LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Friday, April 1, 2011

Bahasa Melayu Karangan SPM


BAHASA MELAYU- KARANGAN SPM-
Soalan-soalan Tahun Lepas

DIMENSI DIRI

N

SOALAN

2004 (N)

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut

2005 (J)

Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.

Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.

2005 (N)

Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Ulas pernyataan di atas

2006 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2006 (N)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT

2007 (J)

Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.

Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.

2007 (N)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2008 (J)

Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 (N)

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya



DIMENSI KELUARGA


TAHUN
SOALAN

2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”

Tulis syarahan itu selengkapnya.

2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu

2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.

Bincangkan.

2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.


DIMENSI MASYARAKAT
TAHUN dan SOALAN

2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.

2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.

2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita

2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

DIMENSI ANTARABANGSA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.

Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.

2005 (J)

Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.

Bincangkan.

2005 (N)

Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2006 (J)

Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.

Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.

2006 (N)

Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

2007 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.

Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.

2007 (N)

Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.

Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.

2008 (J)

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (N)

Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.



SOALAN KOMSAS

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.

2005 (J)

Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.

2005 (N)

”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

2006 (J)

Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.

Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.

2006 (N)

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2007 (J)

Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2007 (N)

Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.

Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini

memang salah !

Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat

untuk engkau kembali ke pangkal jalan

2008 (J)

Peribahasa "Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam" membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.

2008 (N)

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.
Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

Renyah

Renyah -Novel Tingkatan 4

RENYAHSINOPSIS (Mengikut Bab)
BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya. BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat. BAB 3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya. BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB 5
Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.
BAB 6Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.
BAB 7
Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.
BAB 8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya. BAB 9Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.
BAB 10Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.
BAB 11Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.
BAB 12Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB 13Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti. BAB 14Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.
BAB 15
Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.
BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.
BAB 17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.
BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.
BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.
BAB 20Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.
BAB 21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.
BAB 22Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup

Tema kekeluargaan(Kepincangan hidup Keluarga)

Contoh huraian SPM : Novel Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisar Datuk Dolhi dan keluarganya. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang anaknya. Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah denagn aktivitinya dan tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya semua kemewahan, telah menyebabkan anak-anak mereka tidak berminat dalam dunia perniagaan. Mereka memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Hanya Wahi, anak Datuk Dolhi bersama Mastura iaitu isteri kedua Datuk Datuk Dolhi yang telah meninggal dunia, berjaya dididik dalam keadaan serba kekurangan untuk meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.

Latar Tempat Novel Renyah 1. Pejabat Datuk Dohli · -Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings. · - Di mana Mukhlis datang bagi meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwah di India.

2. Rumah Datuk Dolhi · -Datuk Dolhi , isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta Dani tinggal di sini. · -Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3. Pedalaman Sarawak · - Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.

4. Tokyo, Jepun · -Datuk Dolhi pergi ke Tokyo, Jepun untuk melupakan masalah anak-anaknya. · -Datuk Dolhi pernah pergi ke Tokyo untuk mengikuti program JICA. · -Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.

5. Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau · -Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta tiga anak.

6. Kelab Mawar · -Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7. Teratai Inn · -Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya.

(a) Klimaks novel ini ialah:

Klimaks dalam novel ini bermula pada majlis pernikahan Amera. Di majlis ini, Datuk Dolhi bertemu dengan rakannya, Ustaz Wahab dan bercerita tetang Mukhlis. Mereka mencari Mukhlis tetapi gagal sehinggalah mendapat berita bahawa Mukhlis menjadi tidak siuman dan cuba menyerang tuk guru dan kini merayau-rayau sambil membawa pedang. Sementara itu, Hasnol didesak oleh Tengku Munir supaya meluluskan semua tendernya dan gesaan ini menyebabkan Hasnol berasa tertekan kerana dia tahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Hasnol meneruskan percutian dengan keluarganya. Tengku Munir yang tidak berpuas hati melaporkan kepada Menteri Besar. Akhirnya Hasnol ditahan semasa pulang dari percutian. Dani pula ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penagihan dadah. Berita penangkapannya disiarkan dalam akhbar yang menyebabkan imej Datuk Dolhi terjejas. Ilham dianggap pengkhianat negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan dengan isu pembalakan. Semua kejadian yang dialami oleh anak-anak Datuk Dolhi menaikkan kemarahan Albert Lee dan mahu merampas tampuk penguasaan dalam syarikat.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

➥ Kasih sayang

Albert Lee tetap meluangkan amsa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya.

➥ Patriotik

Datuk Dolhi yang menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun dia mampu untuk menggunakan kereta mewah yang diimport.

➥ Ketabahan

Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya.

➥ Kerajinan

Datuk Dolhi rajin membaca pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan ilmu keusahawanannya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil.

Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana Datuk Dolhi sibuk menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar bersama datin-datin lain.

2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.

Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di Jepun, dia tetap menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.

3. Kita perlu rajin membaca.

Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea ketika memberikan ceramah.

4. Janganlah kita mencemarkan nama baik negara

Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.

5. Jangan melibatkan diri dalam gejala sosial.

Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah. Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya.

Solat Jamak Bagi Orang Sakit






HUKUM SOLAT JAMAK BAGI ORANG YANG SAKIT

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

1. TUJUAN


Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktordoktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.

2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis adalah sepert berikut:


i) Semasa Rawatan

Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudAHrawatan sekurangkurangnya5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu (1) kali sebelum dan satu (1) kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar.

Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan
kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan. Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan - satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah.

Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang - untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.

(ii) Selepas Rawatan

Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 - 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.

3. PERMASALAHAN/PERSOALAN

Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar - Jamak Takhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?

(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput.

Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib.

Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?
.1. Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.


(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang
yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut.

Begitulah juga harus jamak sernbahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.

(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan
sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh
daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun
tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang
mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.

(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan
mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu.

Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.



Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.
Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:


i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.

(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat. Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

5. SYOR

Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL


(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Dibuat pada 16 Januari 2001.
[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]
DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,
Dato’ Seri Utama Diraja,
Mufti Negeri Selangor

HAJI TAMMATU'


Cara pelaksanaan haji Tamattu’

Jemaah boleh pilih jenis ibadat sesuai berasas kepada keadaan, kesanggupan
TIGA jenis haji dibolehkan kita memilihnya sesuai dengan keadaan dan kesanggupan kita yang berbeza-beza iaitu haji Tamattu’, haji Ifrad dan haji Qiran.
Haji Tamattu’ bermaksud mengerjakan umrah pada bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun hijrah yang sama, ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal ibadat berkaitan dengan haji.
Sebahagian besar jemaah haji Malaysia memilih cara ini kerana tidak lama berada dalam ihram, khususnya bagi mereka yang uzur atau berlepas dengan penerbangan awal.
Cara pelaksanaan haji Tamattu’ terbahagi dua bahagian iaitu cara pelaksanaan ibadat umrah dan cara pelaksanaan ibadat haji.
1) Cara pelaksanaan ibadat umrah:
  • Sebelum berniat ihram, adalah disunatkan mandi sunat ihram dengan niat, “Saja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala.”
  • Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya dua helai kain lepas yang tidak bersarung seperti seluar, baju dan sebagainya dan disunatkan berwarna putih. Bagi wanita pula hendaklah menutupi semua badan kecuali muka dan tangan.
  • Sebelum berniat ihram, disunatkan mendirikan solat sunat ihram dua rakaat dan berdoa semoga Allah menerima ibadat umrah dan mempermudahkan urusannya.
  • Berniat ihram umrah sebagai rukun umrah pertama. Lafaz niatnya “Saja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”
  • Niat ihram itu hendaklah dilakukan di miqat atau sebelumnya (wajib umrah). Bagi jemaah haji Malaysia ada dua miqat yang berkaitan iaitu Qanul Manazil, bagi mereka yang menaiki penerbangan ke Jeddah dan terus ke Makkah, atau Bi’r Ali bagi mereka yang perjalanannya ke Madinah dulu.
  • Sebaik saja selesai niat ihram, maka diwajibkan menjaga larangan ketika dalam ihram sehingga bertahallul.
  • Disunatkan bertalbiah mulai selepas niat ihram sehingga memulakan tawaf.
  • Hendaklah melakukan tawaf iaitu mengelilingi Kaabah tujuh keliling. Ini rukun umrah kedua.
  • Selepas selesai melakukan tawaf dengan sempurna, maka hendaklah melakukan sa’ie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali sebagai rukun umrah ketiga.
  • Bercukur atau bergunting sebagai rukun umrah keempat hendaklah dilakukan selepas selesai melaksanakan sa’ie dengan sempurna. Apabila selesai bercukur atau bergunting, maka terhasil tahallul, yakni bebas daripada semua larangan ketika dalam ihram.
  • Melaksanakan susunan rukun umrah secara berturutan seperti di atas, bererti sudah melaksanakan tertib sebagai rukun umrah yang kelima.
  • Sementara menunggu hari wukuf, jemaah haji eloklah buat amalan sunat seperti mengerjakan umrah, tawaf sunat, solat berjemaah di Masjidil Haram mengikut kemampuan.
2) Cara pelaksanaan ibadat haji:
Apabila sampai masa untuk mengerjakan haji iaitu biasanya pada 8 Zulhijjah, maka jemaah yang mengerjakan haji Tamattu’ mengadakan persiapan untuk berihram haji. Pelaksanaannya seperti berikut:
  • Sebelum berniat ihram, adalah disunatkan mandi sunat ihram dengan niat, “Saja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala.”
  • Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya dua helai kain lepas yang tidak bersarung dan disunatkan berwarna putih. Bagi wanita pula hendaklah menutupi semua badan kecuali muka dan tangan.
  • Sebelum berniat ihram, disunatkan mendirikan solat sunat ihram dua rakaat dan berdoa semoga Allah menerima ibadat dan mempermudahkan urusan.
  • Berniat ihram haji adalah rukun haji. Lafaz niatnya, “Saja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”
  • Niat ihram itu hendaklah dilakukan di miqat sebagai wajib haji, iaitu di hotelnya atau Tanah Haram Makkah.
  • Sebaik saja selesai niat ihram, maka diwajibkan menjaga larangan ketika dalam ihram sehinggalah selesai bertahallul (wajib Haji).
  • Disunatkan bertalbiah mulai selepas niat ihram sehingga bertahallul awal.
  • Wukuf adalah rukun haji yang dilakukan selepas niat ihram iaitu berada di bumi Arafah walaupun sekejap selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga fajar 10 Zulhijjah.
  • Selepas selesai wukuf, jemaah bergerak menuju Muzdalifah untuk tujuan bermabit di Muzdalifah (wajib haji) dan disunatkan mengutip anak batu.
  • Melontar Jamrah al-Kubra dilakukan selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah (Wajib Haji).
  • Bercukur atau bergunting sebagai rukun haji dan boleh dilakukan bermula selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah.
  • Selepas melaksanakan lontaran Jamrah al-Kubra dan bercukur atau bergunting, maka terhasil tahallul awal, iaitu bebas sepuluh perkara larangan ketika ihram dan yang masih menjadi larangan ialah perkara berkaitan dengan hubungan jenis dan nikah kahwin.
  • Mabit (bermalam) di Mina wajib dilaksanakan pada malam 11 dan 12 Zulhijjah bagi jemaah yang memilih Nafar Awal. Manakala jemaah yang memilih Nafar Thani adalah wajib mabit di Mina pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah (wajib haji).
  • Melontar Jamrah al-Sughra, Jamrah al-Wusta dan Jamrah al-Kubra adalah wajib dilaksanakan pada 11 dan 12 Zulhijjah bagi jemaah yang memilih Nafar Awal. Manakala jemaah yang memilih Nafar Thani adalah wajib melontar ketiga-tiga jamrah tadi pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (wajib haji).
  • Tawaf rukun haji hendaklah dilakukan bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah.
  • Sa’ie sebagai rukun haji hendaklah dilakukan selepas tawaf haji
  • Apabila sudah melakukan lontaran Jamrah al-Kubra, bercukur atau bergunting dan sudah selesai tawaf dan sa’ie, maka berhasil tahallul thani iaitu bebas daripada semua larangan ketika dalam ihram.
Mengenai tertib dalam melaksanakan rukun haji, ada banyak pilihan yang boleh disemak dalam penulisan berkaitan dengan rukun haji. Dengan terlaksananya semua perkara di atas, maka sempurnalah haji Tamattu’.
Oleh Drs Sapawi Che Mat

Ibadat haji - Aliran Pekerjaan Ibadat Haji

Pekerjaan Ibadat haji

1. NIAT IHRAM RUKUN HAJI WAJIB HAJI
Hendaklah dilakukan setelah memakai pakaian ihram
Bermula dari 1 syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

2. NIAT IHRAM DI MIQAD
Miqad ertinya ketentuan mas dan tempat untuk berniat ihramhaji
dan umrah.Ia terbahagi kepada dua iaitu
a) Miqad Zamani ( Ketentuan Masa )
Haji - Mulai dari bulan syawal,zulkaedah dan sehingga 10
zulhijjah
Umrah - Bila-bila masa sepanjang tahun
b) miqad Makani ( Ketentuan tempat )
Haji :-
1. Yalamlam- bagi penduduk Yaman,India dan timur
2. Dzulhulaifah - bagi penduduk madinah
3. Qarnul-Manazil - bagi penduduk Najd dan Kuw ait
4. Zat Al Irqil - bagi penduduk Iraq
5. Penduduk Mekah pila Miqad mereka ialah rumah mereka
sendiri.
Umrah - Miqad Makani bagi umrah ialah diTanah Halal samada di
Jakrafah,Tan`in atau Hudaibiyah

3. Tidak melakukan perkara-perkara yang haramsemasa
dalam ihram


4. WUKUF DI PADANG ARAFAH
Berhenti sekejap di Pdg. Arafah bermula dari gelincir matahari
(selepas waktu zuhor) hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke
10 Zulhijjah .Afdhal dilakukan separoh hari ke 9 dan separoh hari
ke 10 Zulhijjah

5. BERMALAM DI MUZDALIFAH
Antara separoh malam10 zulhijjah hingga terbit fajar

6. MELONTAR JAMRAH AQABAH
Pada 10 zulhijjah


5. TAHALLUL ( bercukur )
1. Tahallul Awal - .Setelah selesai jemaah haji boleh melakukan
perkara-perkara yang diharamkan ketika dalamihram
melainkan 3 perkara :-
a) Menjadi w ali,berkahwin atauwakil kahw in.
b) Bercumbu
c) Jimak atau bersetubuh


6. BERMALAM DI MINA
Pada malamhari tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 zulhijjah


7. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH
Pada hari tasyrik iaitu jamrah Ula, Jamrah Aqabah dan
Jamrah Wusta

8. TAWAF
Jenis-jenis Tawaf
Tawaf Ifadah (Rukun)
Dilakukan pada bila-bila masa ketika menunaikan
Ibadah haji.
Tawaf Qudum
Taw af selamat datang
Tawaf Sunat
Dilakukan bila-bila masa semasa Mengerjakan haji.
Tawaf widak
Taw af selamat tinggal bagi mengakhiri ibadah haji.

9. SAIE
Berjalan ulang-alik dari utara BukitbSafa dan Bukir Marwah
Syarat-syarat :
a. Niat melakukan saie
b. Dilakukan selepas tawaf qudumatau ifadah dan hendaklah
sampai dipenghujung kedua-dua bukit Sebanyak 7 kali yang
dikira dari bukit safa kebukit marw ah sekali dan dari marwah
ke safa sekali.
Berjalan ditempat yang telah ditetapkan iaitu Batn AlWadi

2. Tahallul Akhir - ( Thani ) Selesai setelah terlaksanan semua
perkara diatas.

Menghalalkan serta melepaskan diri daripada ihramHaji atau
Umrah serta larangan-larangan ketika berihram

10.Tertib pada kebanyakan rukun