Wara'
Dunia hari ini penuh dengan perkara-perkara yagng subahah, iaitu percampuran antara yang haram dan halal.Dalam banyak perkara ,kadang kadang kita terjebak dengan membeli barang2 yang haram ,sehingga benda tersebut menjadi makanan yang dimakan dan menjadi darah daging.Kesanya hati terus menjadi gelap dan malas untuk mengerjakan ibadat. Ibadat tidak kusyuk dan nilai ibadat amat rendah.Kesan yang lebih parah ialah doa yang tidak diterima.Ini jelas kadang terdapat dalam beberapa kes ayam yang tidak sempurna dalam penyembelihan dan dijual secara berleluasa dipasaraya . Orang ramai pula tidak cermat dalam membeli dan binatang tersebut. Asal sahaja ayam maka halallah baginya.Astagfirullah..Cermatlah dalam membeli makanan yang akan dimakan oleh kita dan ahli keluarga kita.
Sembelihan
Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.
Rukun Sembelihan
1. Orang yang menyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih
Syarat-Syarat Sembelihan
1) Orang yang menyembelih
a) beragama Islam @ ahli kitab
b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
c) berakal ; tidak sah jika orang gila
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
3) Alat Sembelihan
a) mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) tidak termasuk gigi, tulang dan kuku
Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih
Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
No comments:
Post a Comment