LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Saturday, November 20, 2010

GERIMIS SENJA

GERIMIS SENJA

Telah kurangkum rebah setiaku

pada setiap pilu dan rindu

melayang dan mengembang

ke hayat gemilang. Sejak itu

tidak kukesal lagi

goda dan duga

di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku

pada setiap kerikil dan debu

datang dan menghilang

ke hujung kenang. Sesudah itu

tidak kukenal lagi

hampa dan derita

di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi

adalah titipan maya

bakal kukongsikan hati

mengukir tadbir di ruang gemanya.

MAKSUD

Rangkap 1 : Penyair telah berazam dengan menghimpunkan semua pengalaman hidupnya untuk mencapai kegemilangan.

Rangkap 2 : Penyair telah menghabiskan usianya dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. Oleh itu, penyair tidak lagi berasa gentar atau kecewa sekiranya datang pula dugaan dan cabaran yang lain.

Rangkap 3 : Segala bentuk dugaan merupakan lumrah hidup. Penyair berikrar untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain dan menjadikan kepahitan hidup sebagai teladan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

TEMA

Pengalaman hidup seseorang menjadikannya lebih matang dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN

1. Pengakuan penyair akan ketegasannya memiliki prinsip untuk memperbaiki kehidupannya.

2. Kesanggupan seorang manusia dalam perjuangan hidup ke arah kegemilangan.

3. Segala kesukaran atau dugaan yang berlaku dalam hidup manusia merupakan lumrah alam.

NILAI

1. Pengorbanan – penyair menyatakan kesediaan berkorban dan berjuang dengan cara apa sekali pun demi kecemerlangan hidup.

2. Jujur dan ikhlas – penyair dengan jujur mengakui akan usaha dan kesanggupannya untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain.

3. Kesabaran – penyair sabar dalam menempuh cabaran hidup

4. Kebijaksanaan – penyair dengan bijak menggunakan pengalaman hidup untuk dijadikan pedoman

5. Kesetiaan – penyair penuh taat dan setia dalam usaha membina hidup agar menjadi lebih baik.

PENGAJARAN

1. Sebagai manusia, kita perlu bersabar dalam menempuh dugaan hidup.

2. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam segala hal kerana perkara ini merupakan amalan mulia bagi semua bangsa di dunia ini.

3. Sebagai manusia, kita perlu berbakti ataupun berkorban walaupun dianggap terlalu kecil malahan semampu mungkin tetapi cukup bermakna demi kesejahteraan.

4. Kita perlu bersyukur atas ketetapan Allah bagi menambah keimanan dan berupaya mengawal emosi.

CONTOH SOALAN

1. Berikan maksud rangkai kata “Telah kurangkumkan rebah setiaku”?

Maksud rangkai kata “Telah kurangkumkan rebah setiaku” ialah penyajak menyatakan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada negaranya.

2. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menumpukan taat dan setia kepada negara?

Pada pendapat saya, rakyat perlu menumpukan taat dan setia kepada negara keranadalam Islam,setiap warga negara hendaklah atau wajib taat dan setia kepada negara tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Rakyat juga mesti atau wajib mempertahankan negara daripada diceroboh oleh kuasa asing. Rakyat yang tidak setia kepada negara dianggap pengkhianat negara. Rakyat yang taat setia akan menyebabkan kedaulatan negara terjamin. Kehidupan rakyat dan keadaan negara akan aman dan harmoni sekiranya rakyat taat dan setia kepada negara.

No comments:

Post a Comment