LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH
Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Doa Pilihan selepas solat

Doa-doa Setelah Salam Dari Solat:

Doa 1 –

Ummu Salamah berkata, “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai solat subuh beliau berdoa, 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً 

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/179, no. 915. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Doa 2 –

Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut): 

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ اَلْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ اَلدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/470, no. 5897)

Doa 3 –

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Aku wasiatkan kepada kamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan pada setiap kali selesai solat untuk membaca (berdoa), 

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

“Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 36/430, no. 22119. Al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Doa 4 –

Al-Baraa’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Bahawasanya apabila kami solat di belakang Rasulullah, kami lebih suka berada di saf sebelah kanannya kerana beliau akan menghadapkan wajahnya kepada kami. Dan aku mendengar beliau berdoa (dengan doa berikut), 

رَبِّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ أَوْ تَجْمَعُ عِبَادَكَ 

“Wahai Tuhan-Ku, jauhkanlah aku dari azab-Mu pada hari di mana engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/20, no. 1159)

Doa 5 –

Abu Bakrah berkata, “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdoa di akhir solatnya (dengan doa berikut), 

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 34/52, no. 20409. Sanadnya kuat di atas syarat Muslim sebagaimana kata Syu’aib al-Arnauth) 

Doa selepas solat.


Doa selepas solat.
Doa1
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran
zatMu dan agung kekuasaanMu”

Doa2
Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu,
syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”


Doa3
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan
dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah
kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari
sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu
dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


Doa4
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”


Doa5
Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan
antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan
keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada
cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan
samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,
berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan
hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan
berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi
taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di
atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu
menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan
nikmatMu ke atas kami.”


Doa6
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan
dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami
daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita,
Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat
semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat
kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan,
kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji
semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Wednesday, June 15, 2011

HUKUM SOLAT DALAM PESAWAT

HUKUM SOLAT DALAMPESAWAT

adakah benar jika kita bersolat dlm kapal terbang(dlm keadaan
duduk),kita dikehendaki mengqada' solat itu semula...

ada pula pendapat manusia kini yg mengatakan jika kita dlm keadaan berwudu',maka tidak perlu menggantikan solat itu...
ada pula pendapat manusia kini yg mengatakan solat itu hanya perlu diqada' jika kita melaksanakan solat dlm keadaan tidak berwudu'(solat hormat waktu)

adakah wujud dlm islam yg dikatakan 'solat menghormati waktu'?



Jawapan:
Solat adalah tiang agama dan sepenting-penting perkara selepas mengucap dua kalimah syahadah. Kedudukan solat di dalam agama seumpama kedudukan kepala pada jasad. Tidak ada agama bagi yang tidak melaksanakan solat sebagaimana tidak akan hidup manusia tanpa kepala.
Solat merupakan satu-satunya ibadat yang tidak akan tergugur walau bagaimana keadaan sekalipun. Fardu puasa gugur kepada yang musafir atau sakit, zakat tidak diwajibkan kepada yang tidak berharta, haji tidak dipertanggungjawab jika tidak berkemampuan. Berlinan halnya dengan solat, wajib solat dalam keadaan sihat, sakit, senang, susah, aman, perang, tua, muda hatta pada sakarat maut sekalipun. Kesemuanya diwajibkan untuk menunaikan fardu solat. Hanya perbezaan cara pelaksanaannya.

WAJIB BERDIRI LURUS KETIKA SOLAT FARDU
Tidak menjadi masalah berhubung pelaksanaan solat sunat di atas kapal terbang atau selainnya. Ini kerana dibenarkan melaksanakan solat sunat mengikut keadaan kita masing-masing sama ada berdiri, duduk dan isyarat walaupun tanpa apa-apa keuzuran. Ini berdasarkan hadis yang banyak berhubung masalah tersebut.
Masalah yang dipersoalkan oleh penanya berhubung solat fardu di atas kapal terbang. Punca dipermasalahkan perkara ini adalah disebabkan di antara rukun sembahyang fardu ialah: Berdiri ketika membaca fatihah. Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 238:
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) Segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar/subuh), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari berkenaan persoalan Imran bin Husain yang ditimpa buasir. Lalu baginda menjawab;
صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: Solatlah dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu hendaklah dengan duduk. Jika tidak mampu hendaklah dengan berbaring.
Berdasarkan dalil yang telah disebutkan, keempat mazhab bersepakat wajib berdiri bagi yang berkemampuan ketika melaksanakan solat fardu.
KENAPA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG DIMASALAHKAN?
Pelaksanaan solat fardu di atas kapal terbang terdapat dua situasi;
1) Solat dilaksanakan ketika bergantung di udara.
2) Tidak berdiri ketika melaksanakan solat.

SOLAT SAMBIL BERPAUT
Hanafiah: Sesiapa berdiri ketika solat dengan berpaut/sandar pada tongkat atau kepada dinding, jika tongkat atau dinding itu dialihkan dia akan jatuh. Solat itu tidak sah.
Malikiyyah: Wajib berdiri ketika solat tanpa berpaut/bersandar kepada Imam atau yang solat sendirian. Jika berpaut kepada sesuatu, jika benda tersebut dibuang akan jatuh individu yang sedang solat. Maka solat itu tidak sah. Adapun pada makmum tidak wajib berdiri ketika membaca fatihah. Sah solatnya tanpa berdiri.
Syafieyah: Tidak disyaratkan wajib terelak daripada bersandar untuk menjadikan solat yang dilaksanakan itu sah. Ini kerana bersandar dengan sesuatu juga dikatakan berdiri. Hanya makruh melakukan sedemikian. Cuma dipermasalahkan jika bersandar kepada sesuatu, jika dialihkan benda tersebut, individu yang sedang solat tidak jatuh. Maka solat tidak sah kerana dia tidak dikatakan berdiri tetapi bergantung. Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa. Tidak sah solat jika kaki tidak menyentuh bumi (tidak tetap di bumi). Seumpama solat seseorang yang dipapah dan kedua kakinya terangkat dari bumi. Lalu solat, tidak sah solatnya.
Hanabilah: Disyaratkan tidak bersandar kepada yang berkemampuan. Jika bersandar kepada benda yang kuat, batal solatnya.
RUMUSAN:
Daripada pendapat-pendapat Ulama mazhab dapat kita buat kesimpulan;
1) Khilaf Ulama dalam masalah ini hanya dalam menentukan apakah yang dikatakan berdiri. Apakah bersandar itu masih dikatakan berdiri ataupun tidak.
2) Tidak sah solat bagi mereka yang bergantung di udara kerana ia tidak termasuk di dalam maksud berdiri. Bahkan wajib kaki menyentuh tanah (tetap di bumi). Ini berdasarkan dalil hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Darimi, Ahmad, Mu’jam Kabir dan Mu’jam Ausat;
وَجُعِلَتْ لِىَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: Diberikan kepada ku bumi sebagai tempat sujud dan ia bersih.
TIDAK BERDIRI
Sebagaimana yang telah disebutkan pada perbahasan yang lalu. Sepakat keempat-empat mazhab wajib berdiri bagi mereka yang berkemampuan untuk menunaikan solat fardu. Alhamdulillah keadaan ini tidak dipermasalahkan pada hari ini. Boleh dikatakan kebanyakan penerbangan menyediakan tempat kepada penumpang Muslim yang ingin menunaikan solat fardu. Bahkan penerbangan daripada bukan negara Islam juga berikan ruang solat buat penumpang Muslim. Kemungkinan besar setiap Muslim mampu melaksanakan solat dengan sempurna rukun dan syaratnya ketika berada di atas udara.
Kita cuba anggapkan, ada di antara penumpang Muslim tidak mampu menunaikan di antara syarat-syarat atau rukun-rukun solat dengan sempurna. Seumpama tidak diberikan ruang solat atau tidak mengetahui arah kiblat atau tidak mampu berwuduk dan sebagainya. Jika keadaan ini berlaku, wajib melaksanakan solat hormat waktu. Apabila pesawat mendarat setelah habis waktu sembahyang. Solat tersebut akan di qada’. Tujuan solat hormat waktu ialah jika dia mati sebelum sempat qada’ solat, dia tidak akan dipersoalkan oleh Allah. Semua masalah ini dengan catatan jika dia berpegang dengan pendapat yang mengatakan solat di atas pesawat itu sah.
APAKAH SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG ITU SOLAT BERGANTUNG?
Di dalam masalah ini terdapat dua pendapat Ulama berkenaan solat di dalam kapal terbang; Sama ada dikiaskan solat di atas kapal terbang seperti solat di atas kapal air atau sama solat bergantungan yang tidak tetap di atas bumi.
SOLAT DI ATAS KAPAL AIR
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Daruqatni dan Hakim;
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : سُئِلَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الصَّلاَةِ فِى السَّفِينَةِ قَالَ : كَيْفَ أُصَلِّى فِى السَّفِينَةِ؟ فَقَالَ : صَلِّ فِيهَا قَائِمًا إِلاَّ أَنْ تَخَافَ الْغَرَقَ
Maksudnya: Ibnu Umar bertanya baginda mengenai solat di atas kapal air dengan ucapannya: Bagaimana caranya aku solat di dalam kapal air. Jawab baginda: Solatlah dalam keadaan berdiri kecuali kamu khuatir akan tenggelam.
Maksud ucapan baginda khuatir akan tenggelam: Khuatir akan pening kepala atau jatuh ke dalam air jika solat dalam keadaan berdiri.
Sah solat di atas kapal air kerana tidak bergantung dan kaki menyentuh bumi secara maknawi.
KESIMPULAN
Setelah menyebut segala pendapat Fuqaha berhubung masalah solat di atas kapal terbang dapat disimpulkan terdapat dua pendapat Fuqaha berhubung masalah ini.
1) Tidak sah solat di atas kepal terbang walaupun mampu berdiri tegak. Solat di dalam kapal terbang tidak lebih solat menghormati waktu dan wajib diqada setelah turun daripada kapal terbang. Ini pendapat Syafie.
2) Sah solat di atas kapal terbang kerana ia menyamai solat di atas kapal air. Ini merupakan kebanyakan pendapat Ulama kontemporari. Mereka beralasan kapal terbang yang ada pada hari ini terdapat syarat yang dimaksudkan fuqaha iaitu tetap di atas bumi. Bukti kepada ucapan tersebut, kapal terbang yang melalui kawasan vakum akan terhempas dan tidak mampu terbang. Ini membuktikan bersambung di antara mereka yang berada di dalam pesawat dengan bumi. Juga membuktikan kapal terbang dan individu yang berada di dalamnya masih tetap dengan bumi bukan terawang-awang.
Jika dinilai kepada kedua hujah. Fatwa yang sering diberikan oleh Ulama-ulama, banyak mempertahankan solat di atas kapal terbang menyamai solat di atas kapal air. Antara yang menyokong fatwa tersebut. Syeikh Atiah Saqr, Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, Syeikh Ali Jemaah (Mufti Mesir) dan selain mereka.
Sikap yang terbaik untuk kita:
1) Solat Jamak taqdim terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat.
2) Laksanakan solat jamak ta’khir selepas turun daripada pesawat.
3) Jika solat yang tidak mampu dijamak seumpama subuh. Maka berpegang dengan pendapat yang mengatakan solat di atas pesawat sama seperti solat di atas kapal air.
4) Jika tempoh penerbangan memerlukan lebih daripada dua solat yang boleh dijamak. Dipersilakan dengan pendapat mengatakan solat di atas pesawat sama seperti solat di atas kapal air.
Allahu A’lLAM
Sumbangan
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin
Tambahan
Firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 115:

وَلِلَّّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ إِنَّ اللهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ(115)البقرة

Artinya:
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. (AI-Baqarah, 2:115).
Seseorang yang menjalankan shalat di atas kendaraan termasuk di dalam pesawat terbang- sungguh pun dengan tata cara yang tidak sempuma, sudah dinilai sah sehingga tidak diwajibkan mengulang (i' adah) shalatnya lagi sesudah mendarat di daratan. Sebagaimana telah disebutkan oleh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya AI-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, sebagai berikut:
“Menurut Imam Abu Hanifah, diperbolehkan (sah) melaksanakan Shalat Fardlu di dalam perahu, pesawat terbang atau kereta dengan duduk meskipun tanpa ada 'udzur dengan syarat shalat tersebut dilakukan dengan ruku' dan sujud".

Friday, April 1, 2011

Solat Jamak Bagi Orang Sakit






HUKUM SOLAT JAMAK BAGI ORANG YANG SAKIT

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

1. TUJUAN


Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktordoktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.

2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis adalah sepert berikut:


i) Semasa Rawatan

Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudAHrawatan sekurangkurangnya5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu (1) kali sebelum dan satu (1) kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar.

Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan
kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan. Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan - satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah.

Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang - untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.

(ii) Selepas Rawatan

Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 - 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.

3. PERMASALAHAN/PERSOALAN

Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar - Jamak Takhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?

(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput.

Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib.

Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?
.1. Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.


(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang
yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut.

Begitulah juga harus jamak sernbahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.

(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan
sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh
daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun
tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang
mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.

(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan
mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu.

Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.



Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.
Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:


i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.

(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat. Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

5. SYOR

Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL


(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Dibuat pada 16 Januari 2001.
[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]
DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,
Dato’ Seri Utama Diraja,
Mufti Negeri Selangor

Tuesday, March 22, 2011

Musafir pada Hari Jumaat


Ibadah

Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat

Huraian Tajuk/Isu:
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.
Keputusan:
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.
Keterangan/Hujah:
LATAR BELAKANG
1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :
Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.
Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.
2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :
Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.
Mazhab Maliki
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)
Mazhab Syafii
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat
Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.
Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam (jilid II)

Monday, November 22, 2010

DOA SOLAT HAJAT

DOA SEMBAHYANG HAJAT
TUAN GURU HAJI HASHIM B. ABU BAKAR
PONDOK PASIR TUMBOH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَص َحْبِهِ وَسَلَّم.
اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ الشَّتَّاتِ وَيَا مُخْرِجَ النَّبَاتِ وَيَامُحْيِىَ العِظَامِ الرُّفَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَيَا مُفَرِّجَ الكُرَبَاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتِ وَيَا فَاتِحَ خَزَائِنَ الْكَرَمَاتِ وَيَا مَنْ مَلأَ َنُوْرِهِ الأَرْضَ وَالسَّمَوَاتِ وَيَا مَنْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا وَعَالِمًا بِمَا مَضَى وَمَا هُوَ آتٍ. نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَبِاسْتِغْنَائِكَ عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَبِحَمْدِكَ وَمَجْدِكَ يَا إِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْْ تَجُوْدَ عَلَيْنَا بِقَضَاءِ حَاجَاتِنَا ....
وَأَنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا بِهِ دَعَوْنَاكَ وَأَنْ تُعْطِيَنَا مَا سَأَلْنَاكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ يس وَبِحَقِّ قَلْبِ القُرْآنِ وَبِحُرْمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ عَزْبًا إِلاَّ زَوَّجْتَهُ وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ كَشَفْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَلاَ ضَالاً إِلاَّ هَدَيْتَهُ وَلاَ عَائِلاً إِلاَّ أَغْنَيْتَهُ وَلاَ عَدْوًا إِلاَّ خَذَلْتَهُ وَكَفَيْتَهُ وَلاَ صَدِيْقًا إِلاَّ رَحِمْتَهُ وَكَافَيْتَهُ وَلاَّ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن . وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالصِّحَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فِيْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللًّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ الغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالطَّاعُوْنَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.

Tuesday, February 2, 2010

Hukum melenggahkan solat


HUKUM MELENGGAHKAN SOLAT DAN MENGHIMPUNKAN SOLAT

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam raɶmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.