AKHIR ZAMAN
• “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya.
Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak memnyuruh berbuat baik
dan melarang yang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan
meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.
Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan
ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan
orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu
sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara
mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)
•
• Menentang kaum memakai kasut dari bulu;-Abu Hurairah r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian
(Umat Islam) memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak
akan tiba hari kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan
perisai yang diratakan;- (Muttafaq Alaih);- (Fakta Sejarah:- 1916 Orang Arab
Memerangi Orang Turki).
• Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar
berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: "Wahai
Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu
hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia
tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah
diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam
timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang
ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi
zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila
manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah
bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan
mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah,
ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan
mereka berbalahan sesama mereka.";- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith
4019), 2/ 1332).;- (Fakta Sejarah;- 1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah;
1932: Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah
daripada negara Arab Saudi; 1948 May Negara Israel dibentuk; 1948-1949: Perang
Pertama Arab-Israel; 1962-1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan
Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada Arab Saudi; 1973 Perang Arab-Israel Ke-
Empat 4.)
• Tentera al-Harith ibn Harran;- Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Dari
negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-
Harith ibn Harran bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama
Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad
sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang
Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.";- [ Riwayat Abu daud,
Kitab al-Mahdi].;- (Fakta Sejarah;- 1969: Yasser Arafat menjadi ketua 'Palestinian
Liberation Organization' dan di tahun yang sama terbentuklah perajurit-perajurit
tentera menentang keganasan).
• Abdullah ibn Harith ibn Juz'; al-Zubaidi berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Akan keluar manusia dari arah Timur yang akan membuka jalan (membantu al-
Mahdi).";- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 3088) ].
• Abdullah r.a. berkata, "Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari
Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air
mata Baginda dan berubah wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu."
Baginda bersabda;" Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia.
Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang
pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan
tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga
manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka
menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan
dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di
antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi
kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji.";- [ Riwayat Ibn Majah,
Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].
• Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan
berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan
melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar
menerima bai';ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam.
Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan
ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila
diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk
membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya
dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut
dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu
adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah
mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan
menyembahyangkan beliau.";- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].(Fakta
Sejarah;- 1975 Terbunuhnya Raja Faisal, Raja Arab Saudi; Bermulanya Perang
Lubnan).
• Thauban r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Akan berbunuhan tiga 3 orang,
merebut khazanah kamu (khazanah di Ka';bah). Mereka semua adalah anak
khalifah dan tidak seorang pun yang berjaya menguasai khazanah itu. Kemudian
akan keluar panji-panji hitam dari timur dan akan membunuh mereka." Baginda
kemudian bersabda sesuatu yang daku tidak ingat, dan "Jika kamu menemui
beliau, pergi dan berbai';ah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di
atas salji kerana beliau adalah Al-Mahdi, Khalifah Allah.";- [ Riwayat Ibn Majah,
Kitab al-Fitan (Hadith 4084)].
• Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan
para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an,
di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.";- (Riwayat
Muslim).
• Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar;- Abu
Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : "Akan keluar dajjal dan khazzab di
kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan
bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri
kamu daripada disesatkan oleh mereka."";- [Musnad Ahmad, 20/349].
• Bahaya Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan ada di antara generasi akhir dari
umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah -;
juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.";- (Riwayat
Muslim).
• Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w.
bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya
pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya
orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan
diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda,
"Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap
kepada masyarakat.";- [Musnad Ahmad, 3/220].
• Bahaya Tujuh Puluh 70 Penyeru Neraka Jahannam;- Ibn Umar r.a. berkata,
"Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :"Di kalangan umat ku akan ada 70
Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu
nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu."
• Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan
(menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama.
Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat
Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).
• Kesilapan Golongan Anti Hadith;-Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana
seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan
orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami
dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-
Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi
s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah
s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";-
(Riwayat Abu Daud).
• Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga
manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat
Abu Dawud).
• Kesilapan Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a.
berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu
masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata.
Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka
(pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).
• Kesilapan Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli
ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).
• Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;-
Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan
melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;-
(Riwayat Ahmad).
• Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;- Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orangorang
muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka
banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul),
tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama
seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat
menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus
mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan
Muslim).
• Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a.
berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul
di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya
kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka
bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu
sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang
harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak
sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam,
bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim).
• Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "
Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa
";- (Riwayat Ahmad).
• Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa';id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah
dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika
dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan
puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui
tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang
terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya
juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa,
tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Nasihat Kejadian Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku
akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu
hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang
bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat
Thabrani).
• Kesilapan Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a
berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan
ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan
agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:"Kami datang kepada para Raja
(pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan
mencampurkan mereka dengan agama kami." Tidak terjadi hal yang demikian itu,
seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri
melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari
mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;-
(Riwayat Ibnu Majah).
• Kesalahan Menipu Daya Dengan Bertopengkan Agama;- Rasulullah s.a.w, bersabda:
Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan
memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat
dari bulu domba (bulu kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding
gula, sedang hati mereka laksana hati serigala.";- (Riwayat Tirmidzi).
• Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari
keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain
pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang
jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan
kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi
kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan
menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).
• Bahaya Ulat-ulat Qurra';;- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra'; (ahli baca Al-Quran).
Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah
dari mereka;- (Riwayat Abu Nu';aim).
• Bahaya Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w.
bersabda: "Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas
salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada
yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum,
sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.";- (Riwayat Ahmad).
• Kesilapan Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;-Daripada
Abu Sa';id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak
pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah
Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau
bukan mereka";- (Riwayat Muslim)
• Bahaya Berbagai Macam Makanan, Pakaian dan Banyak Bicara Sebelum Difikirkan;
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w.bersabda: Kelak akan ada orangorang
dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai
berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang
dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku
(Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu'aim).
• Bahaya Terjangkit Penyakit Umat-umat Dahulu;-Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya,
"Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab,
"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta
benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim
menzalimi";- (Riwayat Hakim).
• Bahaya Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn
Malik r.a. berkata, "Ditanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, (apa akibat)
apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Nabi
s.a.w. bersabda: "Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada
kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan
orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di
kalangan kamu."";- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015),
2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].
• Bahaya Ulama'; Yang Menyebar Fitnah;- Dari Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Nanti dalam waktu tidak lama, datang kepada manusia suatu
zaman, di mana agama Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, dan
tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali hanya huruf dan tulisannya
sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.
Ulama' mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit, dari
mereka (ulama') itu akan muncul bermacam-macam fitnah, dan fitnah itu akan
kembali kepada lingkungan mereka itu sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
• Bahaya Ulama'; Tidak Dipedulikan;-Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudahmudahan
kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama
sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati
mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang
Arab (pada fasihnya).";- (Riwayat Ahmad).
• Bahaya Akan Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin
'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah
s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim
ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih
orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat
dan menyesatkan orang lain." ;- (Riwayat Muslim)
• Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal
namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja.
Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka
adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka
(ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke
lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
• Ketiadaan Imam Yang Layak Untuk Solat Berjemaah;-Daripada Salamah binti al-
Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang
suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat
memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh
menjadi imam";- (Riwayat Ibnu Majah).
• Golongan Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran;- Dari Uqbah bin Amir r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku.
Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran).
• Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;-Daripada
Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan
berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu
bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan
menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan
berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang
tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).
• Kesalahan Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang di akhir zaman segolongan
manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati
mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit
pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak
pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka
mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari
mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka
mereka akan membohongi kamu.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan,
maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil
mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat
baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam
kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang
sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada
perbuatan ma';ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka
adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka
menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah
mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang
pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.";- (Riwayat Thabrani).
• Orang Yang Rosak Akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: "Dunia
ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak
akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].
• Kesilapan Menyalahgunakan Takdir;-Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: '"Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat
kalau ditanya mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami
lakukan.' Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang
yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah."';
• Bahaya Fitnah Bagaikan Malam Yang Gelap-Gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat
berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu
seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang
hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi
hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;-
(Riwayat Tirmidzi).
• Kekuatan Agama Manusia Terletak Pada Dinar dan Dirham (harta);-Rasulullah
s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak
pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)
• Ujian Iman Yang Berat Tidak Mengatasi Amal Soleh;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu
akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada
pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya
kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan
keduniaan" ;- (Riwayat Muslim).
• Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak akan datang atas umatku; suatu masa
di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan
kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa
mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan
meninggalkan kecabulan (penyelewengan) ";- (Riwayat Hakim).
• Jalan Penghindaran Daripada Melakukan Maksiat dan Penyelewengan;- Dari Anas
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia, suatu masa,
yang mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat
(antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah,
maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari
perbuatan itu." Baginda ditanya: "Ya, rasulullah! Ketempat mana kita akan lari
menghindar?" Baginda menjawab: "Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada
sunnah Nabi-Nya";- (Riwayat Ad Dailami).
• Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;-Daripada Huzaifah bin AI-Yaman
r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis
(mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat
sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu
bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu.
Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui
panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya
Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau
bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam
hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja.
Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka
tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas
bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api
yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau
melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw.
menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu
menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai
berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka
menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan
(di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah,
sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam
bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal
di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan
biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak
memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya';ah
(berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan
mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari
khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah
yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani
atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat
membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada
hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan
Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Kesilapan Orang Tidak Lagi Mempedulikan Harta Halal Atau Haram;- "Akan datang
suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang
diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram";- (Riwayat Nasae'i).
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu
zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil,
(apakah yang diambilnya itu halal atau haram)";- (Riwayat Nasae'i).
• Kesilapan Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;-
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan
datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi
memperdulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau
haram;- (Riwayat An Nasa'i).
• Bahaya Maraknya Rasuah;- Mu'az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian.
Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu
mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu
dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka
berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan
penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari
Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan
memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika
kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh
kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti akan
menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apa yang harus kami lakukan pada
waktu seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Lakukanlah seperti yang
dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan
membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah
jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya";- (Riwayat
Tabrani).
• Kesilapan Maraknya Praktik Riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak
tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa
yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;-
(Riwayat Ibnu Majah) Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana
manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).
• Munculnya Galian-galian Bumi;-Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa
dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas
zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari
tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini
adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Nanti kamu akan dapati
banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang
jahat";- (Riwayat Baihaqi).
• Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh
akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu
orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian
mereka berkata: "Kembalilah kepada kami esok." Kemudian Allah menyatukan
gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).
• Kesilapan Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat
telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta
benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah
jauh dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)
• Perdagangan, Perniagaan, Terputusnya Persaudaraan, Saksi Palsu, Tersebar
Luasnya Tulisan-Tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, "Kami sedang duduk bersama
Abdullah ibn Mas';ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat
sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil
seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas';ud dan berkata, "As-salamu';alaika wahai
Abu Abdur Rahman." Jawab beliau, "Allah dan RasulNya telah berkata benar."
Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, "Kamu dengarkah apa jawapan
beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?" Daku berkata, "Biar saya
yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar.
Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : "Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu
ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita
akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi
palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar
luas.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].
• Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;-
Dari Umar bin Tsa';lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian
dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta
benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang
menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae';i).
• Kesilapan Umat Islam Tertimpa Penyakit Orang Kafir;- Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Umatku (Islam) nanti akan ditimpa
penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan,
bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan
saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan
umat);- (Riwayat Hakim).
• Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya
sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)
• Kesalahan Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam
bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada
masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang
yang hidup selepas mereka." Imron berkata: "Aku tidak mengerti; Apakah
Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali
atau tiga kali (generasi)?" Kemudian sabda Rasulullah: " Sesudah mereka ada suatu
kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan
sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar
(berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orangorang
gemuk di antara mereka" ;- (Riwayat Muslim).
• Kesilapan Manusia Di Tahun-Tahun Yang Penuh Tipu Muslihat;- Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada
manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya
orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang
yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan
bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah?
Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani
kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)
• Bahaya Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam
kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian
itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu
adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang
memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak
mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang
tidak memperhatikan kepentingan rakyat);- (Riwayat Bukhari dan Nasae';i).
• Kebencian Terhadap Pemerintahan Kediktatoran;-Ibnu Mas';ud berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesungguhnya, sesudahku nanti kamu akan
menyaksikan kediktatoran, dan perkara-perkara yang kamu membencinya." Para
sahabat bertanya: "Apa yang kamu perintahkan kepada kami, jika hal ini terjadi
wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w, menjawab: "Berikan kepada mereka akan hak
mereka, dan mohonkanlah kepada Allah akan hakmu.";- (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
• Dosa Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka';ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada;
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang
membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka
yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya.
Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat
Turmidzi, Nasae';i dan Hakim).
• Kesalahan Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin
yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri
tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi
hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti
itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa
jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
• Kesilapan Zaman Di Mana Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Domba;- Dari Anas
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia suatu masa, di
mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba" ;-
(Riwayat Ibnu Asakir).
• Bahaya Semua 30 Para Dajjal Mengaku Sebagai Utusan Allah;- Abu Hurairah r.a.
berkata, "Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30
dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara
dan al-Harj berleluasa." Seorang sahabat bertanya, "Apakah harj?" Baginda
bersabda, " Bunuh-membunuh."";- [Musnad Ahmad, 2/457].
• Hilangnya Kemanfaatan Ilmu;- Wa';il berkata:"Saya duduk bersama Abdullah dan
Abu Musa, lalu mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda":
"Sesungguhnya di hari-hari mendekati kiamat ditandai dengan hilangnya
kemanfaatan ilmu, tumbuhnya kebodohan dan banyak terjadi pembunuhan." ;-
(Riwayat Muslim).
• Bahaya Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya
banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud 'harj'
(kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi
pembunuhan;- (Riwayat Muslim).
• Dosa Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas';ud r.a berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin
yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan
perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat kepada
Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Dan
barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah, maka mereka
akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;- (Riwayat Thabrani).
• Bahaya Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagipagi
dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh
kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan
perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).
• Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;- Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak terjadi
hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada
di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas.
Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan
puluh sembilan 99 daripada seratus 100 orang yang berperang. Dan masing-masing
yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di
dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat
akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka
barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta
itu";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Musuh-Musuh Dari Luar Bangsa Tidak Menghancurkan Kekuatan Umat Islam
Walaupun Dikepung Dari Segala Penjuru;- Rasulullah s.a.w, bersabda:
Sesungguhnya Allah memperlihatkan kepadaku bumi dalam bentuk kecil, lalu aku
dapat melihat negeri-negeri Timur dan Barat. Dan sesungguhnya umatku akan
sampai kekuasaannya ke negeri-negeri yang diperlihatkan kepada-ku. Dan
diberikan kepadaku dua 2 simpanan kekayaan, yang merah dan yang putih. Dan
sesungguhnya aku meminta kepada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan-Nya
dengan kemarau yang merata dan tidak dikuasakan kepada mereka musuh dari
luar bangsa mereka sendiri lalu musuh itu menghancurkan kekuatan (kekuasaan)
mereka. Dan sesungguhnya Tuhan telah berfirman: "Hai Muhammad! Sesungguhnya
Aku tidak dapat ditolak. Dan sesungguhnya Aku memberikan umatmu bahawa Aku
tidak membinasakan mereka dengan kemarau yang merata dan tidak akan
menguasakan mereka musuh-musuh dari luar bangsa mereka sendiri, yang akan
menghancurkan kekuatan (kekuasaan) mereka walaupun telah berkumpul
menghadapi mereka dari segala penjuru. Mereka hanyalah akan membinasakan
sesamanya dan mereka menawan sesamanya (perang saudara);- (Riwayat Muslim).
• Kesilapan Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari
Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari
tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai
membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara';
(pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang;- (Riwayat Thabrani).
• Masa Berlalu Bagaikan Kobaran Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling
berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu.
Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam
laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).
• Kesilapan Dikatakan Manusia Halalnya Arak, Perzinaan, Pakaian Dari Sutera Dan
Kecapi-Kecapi (Alat-Alat Muzik);- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti
akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang
mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat
muzik);- (Riwayat Thabrani)
• Dosa Orang Tua Mewarnakan Rambutnya Dengan Warna Hitam;- Daripada Ibn
Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman
nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti
tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;-
(Riwayat Abu Dawud).
• Kesilapan Laki-Laki Menyerupai Wanita Dan Wanita Menyerupai Laki-Laki;-
Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah
laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu
Nu'aim).
• Dosa Dua 2 Golongan Baru Di Akhir Zaman (Penguatkuasa Tempatan Yang Kejam
Dan Wanita Mendedahkan Aurat);- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang
belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai
cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,
perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu
berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala
mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya
bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh
daripadanya";- (Riwayat Muslim).
• Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu
mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak
mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat.
Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang
bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi Syaibah
dan Thabrani).
• Penguasa Tempatan Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ummi Salmah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w, bersabda: Nanti akan ada penguasa; kamu sekalian mengenalnya
tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan
bebas, barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka ada juga
pengikutnya.";- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
• Waktu Kebinasaan Apabila Urusan Amanah Telah Disia-Siakan;- Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu
majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang
seorang A';rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Bilakah
akan terjadi Qiamat?". Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka
sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan,
tetapi pertanyaan itu tidak disukainya." Sementara yang lain pula berkata,
"Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi s.a.w
selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang yang bertanya
tentang Hari Qiamat tadi?" Lalu Arab Badwi menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah."
Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah
Hari Qiamat." Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Apabila urusan diserahkan
kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.";- (Riwayat
Bukhari).
• Berbagai Keajaiban Yang Tidak Diduga;- Samurad bin Jundad r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga nampak berbagai
peristiwa besar yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya;- (Riwayat Nu';aim)
• Berbagai Peristiwa Besar;- Dari Samurah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sebelum Hari Kiamat terjadi (tiba), kamu akan lihat berbagai peristiwa besar.
Ketika kamu engkar dan berkata: Apakah kita pernah membincangkan peristiwa
ini? Maka apabila kamu melihat peristiwa itu, ingatlah akan Allah Ta';ala dan
ketahuilah bahawa peristiwa itu adalah awal dari Hari Kiamat;- (Riwayat Thabrani
dan Al-Bazzar).
• Mengharapkan Kematian Kerana Beratnya Beban Kehidupan;- Dari Abu Hurairah
katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang diriku di tangan-
Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang
melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, "Alangkah baiknya
kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini." Dan bukanlah Ad-Din (agama)
yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian
bencana, fitnah dan penderitaan hidup).";- (Sahih Muslim 18.34).
• Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
:"Qiamat tidak akan tiba sehingga seorang akan melalui suatu pusara dan berkata,
"Alangkah baiknya jika daku yang berada di tempatnya.";- [Riwayat Bukhari, Kitab
al-Fitan, 9/73].
• Punca Kebinasaan Seseorang Akibat Melayani Kehendak Orang Yang Mencela
Keaiban ;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi
akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat
menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit
ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka
apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak
dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t.
Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari
menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri
dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua
orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya
adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya
sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang
dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau
jirannya?)". Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya
dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan
kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang
akan menghancurkan dirinya";- (Riwayat Baihaqi)
• Berzuhud Adalah Lebih Baik Berbanding Kemewahan;-Daripada Ali bin Abi Thalib
r.a. berkata, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam
masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali
hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah
s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana
mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat
dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika
berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu
pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain
pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain.
Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang
kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu
kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada
masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari
itu";- (Riwayat Tirmidzi).
• Islam Menjadi Terasing Lagi:- Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam itu
pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kelak akan kembali asing lagi, maka
berbahagialah orang yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak
manusia dari sunnahku pada masa setelah aku tiada nanti;- (Riwayat Turmidzi)
• Islam Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di
mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam
bara api;- (Riwayat Tirmidzi)
• Tiga 3 Perkara Yang Semakin Mulia & Sukar;- Khudzaifah r.a. berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang kepadamu suatu masa, yang pada masa itu
tidak ada yang lebih baik (mulia) daripada tiga 3 perkara: Dirham (wang) yang
halal, saudara yang menjadikan tenteram dengannya dan sunnah yang
dikerjakannya.";- (Riwayat Thabrani).
• Kelebihan Ibadat Di Saat-Saat Huru-hara;-Daripada Ma';qil bin Yasar r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau
bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku";-(Riwayat Muslim).
• Empat 4 Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:-Dari Anas bin Malik r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4
macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan
ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya
untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari
nama dan kemegahan."
• Percaya Pada Mimpi;-Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "
Jika zaman telah mendekati hari kiamat, maka mimpi seseorang hampir tidak
dusta (apa yang dimimpikan terjadi dalam kenyataan), sedang mimpi orang
mukmin adalah sebahagian dari seperempat puluh enam 1/46 dari kenabian";-
(Muttafaq Alaih).
• Keinginan Melihat Rasulullah s.a.w.;-Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w
bersabda: " Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang ingin
(dapat) melihat aku, maka itu dianggap lebih untung baginya daripada mendapat
(seperti) keluarga dan hartanya ";- (Muttafaq Alaih)
• Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman;- Daripada Abi Najih
'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w.
akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami
ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah
nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun
bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu
hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada
kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu
berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-
Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan
ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan
jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana
sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.";- (Riwayat Abu Daud dan
Tirmidzi).
• Penduduk Mekkah Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w, bersabda: Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan
Mekkah, kemudian yang meninggalkan itu tidak kembali lagi kecuali hanya
sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh
bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali
selamanya.";- (Riwayat Ahmad).
• Berhimpunnya Kebenaran Iman ke Madinah;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya keimanan akan kembali
menghimpun ke Madinah, ibarat ular yang kembali menghimpun di dalam
liangnya;- (Riwayat Bukhari).
• Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia
tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang
lelaki daripada keluargaku (keturunanku ) yang namanya sama denganku";-
(Riwayat Tirmidzi).
• Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad
bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah;- (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)
• Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah
s.a.w. yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah;- (Riwayat Abu Daud Dan
Hakim).
• Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah r.a.) yang
telah disempurnakan oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam
sahaja.";- (Riwayat Imam Ahmad).
• Ummu Salamah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Al-Mahdi adalah
keturunanku dari anak-cucu Fatimah r.a.";- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi].
• Imam Mahdi itu menyerupai Rasulullah s.a.w. dalam hal budi pekertinya, tetapi
tidak menyamai dalam bentuk rupa atau bentuk tubuhnya, yakni tidak serupa
perihal sifat-sifat badaniyahnya;- (Riwayat Abu Daud).
• Abu Sa';id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah
keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi
dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi
kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun.";-
[ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi]
• Imam Mahdi itu lebar dahinya, mancung hidungnya, seluruh isi bumi dipenuhi
olehnya dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana yang sebelum itu penuh
dengan kezaliman dan penganiyaan. Imam Mahdi menegakkan Syari'at Islam serta
menghidupkan apa-apa yang sudah tercicir dari sunnah Rasulullah s.a.w. Sejak itu,
Islam berjaya dan luhur ajarannya, sehingga dapatlah ditetapkan pemerintahnya
di atas bumi;- (Riwayat Abu Daud).
• Imam Mahdi dikurniai ketetapan kuasa dan di masa pemerintahannya amat luaslah
rezeki umat, kerana memang betul-betul berlaku adil dan banyak pula harta yang
diberikan. Ia menyebar-nyebarkan harta itu dengan merata, tanpa menghitung
jumlah sama sekali;- (Riwayat Imam Muslim).
• Dan ia (Imam Mahdi) menetap selama tujuh 7 tahun;- (Riwayat Abu Daud).
• Pemberian Harta Tanpa Berkira Dari Pemerintahan Al-Mahdi;- Abu Sa';id r.a.
berkata: "Demi Allah, tiap-tiap pemerintah yang kami telah alami adalah lebih
buruk berbanding sebelumnya dan setiap tahun adalah lebih buruk dari
sebelumnya dan saya dengar Nabi s.a.w, bersabda": "Diantara pemerintah kamu
akan ada yang memberi harta tanpa berkira. Akan tampil seorang yang akan
meminta wang, lalu beliau berkata, "Ambillah" maka peminta itu akan
membentangkan jubahnya dan dicurahkan wang kepadanya." Baginda s.a.w, lalu
membentangkan jubah tebal Baginda dan menunjukkan gaya peminta itu,
kemudian Baginda menggenggam bucunya lalu bersabda, "Orang itu pun
memikulnya dan pergi dari situ.";- [Musnad Imam Ahmad, 3/98.]
• Golongan Yang Sentiasa Menang;-Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya
(dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh
Allah swt. Mereka sentiasa berjaya";- (Riwayat Bukhari).
• Tanah Arab Akan Menghijau dan Dialiri Sungai-Sungai;- Daripada Abu Hurairah r.a.
ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, sebelum
jazirah Arab kembali menjadi padang rumput dan dialiri oleh sungai-sungai;-
(Riwayat Ahmad).
• Golongan Yang Selamat;-Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu 71
golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh
puluh 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi
tujuh puIuh dua 72 golongan, maka tujuh puluh satu 71 golongan masuk neraka
dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di
dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga 73
golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua 72
lagi akan masuk neraka." Sahabat bertanya: "Mana yang selamat?" Nabi s.a.w.
menjawab, "Mereka adalah jamaah." (Golongan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah);-
(Riwayat Ibnu Majah).
• Tiga 3 Tahun Sebelum Datang Dajjal;- Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi
s.a.w. berkata Nabi s.a.w. bersabda: Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal,
terdapat satu tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan
menahan 1/3 hasilnya. Pada tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan
bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada tahun ketiga, langit akan menahan semua
hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan sekelian haiwan akan mati.
Inilah ujian yang dahsyat. Dajjal akan mendapatkan seorang Badwi dan berkata,
"Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya
tuhan anda?" Jawab Badui itu, "Ya." Maka syaitan-syaitan akan menyamar
menyerupai unta-untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi."
Kemudian Dajjal mendapatkan pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati
dan bertanya,"Adakah anda mengaku saya tuhan anda jika saya hidupkan bapa
serta abang anda?" Kata orang itu, "Ya." Maka syaitan-syaitan pun menyerupai
bentuk bapa dan abangnya." Baginda s.a.w. kemudian keluar untuk sesuatu dan
kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita tadi. Baginda
s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, "Apa halnya wahai Asmah?" Daku
berkata, "Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal." Ujar
Baginda, "Dia akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan
menentangnya bagi pihak kamu, jika tidak, Allah SWT akan memelihara setiap
Muslimin bagi pihak ku." Daku bertanya, "Ya Rasulullah, kami tidak membakar
tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana pula keadaan orang
beriman waktu itu?" Ujar Baginda, "Zikrullah yang mencukupi penghuni langit akan
mencukupi juga untuk mereka.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.]
• Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat
bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu
banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh
kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit
'wahan'."Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita
menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati (berperang)";- (Riwayat Abu
Daud ).
• Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w:
"Kamu akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan
menakluki musuh di hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta
rampasan. Lalu kamu akan berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukitbukau.
Seorang dari tentera Romawi akan mengangkat salibnya dan melaung,
"Kemenangan kepada salib!" lalu dibunuh oleh seorang dari tentera Islam. Maka
kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan. Mereka akan
menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang
setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.";- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu
Daud, Kitab al-Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab
al-Fitan (Hadith 4089), 2/1369} ]
• Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir
berkata, "Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya,
"Wahai Abdullah ibn Mas';ud, adakah Qiamat telah tiba?" Abdullah r.a yang sedang
duduk bersandar berkata, "Qiamat tidak akan tiba selagi manusia tidak
membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan harta rampasan." Sambil
menunjuk ke arah Syam beliau berkata, "Musuh akan menghimpun tentera untuk
menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka." Daku
bertanya, "Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?" Beliau berkata, "Ya! Waktu itu
berlaku peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan
berani mati. Mereka tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan.
Mereka akan berjuang sehingga dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di
kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya kembali tanpa kemenangan. Pada hari
ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan
Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum
pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat)
mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga
seratus 100 orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira
dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang
mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih
dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, "Dajjal telah keluar pada keluarga kamu."
Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar
dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip." Nabi s.a.w. bersabda:
"Daku mengetahui nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda
mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik di atas muka bumi pada
waktu itu."";- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad Ahmad
1/384,385).]
• Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w:
"Kamu akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan
menakluki musuh di hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta
rampasan. Lalu kamu akan berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukitbukau.
Seorang dari tentera Romawi akan mengangkat salibnya dan melaung,
"Kemenangan kepada salib!" lalu dibunuh oleh seorang dari tentera Islam. Maka
kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan. Mereka akan
menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang
setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.";- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu
Daud, Kitab al-Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab
al-Fitan (Hadith 4089), 2/1369} ]
• Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir
berkata, "Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya,
"Wahai Abdullah ibn Mas';ud, adakah Qiamat telah tiba?" Abdullah r.a yang sedang
duduk bersandar berkata, "Qiamat tidak akan tiba selagi manusia tidak
membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan harta rampasan." Sambil
menunjuk ke arah Syam beliau berkata, "Musuh akan menghimpun tentera untuk
menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka." Daku
bertanya, "Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?" Beliau berkata, "Ya! Waktu itu
berlaku peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan
berani mati. Mereka tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan.
Mereka akan berjuang sehingga dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di
kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya kembali tanpa kemenangan. Pada hari
ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan
Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum
pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat)
mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga
seratus 100 orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira
dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang
mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih
dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, "Dajjal telah keluar pada keluarga kamu."
Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar
dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip." Nabi s.a.w. bersabda:
"Daku mengetahui nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda
mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik di atas muka bumi pada
waktu itu."";- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad Ahmad
1/384,385).]
• Kaum Romawi berkhemah di A';mash atau Dabiq;- Abu Hurairah r.a. berkata,
"Qiamat tidak akan tiba sehingga kaum Romawi akan berkhemah di A';mash atau
Dabiq. Satu pasukan tentera yang terbaik waktu itu akan keluar dari Madinah
menghadapi mereka. Apabila telah bersedia barisan mereka, kaum Romawi
berkata, "Biar kami membuat keputusan dengan kaum kami yang ditawan (kamu)
agar kami memerangi mereka." Kaum Muslimin akan berkata, "Demi Allah, kami
tidak akan serahkan saudara-saudara kami ( tawanan yang masuk Islam) kepada
kamu." Maka berlaku pertempuran. Satu pertiga (1/3) Muslimin akan lari dan Allah
tidak akan mengampuni mereka. Satu pertiga (1/3) akan terbunuh dan mereka
adalah syuhada'; yang terbaik di sisi Allah. Satu pertiga (1/3) akan menang, tidak
lagi disesatkan dan berjaya menakluk kota Qonstantiniyah. Sedang mereka
membahagi-bahagikan harta rampasan dengan pedang tergantung di pohon-pohon
zaitun, Syaitan akan berteriak kepada mereka bahawa Dajjal telah keluar pada
keluarga mereka. Mereka bergegas berangkat pulang dan apabila mereka tiba di
Syam, didapati ianya tidak benar dan Dajjal muncul sewaktu kaum Muslimin
sedang bersiap mengatur barisan perang mereka. Menjelang waktu solat, Isa ibn
Maryam turun dan solat bersama mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat
Baginda (Isa a.s), ia akan cair seperti garam yang larut di dalam air dan Allah akan
menghancurkannya.";- [Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 8/175,176.]
• Kaum Muslimin Menawan Qonstantiniyah dan Rom;- Nabi s.a.w bersabda:"Kamu
akan memerangi kaum Romawi dan orang-orang beriman selepas kamu dari Hijjaz
akan memerangi mereka sehingga Allah membantu mereka menawan
Qonstantiniyah dan Rom dengan Tasbih dan Takbir. Tembok kota itu akan runtuh
dan mereka akan memperolehi harta rampasan yang tidak pernah dilihat
sebelumnya dan diagih dengan menceduk menggunakan perisai-perisai mereka.
Seorang akan berteriak, " Wahai kaum Muslimin, Dajjal telah keluar di negeri
kamu bersama keluarga mu." Maka mereka segera meninggalkan harta-harta itu.
Sesiapa yang percaya menyesal dan sesiapa yang tidak percaya menyesal. Mereka
akan bertanya, "Siapakah yang berteriak itu?" tetapi mereka tidak akan
mengetahui orangnya. Mereka berkata, "Utus satu pasukan ke Ilya';. Jika Dajjal
telah muncul, kamu akan terima beritanya." Maka mereka pergi mengintip dan
jika dilihat semuanya biasa mereka berkata, "Tidak mungkin orang berteriak tanpa
sebab, marilah lita berangkat ke Ilya';. Sekiranya kita dapati Dajjal di situ, kita
akan sama-sama memeranginya sehingga Allah membuat keputusan antara kita
dengannya. Jika Dajjal tidak ada maka kita kembali ke negeri dan keluarga
kita.";- [Al-Haitami, Majma'; al-Zawa';id; Riwayat Ibn Majah 7/248.]
• Bebasnya Kota Konstantinopel, Pembangunan Baitul Maqdis sebagai tanda
hancurnya Yatsrib ( Madinah ) serta keluarnya Dajjal setelah pembebasan Kota
Konstantinopel;- Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan
Yathrib (Madinah) dan disusuli peperangan yang sengit, dan timbulnya perang
besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu
dibebaskannya Konstatinopel inilah keluarnya Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).
• Mengenai Madinah;- Abu Hurairah r.a. berkata, "Mengenai Madinah, Nabi s.a.w.
mengatakan: Bahawa samada wabak (penyakit) atau Dajjal, tidak akan dapat
memasukinya.";- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan 9/76].
• Nabi s.a.w. bersabda: "Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama
Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah
dipalu tukul.";- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]
• Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi
pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal
kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak
samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah.
Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan
untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
• Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan
Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih
dahsyat daripada Dajjal.";- (Riwayat Muslim).
• Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan tipudaya Dajjal;-Rasulullah
s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka
bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti)
yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus
seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini:
Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga
ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman
kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum
lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka
akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika
ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk
melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu
Majah).
• Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu
akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai
air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh
manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka
barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa
yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang
nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan
kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya.
Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu
yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu
adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s
memperingatkan kepada kaumnya.
• Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Daripada Abu Hudzaifah r.a. berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu
sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu
menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut
mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya
hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya,
kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah
air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh
daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir
yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat
Muslim).
• Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Daripada Abu Said Al-
Khudri r.a. berkata, : Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami
tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan:
"Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk
kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota
Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Lakilaki
tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang
telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada
pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini,
kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang
kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal
membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah
hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya
lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya
sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.";- (Riwayat Muslim).
• Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Daripada Anas bin Malik r.a.
berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak
oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh
malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir
Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir
dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).
• Kesalahan Manusia Makin Ketara Kebodohan;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari
kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya
khamar (arak), meluasnya perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita
dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh 50 wanita mempunyai satu pelindung
lelaki;- (Riwayat Bukhari).
• Turunnya Nabi Isa Dari Langit;- Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjuang membela
kebenaran sehingga Hari Kiamat. Pada ketika itu Nabi Isa akan turun. Berkatalah
pemimpin mereka kepada Nabi Isa: "Dipersilakan tuan mengimami kami bersolat!"
Nabi Isa a.s, menjawab: "Tidak! Kerana antara kamu sekalian saling pimpinmemimpin
sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini.";- (Riwayat Muslim).
• Isa a.s. memburu Dajjal;-Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya
mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu
akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40.
Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang
dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat
puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari
Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa
selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu
umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).
• Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin)
memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun
berkata: "Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi, bunuhlah!";- (Riwayat Bukhari
dan Muslim).
• Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat,
sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu
bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu
berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!
Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia
melindunginya)";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Hadith Oleh al-Nawwas ibn Sam';an al-Kilabi;- An-Nuwas ibn Sam';an berkata,
"Pada suatu pagi, Nabi s.a.w. bercerita mengenai Dajjal. Kadangkala Baginda
menerangkan seperti ianya tidak penting dan kadangkala mengatakan yang ia
amat merbahaya sehingga kami menyangka ia berada dekat pucuk pohon tamar.
Apabila kami menemui baginda setelah itu, dengan wajah yang ketakutan Baginda
bertanya, "Mengapa dengan kamu?" Kami berkata, "Ya Rasulullah, pagi tadi tuan
bercerita mngenai Dajjal, kadang-kadang seperti remeh, kadang-kadang seperti
amat merbahaya sehingga kami sangka ia berada di pohon tamar berdekatan."
Baginda bersabda,: "Bagi kamu, daku bimbangkan hal selain Dajjal. Jika dia
muncul ketika aku berada dengan kamu, aku sendiri akan melawannya bagi pihak
kamu. Jika dia muncul setelah daku pergi maka setiap kamu hendaklah
menghadapinya bagi pihak kamu sendiri dan Allah akan menjaga setiap Muslim
bagi pihak ku. Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah
matanya tersembul. Daku menyamakannya seperti Abdul Uzza ibn Qatan. Sesiapa
di kalangan kamu yang hidup untuk menyaksikannya, bacalah ayat permulaan
Surah al-Kahfi. Dia akan muncul di antara Sham dan Iraq dan melakukan
kemusnahan di kiri dan kanan. Wahai hamba-hamba Allah, berpegang teguhlah
kepada kebenaran."" Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti
satu tahun, adakah solat sehari semalam memadai?" Baginda s.a.w. bersabda, :
"Kamu hendaklah melaksanakan solat mengikut masa ketika itu." Kami bertanya,
"Ya Rasulullah, berapa pantas dia bergerak di bumi?" Sabda Nabi s.a.w. "Seperti
awan yang dibawa angin. Dia akan mengajak manusia (kepada agama palsu) dan
manusia akan terpengaruh dan mengekorinya. Dia akan perintah awan yang akan
turunkan hujan dan perintah bumi yang akan menumbuhkan tanaman. Ternakan
yang meragut tanaman itu, teteknya akan dipenuhi susu dan tubuhnya akan besar.
Kemudian Dajjal akan pergi pula kepada kaum yang lain dan menyeru mereka
(kepada agama batilnya) tetapi mereka menolaknya. Dia pun meninggalkan
mereka, langsung mereka menderita kebuluran dan tidak berharta. Kemudian dia
akan melalui kawasan yang tandus dan berkata, "Keluarkanlah khazanah kamu"
dan keluarlah khazanah seperti sekawan lebah. Kemudian dia menyeru seorang
remaja dan membelahnya dengan pedang dan meletakkan keratan itu berjauhan
lalu menyeru dan remaja itu yang akan datang berlari sambil ketawa. Waktu itu
Allah akan menghantar Isa Al-Masih dan Baginda akan turun di menara putih (almanarrah
al-baidha') di timur Damsyik memakai dua pakaian berwarna kekuningan
dengan meletakkan kedua tangan baginda di atas sayap dua 2 Malaikat. Apabila
baginda menundukkan kepalanya maka jatuhlah butiran seperti mutiara. Setiap
kafir yang terhidu haruman baginda akan mati dan nafas beliau sampai sejauh
penglihatannya. Baginda akan mencari Dajjal dan menjumpainya di pintu Ludd,
lalu membunuhnya." Kemudian sekumpulan orang yang diselamatkan Allah SWT
akan datang kepada baginda dan beliau menceriakan wajah mereka (dengan
berita syurga). Kemudian Allah SWT wahyukan kepada baginda, "Aku telah
lepaskan makhluk Ku yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Bawalah hambahamba
Ku itu ke at-Thur." Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan
mereka akan turun di setiap lembah.";- [Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Ashrat
as-Sa';ah, 8/196-199].
• Ditimpa Tanah Runtuh dan Berbagai Bala Bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah
r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Dia yang mengutuskan daku dengan
kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah
runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang." Orang bertanya,
"Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?" Sabda Baginda, "Apabila kamu
melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi
memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan
wanita meniduri wanita.";- [al-Haithami, Kitab al-Fitan].
• Gempa Bumi dan Penyakit Kolera Akibat Muzik Bermaharajalela;- Sabda Rasulullah
s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan
perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah
maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah
dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).
• Manusia Yang Berubah Tingkah Laku Seperti Kera Dan Babi;- Rasulullah s.a.w
bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah
lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah!
Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya
Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa,
sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka
menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian,
menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya
mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi
harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan
sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya,
setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi
kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia).
• Lima Belas 15 Perkara Yang Mendatangkan Azab;- Ali ibn Abi Talib r.a berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara,
maka azab akan menimpa mereka." Seorang sahabat bertanya, "Apakah ia, ya
Rasulullah?" Sabda baginda;-
- Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.
- Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.
- Zakat menjadi beban.
- Lelaki menta';ati isterinya dan mendurhakai ibunya.
- Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.
- Suara-suara meninggi di masjid-masjid.
- Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.
- Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.
- Khamar (arak) diminum berleluasa.
- Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.
- Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.
- Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat
Rasulullah s.a.w).
- Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka
ditelan oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan."
Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308), 6/4620-458).
• Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah
masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah,
celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj
Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab
bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai
solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak
kejahatan.";- (Riwayat Muttafaq Alaihi).
• Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w
bersabda: Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil
melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).
• Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka
mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau
Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir
lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya
pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan
makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing
mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka
berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah
mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi
mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya
turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal,
melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakanrakannya
kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah
burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan
dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan
hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat
dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu
kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah
keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan
buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka
beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan
orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui
ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang
Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak
tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).
• Binatang Buas dan Benda-Benda Padat Berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan
diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatangbinatang
buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara
oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan mengkhabarkan
kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya sesudahnya;- (Riwayat
Tirmidzi).
• Binatang Buas Berbicara Dengan Manusia;- Dari Abu Said al Khudri r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w, bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan
kekuasaan-Nya, tidak terjadi Hari Kiamat sehingga binatang-binatang buas
berbicara dengan manusia, dan seorang berbicara dari pangkal cemetinya dan
bawah sandalnya, mengkhabarkan keadaan keluarganya setelah ditinggal pergi.";-
(Riwayat Ahmad).
• Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah "Judzam";-Seperti sabdaan
Rasulullah s.a.w. ketika baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari
kabilah Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua
Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan
berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat
Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).
• Seorang Ammah (Hamba Perempuan) Melahirkan Majikannya;- Daripada Abu
Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah
orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:
"Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan
bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui
daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang
tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan
majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orangorang
yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin
masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para
pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah
satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang
sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini:
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari
kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di
dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).
• Nabi Isa Menjadi Hakim Dunia Yang Adil;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya,
sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian
yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu
palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta
melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang
disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa
yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau
semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab,
melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu
setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa
a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.
• Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan bencimembenci
di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan
binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut
ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak
kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam
kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan
dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu
bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara
ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan
berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya
kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majjah).
• Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan berlaku
sehingga biri-biri yang bertanduk tidak lagi melawan biri-biri yang tidak
bertanduk." ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/442].
• Tertolaknya sedekah dan ramainya kaum wanita;- Dari Harits bin Wahbin r.a.
berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah kamu
sekelian, kerana sesungguhnya akan datang suatu masa atas kamu yang mana
seseorang berjalan membawa sedekahnya, maka ia tidak menjumpai orang yang
mahu menerimanya. Seseorang berkata:‘Seandainya kamu membawa
kelmarin, nescaya aku menerimanya. Adapun hari ini aku tidak memerlukannya';.
";- (Riwayat Bukhari).
• Dari Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya nanti akan
datang suatu masa, di mana seseorang berkeliling membawa emas untuk
bersedekah, lalu tidak ada seorangpun yang menerimanya. Dan pada masa itu
terlihat (terjadi) seorang laki-laki diikuti oleh empat puluh 40 wanita yang
semuanya akan berlindung kepadanya kerana sedikitnya laki-laki dan ramainya
kaum wanita.;- (Muttafaq Alaihi).
• Dilaporkan dari Ka';b al-Ahbar bahawa Zul-Suwayqatain mula muncul di zaman Isa
ibn Maryam. Allah SWT menghantar baginda Isa a.s. memimpin 700 dan 800 orang.
Sedang mereka berbaris menuju Zul-Suwayqatain, Allah SWT mengirim bayu dari
arah Yaman yang akan mengambil roh setiap orang beriman. Hanya orang-orang
yang jahat ditinggalkan dan mereka akan bersetubuh seperti haiwan. Ka';b
berkata, "Waktu itu, qiamat telah tersangat hampir.";- [Zul Suwayqatain dalam
Bukhari, Kitab al-Hajj. Bab Hadam al-Ka';bah (Kemusnahan Ka';bah) 2/183.
Muslim, Kitab al-Fatan wa Ashrat al-Sa';ah 8/183].
• Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari
Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).
• Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang
Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil)
dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakanakan
terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit
sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak
besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).
• Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a.
berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti
lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga
(sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan
dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang
dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.
Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada
esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu
ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya
orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami
sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah",
lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada
Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha
illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang
dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah
memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah
mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada
setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya
Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api
neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali);- (Riwayat Ibnu Majah).
• Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah
terbitnya matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang
ajaib di hadapan orang ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar
lebih dahulu sebelum satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu
yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu;- (Riwayat Muslim dan Abu
Daud).
• Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar
dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian
memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan
tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin
itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan
"Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!";- (Riwayat
Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).
• Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya.
Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang
tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?"
Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)
• Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari
negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang
beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan
mematikannya";-( Riwayat Muslim).
• Abu Hurairah r.a. berkata, "Nabi s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak akan tiba
sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang
berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana "...tidaklah
bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu." ;-
[Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].
• Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya
(Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia
semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya
yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah
berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).
• Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang
jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat
seperti binatang (pada akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan
tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu syaitan menggoda mereka sambil berkata:
"Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab: "Apa yang hendak engkau
suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";- (H.Riwayat
Muslim).
• Kesalahan Manusia Seperti Kambing Berhati Serigala;- Daripada Abu Dzar r.a
berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin
hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat
kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil,
anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di
jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat
Thabrani dan Hakim).
• Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas
bin Malik r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan
terjadi kiamat sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";-
(H.Riwayat Muslim).
• Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas';ud r.a.
berkata, "Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kefasihan boleh
memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang
terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid." ;- [Riwayat Ahmad,
Musnad, 3/268].
• Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayat dari Abu Sa';id al-Khudri
r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : "Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang
Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, "Ada sesiapa di
antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?" Maka disahut, "Si fulan dan fulan telah
kena panah."" ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].
• Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : "Qiamat tidak
berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman
kecuali khemah-khemah." ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].
• Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh
(berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).
• Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,:
"Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi
Zul-Khalasah.";- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].
• *** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman
Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan
disucikan (khallasa). Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali
menyembah berhala sehingga wanita mereka menyembah dan mengelilinginya
dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka.
• Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi.
Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah
cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan
kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";-
(H.Riwayat Ahmad).
• Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran
alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat
menenggelamkan manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan
berlaku di Timur, kemudian di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
• Keluarnya Api Dari Hijjaz;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w
bersabda: Tidak akan tiba Hari Kiamat sehingga keluar api dari tanah Hijaz yang
dapat menerangi unta-unta di Bushra.;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
• Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan
Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup
sangkala tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada
pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan
masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang
menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit
mendengarkannya.
Oleh itu hendaklah kita meneliti wasiat Rasulullah SAW supaya mengikuti Al-
Quran, Hadith dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda s.a.w. agar kita terhindar
daripada kesesatan dengan meninggalkan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan,
agar berjaya di dunia dan di akhirat.... Insya Allah..
Oleh;- Saif Abdullah Al-Akmal Al-Jamal An-Nuur Al-Lail
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." *
Sahih Bukhari*
Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih
Muslim*
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*
Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;
"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" *
Ibnu Majah*
Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin
Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*
Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan
sabit." * Riwayat Thabrani*
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai*
Sahih Muslim*