LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Wednesday, June 15, 2011

HUKUM SOLAT DALAM PESAWAT

HUKUM SOLAT DALAMPESAWAT

adakah benar jika kita bersolat dlm kapal terbang(dlm keadaan
duduk),kita dikehendaki mengqada' solat itu semula...

ada pula pendapat manusia kini yg mengatakan jika kita dlm keadaan berwudu',maka tidak perlu menggantikan solat itu...
ada pula pendapat manusia kini yg mengatakan solat itu hanya perlu diqada' jika kita melaksanakan solat dlm keadaan tidak berwudu'(solat hormat waktu)

adakah wujud dlm islam yg dikatakan 'solat menghormati waktu'?



Jawapan:
Solat adalah tiang agama dan sepenting-penting perkara selepas mengucap dua kalimah syahadah. Kedudukan solat di dalam agama seumpama kedudukan kepala pada jasad. Tidak ada agama bagi yang tidak melaksanakan solat sebagaimana tidak akan hidup manusia tanpa kepala.
Solat merupakan satu-satunya ibadat yang tidak akan tergugur walau bagaimana keadaan sekalipun. Fardu puasa gugur kepada yang musafir atau sakit, zakat tidak diwajibkan kepada yang tidak berharta, haji tidak dipertanggungjawab jika tidak berkemampuan. Berlinan halnya dengan solat, wajib solat dalam keadaan sihat, sakit, senang, susah, aman, perang, tua, muda hatta pada sakarat maut sekalipun. Kesemuanya diwajibkan untuk menunaikan fardu solat. Hanya perbezaan cara pelaksanaannya.

WAJIB BERDIRI LURUS KETIKA SOLAT FARDU
Tidak menjadi masalah berhubung pelaksanaan solat sunat di atas kapal terbang atau selainnya. Ini kerana dibenarkan melaksanakan solat sunat mengikut keadaan kita masing-masing sama ada berdiri, duduk dan isyarat walaupun tanpa apa-apa keuzuran. Ini berdasarkan hadis yang banyak berhubung masalah tersebut.
Masalah yang dipersoalkan oleh penanya berhubung solat fardu di atas kapal terbang. Punca dipermasalahkan perkara ini adalah disebabkan di antara rukun sembahyang fardu ialah: Berdiri ketika membaca fatihah. Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 238:
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) Segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar/subuh), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari berkenaan persoalan Imran bin Husain yang ditimpa buasir. Lalu baginda menjawab;
صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: Solatlah dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu hendaklah dengan duduk. Jika tidak mampu hendaklah dengan berbaring.
Berdasarkan dalil yang telah disebutkan, keempat mazhab bersepakat wajib berdiri bagi yang berkemampuan ketika melaksanakan solat fardu.
KENAPA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG DIMASALAHKAN?
Pelaksanaan solat fardu di atas kapal terbang terdapat dua situasi;
1) Solat dilaksanakan ketika bergantung di udara.
2) Tidak berdiri ketika melaksanakan solat.

SOLAT SAMBIL BERPAUT
Hanafiah: Sesiapa berdiri ketika solat dengan berpaut/sandar pada tongkat atau kepada dinding, jika tongkat atau dinding itu dialihkan dia akan jatuh. Solat itu tidak sah.
Malikiyyah: Wajib berdiri ketika solat tanpa berpaut/bersandar kepada Imam atau yang solat sendirian. Jika berpaut kepada sesuatu, jika benda tersebut dibuang akan jatuh individu yang sedang solat. Maka solat itu tidak sah. Adapun pada makmum tidak wajib berdiri ketika membaca fatihah. Sah solatnya tanpa berdiri.
Syafieyah: Tidak disyaratkan wajib terelak daripada bersandar untuk menjadikan solat yang dilaksanakan itu sah. Ini kerana bersandar dengan sesuatu juga dikatakan berdiri. Hanya makruh melakukan sedemikian. Cuma dipermasalahkan jika bersandar kepada sesuatu, jika dialihkan benda tersebut, individu yang sedang solat tidak jatuh. Maka solat tidak sah kerana dia tidak dikatakan berdiri tetapi bergantung. Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa. Tidak sah solat jika kaki tidak menyentuh bumi (tidak tetap di bumi). Seumpama solat seseorang yang dipapah dan kedua kakinya terangkat dari bumi. Lalu solat, tidak sah solatnya.
Hanabilah: Disyaratkan tidak bersandar kepada yang berkemampuan. Jika bersandar kepada benda yang kuat, batal solatnya.
RUMUSAN:
Daripada pendapat-pendapat Ulama mazhab dapat kita buat kesimpulan;
1) Khilaf Ulama dalam masalah ini hanya dalam menentukan apakah yang dikatakan berdiri. Apakah bersandar itu masih dikatakan berdiri ataupun tidak.
2) Tidak sah solat bagi mereka yang bergantung di udara kerana ia tidak termasuk di dalam maksud berdiri. Bahkan wajib kaki menyentuh tanah (tetap di bumi). Ini berdasarkan dalil hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Darimi, Ahmad, Mu’jam Kabir dan Mu’jam Ausat;
وَجُعِلَتْ لِىَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: Diberikan kepada ku bumi sebagai tempat sujud dan ia bersih.
TIDAK BERDIRI
Sebagaimana yang telah disebutkan pada perbahasan yang lalu. Sepakat keempat-empat mazhab wajib berdiri bagi mereka yang berkemampuan untuk menunaikan solat fardu. Alhamdulillah keadaan ini tidak dipermasalahkan pada hari ini. Boleh dikatakan kebanyakan penerbangan menyediakan tempat kepada penumpang Muslim yang ingin menunaikan solat fardu. Bahkan penerbangan daripada bukan negara Islam juga berikan ruang solat buat penumpang Muslim. Kemungkinan besar setiap Muslim mampu melaksanakan solat dengan sempurna rukun dan syaratnya ketika berada di atas udara.
Kita cuba anggapkan, ada di antara penumpang Muslim tidak mampu menunaikan di antara syarat-syarat atau rukun-rukun solat dengan sempurna. Seumpama tidak diberikan ruang solat atau tidak mengetahui arah kiblat atau tidak mampu berwuduk dan sebagainya. Jika keadaan ini berlaku, wajib melaksanakan solat hormat waktu. Apabila pesawat mendarat setelah habis waktu sembahyang. Solat tersebut akan di qada’. Tujuan solat hormat waktu ialah jika dia mati sebelum sempat qada’ solat, dia tidak akan dipersoalkan oleh Allah. Semua masalah ini dengan catatan jika dia berpegang dengan pendapat yang mengatakan solat di atas pesawat itu sah.
APAKAH SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG ITU SOLAT BERGANTUNG?
Di dalam masalah ini terdapat dua pendapat Ulama berkenaan solat di dalam kapal terbang; Sama ada dikiaskan solat di atas kapal terbang seperti solat di atas kapal air atau sama solat bergantungan yang tidak tetap di atas bumi.
SOLAT DI ATAS KAPAL AIR
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Daruqatni dan Hakim;
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : سُئِلَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الصَّلاَةِ فِى السَّفِينَةِ قَالَ : كَيْفَ أُصَلِّى فِى السَّفِينَةِ؟ فَقَالَ : صَلِّ فِيهَا قَائِمًا إِلاَّ أَنْ تَخَافَ الْغَرَقَ
Maksudnya: Ibnu Umar bertanya baginda mengenai solat di atas kapal air dengan ucapannya: Bagaimana caranya aku solat di dalam kapal air. Jawab baginda: Solatlah dalam keadaan berdiri kecuali kamu khuatir akan tenggelam.
Maksud ucapan baginda khuatir akan tenggelam: Khuatir akan pening kepala atau jatuh ke dalam air jika solat dalam keadaan berdiri.
Sah solat di atas kapal air kerana tidak bergantung dan kaki menyentuh bumi secara maknawi.
KESIMPULAN
Setelah menyebut segala pendapat Fuqaha berhubung masalah solat di atas kapal terbang dapat disimpulkan terdapat dua pendapat Fuqaha berhubung masalah ini.
1) Tidak sah solat di atas kepal terbang walaupun mampu berdiri tegak. Solat di dalam kapal terbang tidak lebih solat menghormati waktu dan wajib diqada setelah turun daripada kapal terbang. Ini pendapat Syafie.
2) Sah solat di atas kapal terbang kerana ia menyamai solat di atas kapal air. Ini merupakan kebanyakan pendapat Ulama kontemporari. Mereka beralasan kapal terbang yang ada pada hari ini terdapat syarat yang dimaksudkan fuqaha iaitu tetap di atas bumi. Bukti kepada ucapan tersebut, kapal terbang yang melalui kawasan vakum akan terhempas dan tidak mampu terbang. Ini membuktikan bersambung di antara mereka yang berada di dalam pesawat dengan bumi. Juga membuktikan kapal terbang dan individu yang berada di dalamnya masih tetap dengan bumi bukan terawang-awang.
Jika dinilai kepada kedua hujah. Fatwa yang sering diberikan oleh Ulama-ulama, banyak mempertahankan solat di atas kapal terbang menyamai solat di atas kapal air. Antara yang menyokong fatwa tersebut. Syeikh Atiah Saqr, Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, Syeikh Ali Jemaah (Mufti Mesir) dan selain mereka.
Sikap yang terbaik untuk kita:
1) Solat Jamak taqdim terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat.
2) Laksanakan solat jamak ta’khir selepas turun daripada pesawat.
3) Jika solat yang tidak mampu dijamak seumpama subuh. Maka berpegang dengan pendapat yang mengatakan solat di atas pesawat sama seperti solat di atas kapal air.
4) Jika tempoh penerbangan memerlukan lebih daripada dua solat yang boleh dijamak. Dipersilakan dengan pendapat mengatakan solat di atas pesawat sama seperti solat di atas kapal air.
Allahu A’lLAM
Sumbangan
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin
Tambahan
Firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 115:

وَلِلَّّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ إِنَّ اللهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ(115)البقرة

Artinya:
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. (AI-Baqarah, 2:115).
Seseorang yang menjalankan shalat di atas kendaraan termasuk di dalam pesawat terbang- sungguh pun dengan tata cara yang tidak sempuma, sudah dinilai sah sehingga tidak diwajibkan mengulang (i' adah) shalatnya lagi sesudah mendarat di daratan. Sebagaimana telah disebutkan oleh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya AI-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, sebagai berikut:
“Menurut Imam Abu Hanifah, diperbolehkan (sah) melaksanakan Shalat Fardlu di dalam perahu, pesawat terbang atau kereta dengan duduk meskipun tanpa ada 'udzur dengan syarat shalat tersebut dilakukan dengan ruku' dan sujud".

No comments:

Post a Comment