LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Sunday, December 26, 2010

Tarikh Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah S.A.W

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.


· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.


· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.


· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.


Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.


Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:


· Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H

· Dalam bulan Rabiul Awwal

· Antara 1hb. Hingga 12hb.

· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)

· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).

· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).


Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:


1-Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.



2 -Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.



Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:



Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal



Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21

Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21

Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.


(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)

Monday, November 22, 2010

DOA SOLAT HAJAT

DOA SEMBAHYANG HAJAT
TUAN GURU HAJI HASHIM B. ABU BAKAR
PONDOK PASIR TUMBOH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَص َحْبِهِ وَسَلَّم.
اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ الشَّتَّاتِ وَيَا مُخْرِجَ النَّبَاتِ وَيَامُحْيِىَ العِظَامِ الرُّفَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَيَا مُفَرِّجَ الكُرَبَاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتِ وَيَا فَاتِحَ خَزَائِنَ الْكَرَمَاتِ وَيَا مَنْ مَلأَ َنُوْرِهِ الأَرْضَ وَالسَّمَوَاتِ وَيَا مَنْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا وَعَالِمًا بِمَا مَضَى وَمَا هُوَ آتٍ. نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَبِاسْتِغْنَائِكَ عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَبِحَمْدِكَ وَمَجْدِكَ يَا إِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْْ تَجُوْدَ عَلَيْنَا بِقَضَاءِ حَاجَاتِنَا ....
وَأَنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا بِهِ دَعَوْنَاكَ وَأَنْ تُعْطِيَنَا مَا سَأَلْنَاكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ يس وَبِحَقِّ قَلْبِ القُرْآنِ وَبِحُرْمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ عَزْبًا إِلاَّ زَوَّجْتَهُ وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ كَشَفْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَلاَ ضَالاً إِلاَّ هَدَيْتَهُ وَلاَ عَائِلاً إِلاَّ أَغْنَيْتَهُ وَلاَ عَدْوًا إِلاَّ خَذَلْتَهُ وَكَفَيْتَهُ وَلاَ صَدِيْقًا إِلاَّ رَحِمْتَهُ وَكَافَيْتَهُ وَلاَّ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن . وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالصِّحَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فِيْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللًّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ الغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالطَّاعُوْنَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.

DOA ARWAH

Doa Kenduri Arwah 3Doa Kenduri Arwah 3



Doa Kenduri Arwah 3

Saturday, November 20, 2010

seloka pak kaduk


SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya memang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah Ada rumah bertandang duduk.

pasang

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa berlayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

MAKSUD

Seloka ini mengisahkan nasib malang akibat kebodohan Pak Kaduk yang sering melakukan sesuatu yang bertentangan dengan orang lain. Ayamnya menang bersabung tetapi kampung nya tergadai. Ada nasi tetapi dicurahkan sehingga dia sendiri kelaparan.

Pak Kaduk mudik ketika sungai surut dan mengayuh ke hilir ketika air pasang. Pak Kaduk hampir mati akibat tidak makan serta belayar ketika tidak ada angin. Apabila sauh dilabuhkan angin mula bertiup. Pak Kaduk juga duduk menumpang walaupun memiliki rumah sendiri.

TEMA

Masalah yang dihadapi akibat kebodohan dalam melakukan tindakan

PERSOALAN

1 Berfikir dengan teliti sebelum melakukan sesuatu

2. Bertindak mengikut perasaan akan mendatangkan kesan yang buruk

3.Keburukan orang yang suka berjudi

4. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah akan mendatangkan masalah

SOALAN PERBINCANGAN

Siapakah golongan yang disindir oleh pencipta seloka dan apakah isunya?

lGolongan yang suka berjudi kerana judi tidak akan membawa kepada kekayaan dan kesenangan.

lGolongan yang suka menganayai isteri kerana isteri merupakan orang yang penting dalam sebuah keluarga bahagia.

lOrang yang tidak berfikir dahulu sebelum membuat keputusan menyebabkan dia mudah ditipu.

lGolongan yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang belum pasti menyebabkan dia akan mengalami kehampaan sekiranya apa-apa yang dicitakan tidak tercapai.

GERIMIS SENJA

GERIMIS SENJA

Telah kurangkum rebah setiaku

pada setiap pilu dan rindu

melayang dan mengembang

ke hayat gemilang. Sejak itu

tidak kukesal lagi

goda dan duga

di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku

pada setiap kerikil dan debu

datang dan menghilang

ke hujung kenang. Sesudah itu

tidak kukenal lagi

hampa dan derita

di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi

adalah titipan maya

bakal kukongsikan hati

mengukir tadbir di ruang gemanya.

MAKSUD

Rangkap 1 : Penyair telah berazam dengan menghimpunkan semua pengalaman hidupnya untuk mencapai kegemilangan.

Rangkap 2 : Penyair telah menghabiskan usianya dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. Oleh itu, penyair tidak lagi berasa gentar atau kecewa sekiranya datang pula dugaan dan cabaran yang lain.

Rangkap 3 : Segala bentuk dugaan merupakan lumrah hidup. Penyair berikrar untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain dan menjadikan kepahitan hidup sebagai teladan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

TEMA

Pengalaman hidup seseorang menjadikannya lebih matang dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN

1. Pengakuan penyair akan ketegasannya memiliki prinsip untuk memperbaiki kehidupannya.

2. Kesanggupan seorang manusia dalam perjuangan hidup ke arah kegemilangan.

3. Segala kesukaran atau dugaan yang berlaku dalam hidup manusia merupakan lumrah alam.

NILAI

1. Pengorbanan – penyair menyatakan kesediaan berkorban dan berjuang dengan cara apa sekali pun demi kecemerlangan hidup.

2. Jujur dan ikhlas – penyair dengan jujur mengakui akan usaha dan kesanggupannya untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain.

3. Kesabaran – penyair sabar dalam menempuh cabaran hidup

4. Kebijaksanaan – penyair dengan bijak menggunakan pengalaman hidup untuk dijadikan pedoman

5. Kesetiaan – penyair penuh taat dan setia dalam usaha membina hidup agar menjadi lebih baik.

PENGAJARAN

1. Sebagai manusia, kita perlu bersabar dalam menempuh dugaan hidup.

2. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam segala hal kerana perkara ini merupakan amalan mulia bagi semua bangsa di dunia ini.

3. Sebagai manusia, kita perlu berbakti ataupun berkorban walaupun dianggap terlalu kecil malahan semampu mungkin tetapi cukup bermakna demi kesejahteraan.

4. Kita perlu bersyukur atas ketetapan Allah bagi menambah keimanan dan berupaya mengawal emosi.

CONTOH SOALAN

1. Berikan maksud rangkai kata “Telah kurangkumkan rebah setiaku”?

Maksud rangkai kata “Telah kurangkumkan rebah setiaku” ialah penyajak menyatakan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada negaranya.

2. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menumpukan taat dan setia kepada negara?

Pada pendapat saya, rakyat perlu menumpukan taat dan setia kepada negara keranadalam Islam,setiap warga negara hendaklah atau wajib taat dan setia kepada negara tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Rakyat juga mesti atau wajib mempertahankan negara daripada diceroboh oleh kuasa asing. Rakyat yang tidak setia kepada negara dianggap pengkhianat negara. Rakyat yang taat setia akan menyebabkan kedaulatan negara terjamin. Kehidupan rakyat dan keadaan negara akan aman dan harmoni sekiranya rakyat taat dan setia kepada negara.

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
SINOPSIS
Cerita ini adalah petikan daripada Hikayat Hang Tuah.
Segala rakyat dalam negeri Melaka ingin melihat Laksamana yang telah dititahkan oleh raja membunuh Si Jebat derhaka. Setelah sampai di balai gendang Laksamana terus memanggil nama Si Jebat. Pada masa itu Si Jebat sedang tidur. Maka ramailah rakyat yang ingin menyaksikan pertarungan tersebut seperti temasya lagaknya. Setelah dipanggil beberapa kali, maka Hang Jebat pun bangun dan melihat keluar istana. Setelah ditatap betul-betul, maka Jebat telah mengenali akan saudaranya Tuah. Setelah siap mandi dan berpakaian, maka Jebat pun menyambut kedatangan Tuah dan menyuruh Tuah naik ke istana. Jebat tahu akan kedatangan Tuah untuk membunuhnya. Jebat cuba menjelaskan bahawa perbuatannya semata-mata membela kematian Tuah. Tetapi kerana sikap taat kepada raja dan pemerintah, maka Tuah teruskan juga niatnya untuk membunuh Jebat.
sambungan
Maka berlakulah pertarungan yang hebat antara Tuah dengan Jebat. Sesekali orang ramai masuk campur dengan menghulurkan lembing dari bawah istana. Setelah ditegah oleh Tuah, maka orang ramai pun keluarlah dari bawah istana. Tauh dan Jebat telah berpakat untuk bertikam di atas talam. Mereka mengusung empat buah talam yang besar dan diletakkan di tengah ruang istana.
Mereka berdua menyambung pertarungan mereka berdua. Akhirnya Tuah berjaya menikam Jebat apabila berlaku pertukaran keris.
Hang Jebat sempat berpesan kepada Hang Tuah sekiranya dia mati, dia meminta Hang Tuah menjaga anaknya hasil perhubungannya dengan Dang Baru. Sekiranya anak lelaki, dijadikan anak angkat, sekiranya perempuan serahkan keputusan kepada ibunya.
TEMA
Cerita ini memaparkan pertarungan antara dua sahabat iaitu Hang Tuah dengan Hang Jebat kerana Hang Jebat dianggap menderhaka kepada raja kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah.
Cerita ini memaparkan tema penentangan terhadap penderhakaan.
PERSOALAN
Ketaatan terhadap sultan melebihi persahabatan

Kezaliman tidak dapat diterima walaupun dengan tujuan membalas dendam

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Semangat persahabatan tetap teguh walaupun terpaksa bermusuhan
NILAI
Keberanian

Kesetiaan

Bekerjasama

Bertanggungjawab
PENGAJARAN
Kita hendaklah menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Rakyat hendaklah menunjukkan kesetiaan terhadap pemerintah.

Kita hendaklah bekerjasama menentang pihak yang terpesong dari perjuangan

Menusia perlulah mengutamakan keselamatan orang ramai daripada kepentingan diri.
SOALAN PERBINCANGAN
Apakah cara untuk menunjukkan ketaatan kepada pemerintah.
Patuh kepada peraturan dan undang-undang negara
Sentiasa menyokong usaha pemerintah untuk melakukan kemajuan kepada rakyat
Sama-sama menjaga keharmonian dan keamanan negara
Jangan jadi pembelot kepada pemerintah
Sentiasa berusaha menaikkan nama dan imej negara

SABOR

SABOR

Sabor menumpang di rumah Jibor. Kedatangan Sabor menyebabkan isteri Jibor, Siti Saidah jatuh hati. Siti Saidah seorang isteri yang curang kerana sebelum ini dia pernah berzina dengan Jauhari tanpa pengetahuan suaminya.

Siti Saidah kecewa dan mengambil keputusan memfitnah Sabor. Dia memberitahu Jibor dengan mengatakan Sabor telah mencabul kehormatannya. Jibor terlalu marah dan menyuruh empat orang sipahi membunuh Sabor semasa Sabor ke masjid. Bagi memudahkan sipahi mengenali Sabor, Jibor memberikan kopiah Rom kepada Sabor.

Ketika di masjid Sabor berasa pening. Dia meletakkan kopiah Rom di atas mihrab. Sebaliknya Jauhari memakai kopiah tersebut. Sipahi memenggal kepala Jauhari menyebabkan orang ramai gempar di masjid.

WATAK

SABOR

Saudara kepada Jibor. Kuat iman walaupun digoda oleh Siti Saidah. Taat kepada perintah Tuhan, dan ini dapat dibuktikan apabila dia menunaikan sembahyang subuh pada malam Siti Saidah menggodanya. Seorang yang sabar. Walaupun dirinya diperlakukan sedemikian rupa, tetapi dia tidak mengadu kepada Jibor kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

SITI SAIDAH

Isteri Jibor. Seorang isteri yang curang kerana pernah bermukah dengan Jauhari. Jatuh hati kepada Sabor. Dia pandai menggoda dan menggunakan kesempatan yang ada untuk menggoda Sabor tetapi gagal. Pandai berpura-pura baik di hadapan suami tetapi kelakuan jahat di belakang suami. Sanggup memfitnah Sabor kerana bimbang rahsia kecurangannya akan diketahui oleh Jibor.

JIBOR

Suami Siti Saidah. Suka mengambil tindakan terburu-buru tanpa usul periksa seperti terus mempercayai cerita daripada Siti Saidah. Dia telah mengupah empat orang askar India untuk membunuh Sabor. Seorang yang cemburu contohnya, dia terlalu marah apabila dikatakan bahawa Sabor cuba mencabuli isterinya.

JAUHARI

Lelaki yang bermukah dengan Siti Saidah. Seorang yang suka mengerjakan sembahyang walaupun pada masa yang sama melakukan kejahatan. Telah dipenggal kepala oleh empat orang askar Indin yang diupah oleh Jibor kerana memakai kopiah Rom pemberian Jibor kepada Sabor.

TEMA

Tema keagamaan iaitu kekuatan iman seseorang mampu menghalang daripada perlakuan yang buruk serta yang bertentangan dengan agama.

PERSOALAN

Sikap buruk seorang isteri yang curang kepada suami

Tindakan tanpa usul periksa mendatangkan keburukan

Orang yang tidak berdosa dipelihara oleh Allah daripada sebarang malapetaka.

4. Ajal dan maut di tangan Tuhan.

NILAI Baik hati ~ Sabor seorang yang baik hati sehingga Siti Saidah jatuh hati kepadanya.

. Ketegasan ~ Sabor berpendirian tegas menolak kemahuan Siti Saidah walaupun dipujuk.

Keimanan ~ Sabor sangat tinggi keimanannya dan sering takut akan hukuman Allah

Taat ~ Sabor mematuhi nasihat dan pesanan Raja Damsyik.

PENGAJARAN

1 Wanita hendaklah menjaga maruah diri dan tatasusila

2. Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama supaya tidak mudah terlanjur.

3. Seorang suami janganlah dayus sehingga menjadi mangsa kejahatan isteri sendiri.

4. Manusia hendaklah mengelakkan diri daripada bertindak terburu-buru kerana akan memudaratkan diri sendiri.

SOALAN

lBandingkan watak Sabor dan Watak Jibor?

lPada pendapat anda, apakah kesan fitnah dalam masyarakat setempat?

lPada pendapat anda, apakan kesan tindakan yang terburu-buru?

lSekiranya anda Jibor, apakah tindakan anda setelah diberitahu tentang perbuatan Sabor itu?

ANNYSS SOPHILEA

ANNYSS SOPHILLEA

Annyss Sophillea yang singgah di Bumi dalam perjalanan mencari saudaranya, Eyrique. Dia menjalin persahabatan dengan seorang pemuda bernama Akmal.

Annyss Sophillea berkonflik dengan Strenn, iaitu sepupunya. Strenn cuba mempengaruhi Annyss Sophillea supaya melupakan Eyrique. Eyrique yang sepatutnya menjadi raja tetapi telah hilang kerana diculik ketika hendak ditabalkan menjadi raja. Sebenarnya, Stern yang telah menawan Eyrique.

Annyss akhirnya berjaya menjejaki Eyrique di sebuah hutan. Annyss dibantu oleh Akmal dan berjaya mengeluarkan Eyrique dari tempat dia disembunyikan. Mereka terpaksa bertempur dengan Strenn. Akmal berjaya membunuh Strenn, tetapi nyawa Akmal juga dalam keadaan bahaya. Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkan nyawa Akmal.

TEMA

Cerpen ini mengungkapkan nilai persahabatan yang terjalin antara manusia dengan berlatarbelakangkan fantasi

.

PERSOALAN

Perebutan kuasa menyebabkan berlaku permusuhan dalam kalangan saudara

Persahabatan yang ikhlas memerlukan pengorbanan

Kasih sayang mengatasi segala-galanya

Orang yang berniat buruk terhadap orang lain akan mendapat balasan

Nilai

Bertanggungjawab ~ Annyss menjalankan tanggungjawab untuk mencari Eyrique setelah pemuda itu hilang akibat ditawan oleh Strenn.

Kasih sayang ~ Annyss sanggup mengembara ke planet lain untuk mencari Eyrique kerana begitu kasih akan kembarnya itu

Bekerjasama ~ Annyss, Eyrique dan Akmal bekerjasama menentang Strenn yang mahu merampas kuasa di Alstonia

Keberanian ~ Annyss menunjukkan keberanian untuk mengembara seorang diri dan berani berhadapan dengan Sternn dalam mempertahankan Eyrique

Pengajaran

1.. Manusia hendaklah saling membantu untuk kesejahteraan.

2. Kita hendaklah berani menentang pihak yang berniat tidak baik dan tamak

3. Manusia perlulah memupuk sikap kerjasama dalam menghadapi cabaran.

4. Manusia hendaklah sanggup berkorban demi persahabatan yang tulus ikhlas.

PERBINCANGAN SOALAN

nUsaha untuk mengekalkan nilai persahabatan

nMenjaga hati dan perasaan sahabat

nMengajak sahabat melakukan perkara yang berfaedah sahaja

nBergaul dan mengenali ibu bapa dan keluarga sahabat secara dekat

nRela berkorban untuk kesejahteraan sahabat

nSanggup bersama ketika sahabat dalam kesusahan

LAMBAIAN MALAR HIJAU

LAMBAIAN MALAR HIJAU

SAROJA THEAVY A/P BALAKRISHNAN

Daneng merupakan seorang anak Orang Asli yang telah menamatkan peperiksaan PMR dengan cemerlang. Namun begitu, dia membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya. Malah dia tidak ke sekolah untuk hampir enam bulan lamanya.

Cikgu Jo enggan membiarkan anak ini mensia-siakan masa depannya. Beliau sanggup pergi ke rumah Daneng untuk memujuknya. Namun begitu, Daneng pula berpendapat kehidupan di hutan itulah kehidupan yang paling bahagia. Dia berasakan segala-galanya yang diperlukan oleh manusia terdapat di hutan itu. Ada masanya Cikgu Jo sendiri tidak pasti sama ada beliau melakukan perkara yang terbaik. Beliau tertanya-tanya sama ada tindakan beliau memisahkan anak ini daripada kersekitarannya dan mencampakkannya ke dunia kebendaan satu tindakan yang wajar. Walau bagaimanapun beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya. Beliau mengingatkan Daneng bahawa melalui pendidikan dia boleh menjadi seorang pegawai perhutanan atau seorang ahli sains dan mencurahkan khidmat untuk mempertahankan hutan itu. Akhirnya, Daneng bersetuju untuk meneruskan pelajarannya.

Semua itu berlaku hampir 25 tahun yang lalu. Kini, Daneng telah menjadi seorang manusia berjaya dan bergelar “Datuk”. Berkat usahanya dia telah membantu Malaysia diiktiraf sebagai negara dengan keluasan hutan tropika terbesar di dunia pada tahun 2020. Malah dia dikurniakan hadiah Nobel atas usahanya itu. Dia juga telah dijemput oleh kerajaan Brazil bagi menyelamatkan hutan di negara mereka. Walaupun begitu, dia tidak pernah melupakan jasa Cikgu Jo dan menegah guru itu memanggilnya dengan gelaran “Datuk”.

Cerita ini membawakan tema kecintaan kepada alam sekitar

  1. Tanggungjawab seorang guru terhadap anak didiknya.
  2. Kepentingan pendidikan bagi manusia – Daneng berjaya dalam hidupnya berkat pendidikannya.
  3. Kehidupan masyarakat Orang Asli – mereka menjalani kehidupan yang ringkas dan terlepas daripada arus pembangunan dan kebendaan.
  4. Kepentingan memelihara alam semula jadi dan hutan tropika.

  1. Kerajinan – Daneng rajin belajar sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
  2. Kesabaran – Cikgu Jo sangat bersabar dalam memujuk Daneng supaya terus belajar walaupun Daneng keberatan pada mulanya.
  3. Bertanggungjawab – Daneng meneruskan perjuangannya memelihara alam sekitar dengan penuh tanggungjawab setelah berjaya dalam peperiksaan.
  4. Hormat-menghormati – Daneng menghormati Cikgu Jo yang banyak berjasa.

  1. Seseorang guru harus berdedikasi dan berusaha memastikan kejayaan pelajarnya.
  2. Kita harus menuntut ilmu sebagai bekalan masa hadapan.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara alam semula jadi.
  4. Kita harus mengenang jasa guru-guru yang telah mendidik kita.

PERBINCANGAN SOALAN

lLangkah menjaga hutan daripada pupus atau musnah

lKerajaan perlu mewartakan hutan simpan sebagai khazanah kekal

lJabatan Perhutanan perlu membuat rondaan bagi mencegah pembalakan haram

lPenguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pembalakan haram

lMengehadkan pengeluaran lesen membalak

lMenanam semula pokok-pokok di kawasan yang telah gondol

Friday, November 12, 2010

IBADAT HAJI

IBADAT HAJI

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Pengertian Haji

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib haji dan umrah:

(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.

Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

3. Maksud istitaah @ berkemampuan:

(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

RUKUN HAJI


Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.

Rukun haji ialah :

1. Niat Ihram haji

Video : Pakai ihram - download percuma di www.islamweb.net dlm English dan Arab

2. Wukuf di Arafah

Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Video : Wukuf di Arafah

3. Tawaf di Baitullah

Download percuma Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan proses Haji & Umrah dalam video visual 3D di www.3dkabah.com

Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil Haram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaran Nya.

Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;

(b) Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;

(c) Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.

(d) Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.

Syarat-syarat sah tawaf ialah:

(a) niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.

PUASA SUNAT WUKUF


PUASA SUNAT WUKUF

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).


9 zulhijjah-Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 zulhijjah- adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

CARA MELAKSANAKAN IBADAT QURBAN

Cara Melaksanakan Ibadah Qurban dari Abu Aslam

Sumber : http://www.abuaslam.com/?p=357

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

“DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidil Adha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidil Adha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidil adha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidil Adha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
“Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidil Adha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ

Maksudnya:
“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidil Adha), dia hendaklah mengulanginya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ

Maksudnya:
“Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan.” – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya:
“Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus).” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Maksudnya:
“Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

“Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.”

Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-’Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-’Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
“Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ

Maksudnya:
“Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidil Adha mahupun Aidil Fitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.

Pada hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1,000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”

Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidil Adha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
“Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya:
“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu).” - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepadaNYA dengan mengikuti sunnah NabiNYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid’ah.

Oleh: Mohd Yaakub Mohd Yunus