluran .
FAO menghulurkan bantuan makanan kepada Somalia, Korea Utara yang mengalami kebuluran ,dan mangsa perang di Bosnia dan Kosovo .

PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA (ILO)
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO0 ditubuhkan pada tahun 1910 semasa penubuahn Liga Bangsa dan masih dikekalkan selepas penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .
ILO menegakkan keadilan social khasnya untuk golongan pekerja .
ILO mengubal standard buruh antarabangsa dengan menetapkan standard hak-hak asasi buruh yang minimum seperti :
(a) kebebasan untuk berpersatuan
(b) hak untuk mengendalikan persatuan
(c) perjanjian kolektif
(d) pemansuhan buruh paksa
(e) kesamaan peluang dan layanan
ILO juga menggalakkan pembangunan organisasi majikan dan pekerja yang bebas serta menyediakan latihan dan khidmat nasihat kepada organisasi itu

TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ialah organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 184 buah Negara anggota
IMF ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa melalui intitusi tetap yang meyediakan jentera bagi perundingan tentang masalah kewangan antarabangsa
IMF juga menggalakkan kestabilan tukaran wang asing dan memelihara aturan tukaran wang asing yang tersusun dikalangan anggotanya
IMF juga memberikan bantuan kewangan sementara kepada Negara-negara yang mengalami krisis kewangan untuk membantu Negara-negara tersebut menghadapi masalah itu

PESURUHJAYA TINGGI TENTANG ORANG PELARIAN PBB (UNHCR)
Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) ditubuhkan pada tahun 1950
UNHCR bertanggungjawap untuk memimpin dan menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan masalah mereka
Tujuan utama UNHCR adalah untuk melindungi hak dan kebajikan orang pelarian
UNHCR berusaha untuk memastikan bahawa setiap orang pelarian berhak untuk mendapatkan suaka dan mencari tempat perlindungan yang selamat di Negara lain
UNHCR juga membantu orang pelarian kembali ke negara asal mereka atau menetap di Negara lain

PERSIDANGAN PERDAGANGAN DAN PEMBANGUNAN PBB (UNCTAD)
Persidangan Perdagangan dan Pembanganan PBB (UNCTAD) ditubuhkan pada tahun 1964
UNCTAD bertujuan untuk mengintegrasikan Negara-negara sedang membangun kedalam ekonomi dunia
UNCTAD merupakan titik focus dalam PBB bagi pengurusan isu perdagangan dan pembangunan secara persepadu serta isu-isu lain yang berkaitan dalam bidang kewangan teknologi dan pelaburan
UNCTAD ialah forum bagi perbincangan antara kerajaan yang di sokong oleh perbincangan dengan pakar ekonomi serta pertukaran pengalaman untuk mencapai persetujuan sebulat suara

TABUNG KANAK-KANAK PBB (UNICEF)
Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) ialah badan dunia yang mempertingkatkan kehidupan setiap kanak-kanak
Tujuan penubuhan UNICEF adalah untuk berkerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mengatasi kemiskinan, keganasan, penyakit, dan diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak
UNICEF menganjurkan langkah-langkah untuk memberi kanak-kanak penjagaan yang terbaik dalam kehidupannya
UNICEF menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan untuk memastikan mereka menghabiskan pendidikan peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.


MALAYSIA DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
SEBAB-SEBAB KEMASUKAN

Untuk melicinkan percantuman sabah dan Sarawak
Untuk menikmati bantuan tertentu
Contohnya: WHO dan FAO banyak menghulurkan bantuan melalui pejabat masing-masing di kuala Lumpur
ISU-ISU YANG MELIBATKAN MALAYSIA DAN PBB
Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia diselesaikan melalui Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1963
Kemasukan sabah dan Sarawak ke Malaysia melalui referndum suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan oleh PBB
Tuntutan terhadap pulau Ligitan dan pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia dirujuk kepada mahkamah pengadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 1998
Tuntutan terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura dirujukan kepada ICJ pada tahun 2003

PERANAN MALAYSIA DALAM PERHIMPUNAN AGUNG PBB
Malaysia juga memainkan peranan yang aktif dalam Perhimpunan Agung PBB. Isu-isu dan perjuangan Malaysia dalam PBB bagi membangkitkan kesedaran antarabangsa dalam isu-isu berikut :
(a) memerangi penyalahgunaan dadah
(b) masalah orang pelarian
(c) menghentikan Dasar Aparteid
(d) menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan
(e) kekejaman Israel
(f) masalah ekonomi negara-negara miskin
(g) isu Antartika

MASALAH –MASALAH DALAM PBB
Masalah membayar gaji kepada ramai kakitangannya
Menanggung perbelanjaan agengsinya di serata pelosok dunia
Ahli-ahli PBB, termaksud Amerika Syarikat, belum menjelaskan hutang yang banyak

SEBAB-SEBAB UTAMA SIKAP KURANG SENANG MALAYSIA TERHADAP PBB
PBB telah banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia
PBB menyelesaikan isu agak lambat dan menggamalkan dasar pilih kasih
PBB tidak berupaya untuk mencegah keganasan Amerika Syarikat di Iraq
Majlis Keselamatan PBB tidak demokratik kerana 5 anggota tetapnya mempunyai kuasa veto.

Saturday, June 27, 2009

Sistem Kehakiman di Malaysia

SISTEM KEHAKIMAN
KETUA PENDAFTAR
jabatan di bawah jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dalam kehakiman
fungsi – fungsinya :
bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Hakim Negara
Ketua pentadbir dalam semua mahkamah di Malaysia dibantu timbalan, pegawai kanan, pegawai pentadbir dan pegawai lain di mahkamah

PERLANTIKAN DAN PEMECATAN KEHAKIMAN
diketuai oleh DYMM
Ketua Hakim Negara merupakan ketua dalam bidang kehakiman dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri.
Majistret di Mahkamah Majistret negeri dilantik oleh sultan dengan nasihat Hakim Besar di negeri masing – masing.
terdapat 47 orang Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 10 orang Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Mahkamah Sesyen Malaya mempunyai 52 orang Yang Dipertua, Mahkamah Sesyen Sabah dan Sarawak mempunyai 4 orang Yang Dipertua

JAWATAN HAKIM TETAP
Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:
warga negara Malaysia
dalam tempoh 10 tahun perlantikan dia merupakan peguam Mahkamah Persekutuan atau peguam Mahkamah Tinggi
memegang jawatan sehingga usia 65 tahun jika diperkenankan oleh DYMM
pesaraan dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan

JAWATAN HAKIM SEMETARAN
dilantik mengikut prosedur – prosedur berikut:
sebagai hakim pernah bersidang di mahkamah timggi
sebagai pesuruhjaya kehakiman intuk menyegerakan urusan mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak
sebagai pesuruhjaya kehakiman untuk menyegerakan urusan Mahkamah Tinggi Malaya
syarat perlantikan Hakim Sementara ialah :
berumur melebihi 65 tahun tanpa berunding dengan Majlis Raja – raja
sekurang – kurangnya seorang peguam bela sekiranya belum layak menjadi hakim
hakim yang telah dilantik mengangkat sumpah sebelum melaksanakan tugas iaitu:
Ketua Hakim Negara mengangkat sumpah di hadapan DYMM
hakim mahkamah Persekutuan mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim di mahkamah masing - masing

PERLANTIKAN JABATAN PEGAWAI KEHAKIMAN
Hakim Mahkamah Rendak dilantik dengan persetujuan DYMM
keahlian Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang – undang ialah:
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
ahli terdiri daripada hakim, bekas hakim atau orang yang layak menjadi hakim dilantik DYMM
Peguam Negara jika pegawai kerajaan dan Peguam Cara Negara jika bukan pegawai kerajaan
fungsi:
melantik dan mengesahkan jawatan
menaikkan pangkat
menukar dan mengenakan tindakan tatatertib
PERLANTIKAN JAWATAN PENGADIL ( HAKIM )
Hakim berikut dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja – raja
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim – hakim Besar Mahkamah Tinggi

PENAMATAN ATAU PEMECATAN JAWATAN HAKIM
boleh ditamatkan perkhidmatannya melaui cara – cara:
meletakkan jawatan
dilucutkan jawatan
proses pemecatan seorang hakim mahakamah atasan bermula dengan Perdana Menteri membuat rayuan kepada DYMM
DYMM melantik tribunan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan sekurang – kurangnya 5 orang hakim atau bekas hakim Malaysia
Semasa menanti laporan tribunan DYMM boleh menggantung tugas – tugas hakim berikut:
Hakim Mahkamah Persekutuan atas syor Perdana Menteri
Hakim Besar selepas berbincang dengan Ketua Hakim Negara
Hakim Mahkamah Tinggi selepas berbincang dengan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
Sebab pemecatan :
lemah anggota badan
tidak sempurna akalnya
tidak berkelakuan baik
melanggar kod etika hakim 1994

KOD ETIKA HAKIM 1994
Fasal (3 A) perkara 125, Perlembagaan Persekutuan, DYMM atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi selepas berunding dengan Perdana Menteri menetapkan bahawa:
kod etika dipakai sepanjang tempoh seseorang memegang jawatan sebagai hakim
pelanggaran kod etika boleh menyebabkan seseorang hakim dipecat
beberapa perkara dinyatakan dalam kod etika, iaitu hakim tidak boleh :
membelakangkan tugas – tugas kehakimannya
berkelakuan tidak jujur
kurang cekap atau kurang berusaha
melengahkan kes tanpa alasan yang munasabah
enggan mematuhi apa – apa arahan statutorik
seseorang hakim perlu mengisytiharkan secara bertulis segala asetnya kepada Ketua Hakim Negara

Pihak Berkuasa Tempatan

PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1.kerajaan tempatan ialah satu bentuk kerajaan yang berasingan yang bertujuan untuk memudahkan dan melicinkan pentadbiran awam kawasan setempat.

2.kerajaan tempatan terdiri daripada tiga bentuk,iaitu:
(a)Dewan Majlis/Bandar raya
(b)Majlis Perbandaran
(c)Majlis Daerah

3.Tujuan penubuhan kerajaan tempatan ialah:
(a)Memberi peluang kepada penduduk setempat mengambil bahagian dalam mengurus dan menbangunkan kawasan mereka.
(b)Memastikan keputusan yang menepati keperluan penduduk dibuat dengan tepat.
(c)Perkhidmatan dapat disediakan selaras dengan keperluan penduduk
Bidang Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan
A. Kawalan Kerajaan Negeri
1. Kerajaan negeri membuat pengawalan ke atas kerajaan tempatan dari segi:
Melantik dan memecat ahli-ahliMajlis Penguasa Tempatan
Meluluskan belanjawan dan pinjaman Kerajaan Tempatan
Menentukan taraf ,status, dan sempadan sesebuah Kerajaan Tempatan
Melulus dan menolak belanjawan tahun Kerajaan Tempatan
Memberi arahan tentang perlaksanaan dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
Mengesahkan atau tidak undang-undag kecil sebelum dilaksanakan
Meluluskan jawatan-jawatan baru yang hendak diwujudkan

2. Akta kerajaan tempatan 1976 memperuntukkan kuasa sesebuah kerajaan tempatan untuk:
Menubuhkkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan
Menerima dan melaksana arahan-arahan Kerajaan Negeri

3. Kerajaaan Persekutuan membuat pengawalan ke atas Kerajaan Tempatan dari segi:
Mengubal dasar atau undang-undang Kerajaan Tempatan
Memberi peruntukan kepada Kerajaan Tempatan
Memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal

B. Kuasa Autonomi Kerajaan Tempatan

1. Kerajaan Tempatan diberi Kuasa Autonomi dalam mengubal undamg-undang kecil bepandukan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976
Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974

2. Fungsi atau Tugas Kerajaan Tempatan ialah:
Memastikan dasar Kerajaan Tempatan selaras dengan dasar Kerajaan Pusat
Mengurus dan mengawal pasar awam dan pasar malam
Menjaga kebersihan dengan mengangkut sampah dan mencuci longkang
Mengutip cukai
Membuat undang-undang kecil yang di setujui oleh Kerajaan Negeri
Jenis-jenis Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan terdri daripada tiga jenis iaitu:

Dewan Bandaraya
Majis Perbandaran
Majlis Daerah

Majlis Perbandaran
1. Ciri-cirinya ialah:

merupakan pusat perniagaan yang penting
mempunyai kemudahan asas yang agak moden
mempunyai pembangunan perbandaran yang baik
hasil pendapatan melebihi RM 5 juta setahun
jumlah penduduk melebihi 100 000 orang


2. Contoh Majlis Perbandaran ialah:

Majlis Perbandaran Muar
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Majlis Perbandaran Kuantan
Dewan Bandaraya
1.Ciri-cirinya ialah:

merupakan pusat pentadbiran atau ibu negeri.
menjasi pusat kebudayaan,perdangan dan pendidikan tinggi
menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden
hasil pendapatan melebihi RM 20 juta
jumlah penduduk melebihi 100 000 orang
mempunyai institusi-institusi kewangan

2. Contoh Dewan Bandaraya ialah:

(a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (c) Dewan Bandaraya Kucing
(b) Dewan Bandarya Ipoh (d) Dewan Bandaraya Johor

Majlis Daerah
1. Ciri-cirinya ialah:

terletak di kawasan luar Bandar
mempenyai infrastruktur yang baik
merupakan sebuah pekan yang menjadi pusat perniagaan dan pentadbiran kecil
jumlah hasil pendapatan kurang daripada RM 5 juta setahun
jumlah penduduk tidak melebihi 10 000 orang


2. Contoh Majlis Daerah ialah:

(a) Majlis Daerah Kulim
(b) Majlis Dearah Kampar
Struktur Organisasi Kerajaan Tempatan
Dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeriatau Menteri Wilayah Persekutuan

terdiri dikalangan ahli politik dan ketua jabatan teknikal di peringkat daerah

memegang jawatan selama tiga tahun

KOMANWEL
PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 1931 di bawah pimpinan Queen Elizabeth,Ratu England
Negara2 yang menganggotai Komanwel terdiri daripada bekas-bekas tanah jajahan British yang telah pun mencapai kemerdekaan
1952,keanggotaannya yg terdiri daripada 8 negara iaitu Britain,Kanada,Australia,
New Zealand,Afrika Selatan,India,
Pakistan,dan Sri Lanka
Pada hari ini,komanwel dianggotai 49 negara termasuk Malaysia

MATLAMAT & OBJEKTIF
Memberi kemudahan dan faedah kepada negara-negara anggotanya
Mengadakan kerjasama antara negara anggota dlm bidang politik,ekonomi,alam sekitar dan sosial
Memajukan negara2 anggota &menyelesaikan masalah bersama yang sedia ada
Mengembangkan kegiatan sosial.Sukan Komanwel yg berlansung di Kuala Lumpur
(1988),Manchester,UK(2002) dan Melbourne,Australia(2006) mendapat sambutan baik daripada negara-
negara anggotanya

KEJAYAAN & CABARAN
Rancangan Colombo(1950) memberi bantuan kewangan,teknikal & biasiswa kpd negara2 ahli yang kurang maju bagi melanjutkan pengajian tinggi di luar negara.
1960-an,Dasar Apartheid kerajaan Afrika Selatan &Rhodesia ditentang
oleh Malaysia yg mendapat sokongan kebanyakan anggota kecuali Britain
Dasar perdagangan memihak kepada negara-negara maju.Negara2 mundur tidak diberi peluang untuk bersaing di arena perdagangan antarabangsa
HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN KOMANWEL
Penerimaan bantuan kewangan melalui
Rancangan Colombo(teknikal&biasiswa
pendidikan)
pembabitan tentera2 Komanwel dlm Perang
Dunia Ke2
Pembabitan tentera Komanwel(Britain,New
Zealand &Kanada) menentang komunis pada
Zaman Darurat (1948-60)
Kerjasama &khidmat pakar2 dlm penggubalan Perlembagaan
Persekutuan

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN KOMANWEL
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Malaysia menjadi tuan rumah bagi CHOGM(1989)
Penyataan Kuala Lumpur tentang
Wilayah Selatan Afrika &Deklarasi Langkawi
Malaysia jadi tuan rumah SUKOM (1988)

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
PENGENALAN
Selapas Perang Dunia Ke-2,negara2 dunia dibahagikan 2 blok utama
Blok Barat- Amerika Syarikat
Blok Komunis-Rusia
NAM terdiri daripada satu gabungan negara yang sedang membangun di Asia,Afrika & Amerika Latin
Pergerakan NAM mengadakan mesyuaratnya di Bandung,Indonesia (1955)
MATLAMAT
Menghormati hak asasi manusia & prinsip2 Piagam PBB
Menghormati kedaulatan & keutuhan wilayah2 semua negara
Mengelakkan campur tangan dalam hal- ehwal sesebuah negara
Mengakui persamaan semua ras & negara

PENGLIBATAN MALAYSIA
Hubungan Malaysia dgn NAM tidak begitu baik disebabkan pergerakan pro-Barat
Konfrantasi Malaysia dgn Indonesia memperlihatkan Malaysia lebih pro-Barat kerana keperluan perlindungan Amerika Syarikat
Dasar Malaysia yg sokong Amerika Syarikat di Vienam tidak disambut baik oleh NAM

PENGLIBATAN MALAYSIA
Malaysia sokong kuat dasar2 NAM apabila negara ini mengumumkan dasar berkecuali (1970)
Malaysia bergerak aktif dlm mesyuarat2 NAM yg berlansung di Algiers,Colombo,Havana,New Delhi & Luanda
Malaysia jadi tuan rumah Persidangan NAM &pengerusi NAM(2003)

Pilihanraya

PILIHAN RAYA

1)Dalam sistem demokrasi berpalimen rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalui pilihan raya umum.

2)Bagi tujuan itu,pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun untuk memilih:

(a)Wakil rakyat Parlimen untuk memerintah negara

(b)Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri untuk memerintah negeri.

3)Namun pilihan raya umum boleh diadakan sebelum itu apabila Yang Di Pertuan Agong membubarkannya atas cadangan Perdana Menteri.

4)Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Badan Perundangan Majlis Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri Semenanjung Malaysia.

5)Sabah dan Sarawak diperuntukkan tempoh 90 hari untuk menjalankan pengundian disebabkan banyak penduduk yang tinggal dikawasan pedalaman menhadapi masalah keluar mengundi.

6)Pilihan raya kecil(Dewan Undangan Negeri)diadakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan luar jangka jika berlaku kematian,perletakkan jawatan atau perlucutan keahliah ahli Dewan Undangan Negeri.

7)Pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan kekosongan luar jangka tidak perlu diisi jika kekosongan berlaku dua tahun sebelum tamatnya tempoh dewan melainkan dimaklumkan oleh Speaker.


Sejarah dan Perkembangan Pilihan Raya

1)Kawasan pilihan raya berubah dari semasa ke semasa disebabkan pertambahan penduduk.Contohnya:

(a)Tahun 1959,terdapat 104 kawasan pilihan raya Parlimen dan 282 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

(b)Tahun 1990 terdapat,180 kawasan Parlimen dan 447 kawasan Dewan Undangan Negeri.

(c)Tahun 1999,terdapat 193 kawasan Parlimen dan 504 kawasan Dewan Undangan Negeri.

(d)Tahun 2004 terdapat 219 kawasan Parlimen dan 567 kawasan Dewan Undangan Negeri.

2)Pilihan raya pertama di Tanah Melayu dijalankan pada tahun 1951 untuk Majlis Pembandara Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1952 pula,diadakan untuk Majlis Pembandaran Kuala Lumpur.

3)Dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1955 pula,daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,parti Perikatan UMNO-MCA-MIC Berjaya memenangi 51 kerusi.

4)Isu yang diutamakan pada masa tersebut ialah kemerdekaan dan persemuafakatan antara kaum.

5)Secara umumnya,banyak faktor yang mencetuskan keputusan pilihan raya termasuk ketokohan calon,kekuatan parti politik,dasar parti dan kerajaan yang memerintah.

6)Walau bagaimanapun,pilihan raya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti politik yang memerintah dan parti pembankang.

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)

1)Sebagai mana yang termaktub didalam Pekara 113 hingga 120 Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi dasar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memelihara,menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi negara.

2)Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya ialah:

(a)Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dam penyemakan daftar nama pemilih.

(b)Mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat dengan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil.

(c)Menkaji dan menyempadankan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri.

(d)Mendaftar calon-calon yang bertanding dan menentukan calon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

(e)Menerima dan menyelidik rayuan tentang pilihan raya untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya .

Keanggotaan SPR

1)Suruhanjaya terdiri daripada:

(a)Pengerusi

(b)Timbalan Pengerusi

(c)5 orang ahli lain yang membantu dalam urusan SPR

2)Bagi tujuan keadilan dan ingin mendapatkan keyakinan rakyat,Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan sebuah badan yang bebas daripada kawalan politik.

3)Bahagian Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan pusat pentadbiran SuruhanjayaPilihan Raya.

4)Urusetia ini berperanan melaksanakan semua fungsi,dasar,dan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya dan ahli-ahlinya terdiri daripada:

(a)seorang setiausaha sebagai ketua tadbir

(b)pegawai pilihan raya negeri mengetuai pejabat pilihan raya negeri

(c)Kakitangan Urusetia

5)Syarat-syarat yang ditetapkan untuk ahli Suruhanjaya Pilihan Raya ialah:

(a)Mesti berumur kurang dari 65 tahun

(b)Tidak muflis

(c)Tidak memegang jawatan bergaji yang lain

(d)Bukan ahli mana-mana parti politik atau wakil Dewan Parlimen atau wakil Dewan Undangan Negeri

6)Seseorang ahli Suruhanjaya boleh meletakkan jawatan dengan mengutus surat kepada Yang Di Pertuan Agong.Dia hanya boleh dipecat melalui tribunal sebagaimana seorang hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya dia tidakl melanggar syarat kelayakan ahli.

Perjalanan dan Prosedur Pilihan Raya

1)Dalam pilihan raya,parti-parti politik yang berdaftar memperoleh majoriti kerusi di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan.

2)Bagi memastikan perlaksanaan dan perjalanan pilihan raya dilaksanakan dengan baik,undang-undang dan peraturan dibuat.Antaranya:

(a)Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954(Akta5)

(b)Akta Pilihan Raya (Akta 9)

(c)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)

(d)Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Pendaftaran Pemilih)1971

(e)Peraturan-peraturan Pilihan Raya,1959(Pengundian melalui pos bagi Semenanjung Malaysia)

(f)Peraturan Pilihan Raya 1968(Pengundi melalui pos bagi Sabah dan Sarawak)

Elemen-elemen Pilihan Raya

Dalam sesuatu pilihan raya,elemen-elemen berikut amat penting

(a)Pengundi

(b)Calon

(c)Bahagian pilihan raya

(d)Proses pilihan raya

PENGUNDI

1)Setiap pengundi(Kecuali Wilayah Persekutuan)dikehendaki membuang dua kertas undi dengan satu pemilihan untuk Wakil Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat

2)Seseorang yang layak didaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil terdiri daripada:

(a)Warganegara Malaysia

(b)Berumur 21 tahun keatas

(c)Telah berdaftar dengan suruhanjaya pilihan raya dalam daftar pemilih

(d)Bermaustastin di bahagian pilihan raya

(e)Tidak hilang kelayakkan

3)Para pengundi juga boleh kehilangan hak mengundi jika:

(a)Dia tidak sempurna akal

(b)Dia sedang menjalani hukuman penjara

(c)Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

(d)Telah memperoleh taraf kewarganegaraan asing

4)Urusan pendaftaran dan penyemakkan daftar pemilih/pengundi dijalankan sepanjang tahun.

CALON PILIHAN RAYA

1)Calon pilihan raya yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya merujuk kepada mereka:

(a)Warganegara Malaysia

(b)Berumur 21 tahun keatas

(c)Sempurna akal fikiran

(d)Tidak muflis

(e)Tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan tanpa pengampunan

(f)Tidak pernah didenda RM 2000 keatas tanpa pengampunan

(g)Calon wajib mengemukakan penyata perbelanjaan ketika pilihan raya selesai

2)Pilihan raya akan diadakan jika ada calon-calon dikawasan pilihan raya itu yang merebut jawatan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

1)Pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya ini berkaitan dengan jumlah penduduk dan keluasan kawasan berkenaan.

2)Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bertanggungjawab menyempadankan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dalam tempoh tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh akhir dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Tempoh Perlaksanaan Pilihan Raya

1)Pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri(DUN)diadakan 5 tahun sekali dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

2)Namun pembubaran boleh diawalkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi Dewan Rakyat dan Sultan/Yang Dipertuan Negeri bagi DUN

3)Sekiranya berlaku kekosongan kerusi akibat kematian,perletakkan jawatan dan sebagainya,pilihan raya kecil boleh diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan

4)Namun mengikut pindaan Perlembagaan Persekutuan,sekiranya kekosongan tersebut berlaku 2 tahun sebelum tamatnya tempoh dewan,maka kekosongan tersebut tidak perlu diisi melainkan mendapat persetujuan Speaker Dewan.

Dewan Undangan Negeri

Badan Perundangan Negeri
; Dewan Undangan Negeri (D.U.N. bahagian i)
Pengenalan
Di Malaysia ,terdapat 13 buah badan perundangan negeri.
Badan perundangan negeri tidak terdapat di wilayah-wilayah Persekutuan,Puterajaya,dan Labuan.

Badan perundangan negeri terdiri daripada dua kompenan iaitu;
a)~sultan,raja,Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri.
b)~Dewan Undangan Negeri.
Raja,Sultan @ Yang Di-Pertuan Besar.
Mereka ini adalah kompenan badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangan DUN.

Tugas raja,sultan atau Yang di-Pertuan Besar dalam badan perundangan negeri termasuklah;
a) Merasmikan dan memberi titah diraja ketika pembukaan rasmi penggal DUN.
b) Memanggil persidangan DUN dan tidak tidak boleh membiarkan tempoh antara persidanga melebihi 6 bulan.
c) Menangguhkan DUN.
d) Memperkenankan rang undang-undang negeri.
e) Membubarkan DUN.
Yang Di-Pertua Negeri.
Yang Di-Pertua Negeri ialah kompenan badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangan DUN.

Tugas Yang Di-Pertua Negeri dalam badan perundangan negeri termasuklah;
a) Merasmi dan memberi ucapan ketika pembukaan rasmi DUN.
b) Memangil persidangan DUN dan tidak boleh membiarkan tempoh persidangan melebihi 6 bulan.
c) Menangguhkan persidangan.
d) Meluluskan rang undang-undang negeri.
e) Membubarkan DUN.

Dewan Undangan Negeri.
DUN adalah badan perundangan di peringkat negeri
Ahlinya di pilih oleh rakyat dalam pilihan raya.
DUN di setiap negeri berkuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan.
DUN juga berkuasa terhadap erkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang termaktub dalam jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Selain hal-hal undang-undang,DUN juga membahaskan dan meluluskan belanjawan negeri.
Tempoh hayat DUN ialah lima tahun dari tarikh persidangan pertama DUN.

Kelayakan Calon Untuk Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Warganegara Malaysia
Bemaustautin di negeri yang berkenaan.
Berumur 21 tahun keatas
Sempurna akal
Tidak muflis
Tidak pernah di penjara melebihi 1 tahun(boleh bertanding jika di ampuni atau selepas tamat hukuman penjara).
Tidak pernah di denda melebihi RM2000 atau lebih.
Tidak memegang jawatan berpendapatan.
Berhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang di tandatangani kepada Speker Dewan Undangan Negeri.
Speker Dewan Undangan Negeri kemudian akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya supaya di adakan pilihan raya kecil semula.

Dewan Undangan Negeri (bahagian ii)
Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Pilihan raya umum mesti di adakandalam tempoh60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Sultan,raja dan Yang di-Pertua Negeri mesti memanggil DUN untuk bersidang dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran DUN.
Agenda penting dalam persidangan pertama DUN selepas pilihan raya adalah seperti berikut;
i)Tempoh lima tahun itu di bahagikan kepada lima penggal.
ii)Dalam satu penggal di adakan dua atau tiga persidangan.
iii)Jarak masa antara persidangan tidak melebihi enam bulan atau 180 hari.

Fungsi Dewan Undangan Negeri.
DUN ialah forum untuk membahaskan hal kerajaan dan rakyat dalam negeri.
DUN membahaskan titah ucapan diraja,belanjawan negeri dan rang undang-undang.
DUN meluluskan atau menolak sebarang rang undang-undang.
DUN meminda undang-undang negeri atau perlembagaan negeri.
Speker (Yang Di-Pertua) Dewan Undangan Negeri.
Speker merupakan ahli DUN atau bukan.
Jika speker bukan ahli,beliau tidak boeh terlibat secara aktif dalam perniagaan.

Tugas Speker Dewan Undangan Negeri;
Mempengurusikan DUN
Memastikan tatatertib dan peraturan DUN dipatuhi.
Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan
Menjadi jurucakap DUN.
Memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada SPR.
Posedur Penggubalan Undang-Undang dalam Dewan Undangan Negeri.
DUN hanya berkuasa terhadap perkara dalam Senarai Negeri seperti yang termaktub dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Proses penggubalan kelulusan undang-undang adalah seperti berikut;

Rang Undang-Undang di masukan dalam Warta Kerajaan Negeri

Perkenan / kelulusan RajaSultan,Yang di-Pertuan Besar atau Yang DI-Pertua Negeri.

Bacaan ketiga

Peringkat jawatankuasa

Bacaan kedua

Bacaan pertama

kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Draf Rang Undang–undang disediakan oleh Jabatan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Pindaan Perlembagaan Negeri.
Hanya dua cara boleh di buat untuk pindaan Perlembagaan Negeri.
A) sokongan 2/3 ahli DUN dan perkenan raja bagi hal-hal berikut;
i)-hak dan kedaulatan raja
ii)-keistemewaan DUN.
iii)-kuasa pengampun raja.

B) Sokongan majoriti 2/3 ADUN bagi hal ;
i)-bentuk sumpah dan ikrar
ii)-pemilihan 2 orang ahli DUN sebagai senator.
iii)-bilangan kerusi pilihan raya kawasan DUN.

Parlimen

KOMPENAN PARLIMEN
1.Pada peringkat persekutuan ,kuasa perundangan terletak pada parlimen yang terdiri daripada tiga kompenan:-
(a)Yang di-Pertuan Agong
(b)Dewan Negara
(c)Dewan Rakyat

FUNGSI PARLIMEN DAN KOMPENANNYA
Parlimen merupakan forum untuk ahli-ahli dewan membahaskan hal- ehwal tentang kerajaaan dan negara
Parlimen membahaskan belanjawan negara dan rang undang-undang
Parlimen boleh meminda undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan,iaitu cukai dan kadar persekutuan melalui kuasa Parlimen.


YANG DI-PERTUAN AGONG(DYMM)
Fungsi Yang di-Pertuan Agong
Memperkenankan rang undang-undang
Memanggil Parlimen bersidang
Membubarkan atau memberhentikan persidangan Parlimen
Memberi ucapan dan merasmikan Majlis Parlimen.
Kuasa Memperkenalkan Rang Undang-undang
1.Rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen mesti di perkenan oleh DYMM sebelum di warta dan di kuatkuasakan dalam persekutuan
2.Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan iaitu rang undang-undang yang tidak dipersetujui oleh DYMM dalam masa 30 hari akan di anggap di persetujui oleh baginda dan akan di kuatkuasakan .
3.Selepas Penyimpan Cop Mohor Besar mengenakan Cap Mohor Besar ke atas rang undang-undang atas perintah DYMM,maka undang-undang itu akan di wartakan sebelum dilaksanakan

Kuasa Dalam Mesyuarat Majlis Parlimen
1.DYMM sahaja yang berkuasa untuk memanggil Parlimen bersidang.
2.Baginda mempunyai kuasa mengikut budi bicara memberhentikan atau membubarkan Parlimen.
3.Baginda berhak tidak mengikut apa yang di kata oleh Perdana Menteri yang mencadangkan pembubaran Parlimen.
4.DYMM akan memanggil Parlimen bermesyuarat dalam tempoh enam bulan antara persidangan yang terakhir dalam penggal pertama dengan tarikh penetapan mesyuarat pertama penggal kemudiannya .
5.Baginda tidak mengikuti persidangan Parlimen,tetapi boleh berucap dalam Majlis Parlimen dan merasmikan pembukaan atau pembubaran Parlimen.

Dewan Negara
Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli,iaitu 40 orang dilantik oleh DYMM dari kalangan warganegara yang berbakti kepada negara
Tempoh jawatan ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal.
Parlimen di beri kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah kedudukan ahli Dewan Negara seperti menambah atau mengurangkan bilangan ahli-ahli dewan yang terpilih.
Dewan Negara merupakan Majlis tertinggi di kenali sebagai "senate" dan ahli-ahlinya di kenali sebagai Senator.

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakat sesebuah kawasan parlimen.
Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umun dan dapat menguasai penyokong majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan.
Peminpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya Perdana Menteri kehilangan suara terbanyak Dewan Rakyat maka Perdana Menteri tersebut hendaklah meletakkan jawatan kabinetnya atau mememohon DYMM untuk membubarkan Parlimen.
Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus dalam undang – undang kewangan.

Pentabiran Parlimen
Lima buah jawatankuasa yang dilantik untuk membantu parlimen.
Jawatankuasa pemlilh
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
Jawatankuasa Dewan
Memilih ahli – ahli untuk jawatankuasa Dewan.
Bertanggungjawab mempertimbangkan perkara –perkara yg diserahkan oleh dewan,demi kebaikan ahli dewan.
Menyerahkan penyata yang berkaitan peraturan mesyuarat Majlis Dewan.
Penasihat Yang Dipertua Dewan,menyediakan kemudahan utk ahli Majlis Dewan.

Sistem Perundangan Malaysia

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Perkembagan undang-undang di Malaysia
Undang-undang merujuk kepada peraturan-praturan yang dipersetujui secara umum oleh masyarakat.
Menurut perkara 160,Perlembagaan Persekutuan,undang-undang merujuk kepada undang-undang bertulis,common low yg berkuatkuasa dalam Persekutuan,adat-adat dan kelaziman yang mempunyai kuasa dalam mana-mana bahagian persekutuan.

Sumber undang-undang
Merujuk kepada peraturan undang-undang yg di gunakan di sesebuah negara.
Sumber undang-undang ini boleh dibahagi kepada 2 iaitu
1- Undang-undag bertulis
2- Undang-undang tidak bertulis
Undang-undang bertulis
Undang-undang bertulis merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang yang diluluskan oleh Perlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Badan pengubalan undang-undang terbahagi kepada:
(a) - Parlimen yang mewakili kuasa Kerajaan Persekutuan
(b) - Dewan Undangan Negeri mewakili Kerajaan Negeri
Undang-undang bertulis dikategorikan sebagai:
(a) – Perlembagaan - Perlmbagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
(b) - Statut - akta dan enakmen serta ordinan
(c) - Perundangan kecil
(d) – Undang-undang subsidari

Undang-undang tidak bertulis
Undang-undang ini merujuk kepada undang-undang yang:
(a) - Tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
(b) - Undang-undang ini tidak dapat dikean dalam mana-mana Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri.

2. Di Malaysia,undang-undang tidak bertulis menjadi sumber undang-undang kedua selepas undang-undang bertulis.
Prinsip undang-undang tidak bertulis ialah:
(a) - Undang-undang adat
(b) - Undang-undang islam
(c) - Undang-undang lazim inggeris
(d) – Keputusan-keputusan Mahkamah atau Doktrin Duluan Kehakiman

Friday, June 26, 2009

Perlembagaan Persekutuan

BAB 2
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & PERLEMBAGAAN NEGERI (BHG. 1)
2.1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis yang disebut Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, B.Malik dan Hakim A. Hamid.
Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.
Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.

2.2 KONSEP KETERTINGGIANPERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
2.3 KANDUNGAN PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual di bawah ini:


2.4 CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA YANG DIGARISKAN DALAMPERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri).
Malaysia mempunyai raja berpelembagaan.
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan bercorak Westminster.
Malaysia mempunyai Parlimen dwidewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Malaysia mengutamakan ketinggian Perlembagaan.

2.5 KEBEBASAN ASASIWARGANEGARA MALAYSIA
Kebebasan diri
> Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang.
> Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis
lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke
hadapan seorang majistret untuk mendapatkan
perintah tahanan.
> Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak
polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia
ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia
hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang
dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
> Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis
tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohan habeas corpus
daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

Pengabdian dan kerja paksa
> Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
> Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan
undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan
kerahan bagi maksud-maksud negara.
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
> Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan
atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-
undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
> Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu
kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh
dibicarakan semula kerana kesalahan itu.
Sama rata
> Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.
> Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi
agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
> Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada
memasuki Persekutuan.
> Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di
seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
> Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
> Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
> Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

Kebebasan agama
> Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan
gamanya.
Hak-hak berkenaan dengan pendidikan
> Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara
berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
> Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan
menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam
kumpulan itu sendiri.
Hak terhadap harta
> Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang.
> Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi
mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan
yang mencukupi.

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

( 15 MARKAH )
TUJUAN PENILAIAN
Menilai kebolehan calon mengenal pasti, menganalisis dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam petikan.
Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan pengenalpastian kesalahan, kewajaran analisis dan ketepatan pembetulan.

ASPEK-ASPEK KESALAHAN BAHASA
1.MORFOLOGI
Ejaan dan tanda baca.
Kosa kata
Imbuhan

2 . SINTAKSIS
Struktur frasa dan struktur ayat
CARA PEMBERIAN MARKAH
Markah akan diberikan untuk mengenal pasti kesalahan, 1 markah untuk menyatakan sebab kesalahan dan 1 markah untuk pembetulan.
Markah maksimum ialah 15 markah.
PANDUAN MENGANALISIS
Membina kolum untuk jawapan analisis untuk memudahkan menjawab soalan dan menyenangkan pemeriksaan.
Kenal pasti kesalahan dan mengungkap semula kesalahan dalam kolum dengan memasukkan perkataan sebelum dan selepas kesalahan. ( contoh :…. oleh semua peserta-peserta kursus……)
Gariskan kata atau kesalahannya.

5. Format penulisan analisis kesalahan
bahasa:

KELEMAHAN JAWAPAN PELAJAR
Calon gagal menyatakan kesalahan dengan jelas –contoh (….di…)sedangkan dalam petikan terdapat banyak ….di….
Calon gagal menyatakan sebab kesalahan dengan tepat walaupun jawapan pembetulannya betul.
Calon menyatakan aspek jawapan yang betul dan bukannya sebab kesalahan.
Calon hanya mengemukakan 5 kesalahan sahaja, sedangkan calon boleh mengemukakan seberapa banyak kesalahan .

CONTOH ANALISIS BAHASA
Universiti Panca Persada (UPP) adalah universiti berkembar yang terletak antara bandaraya pintar Cyberjaya dengan Seremban. Kini, UPP mempunyai lebih kurang 11,000 pelajar di kedua buah kampus, yang dilengkapi dengan infrastruktur teknologi maklumat yang bertaraf dunia. Pelajar dan kakitangannya menikmati aplikasi-aplikasi teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati, antaranya penggunaan kad pintar, pentadbiran tanpa kertas, sistem pembelajar-
an multimedia, perpustakaan digital, dan sebagainya. Universiti ini telah mengadakan kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional. Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran. Sesungguhnya UPP akan terus meneroka, menyelidik, dan menawarkan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada pelajar.