LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Saturday, November 20, 2010

SABOR

SABOR

Sabor menumpang di rumah Jibor. Kedatangan Sabor menyebabkan isteri Jibor, Siti Saidah jatuh hati. Siti Saidah seorang isteri yang curang kerana sebelum ini dia pernah berzina dengan Jauhari tanpa pengetahuan suaminya.

Siti Saidah kecewa dan mengambil keputusan memfitnah Sabor. Dia memberitahu Jibor dengan mengatakan Sabor telah mencabul kehormatannya. Jibor terlalu marah dan menyuruh empat orang sipahi membunuh Sabor semasa Sabor ke masjid. Bagi memudahkan sipahi mengenali Sabor, Jibor memberikan kopiah Rom kepada Sabor.

Ketika di masjid Sabor berasa pening. Dia meletakkan kopiah Rom di atas mihrab. Sebaliknya Jauhari memakai kopiah tersebut. Sipahi memenggal kepala Jauhari menyebabkan orang ramai gempar di masjid.

WATAK

SABOR

Saudara kepada Jibor. Kuat iman walaupun digoda oleh Siti Saidah. Taat kepada perintah Tuhan, dan ini dapat dibuktikan apabila dia menunaikan sembahyang subuh pada malam Siti Saidah menggodanya. Seorang yang sabar. Walaupun dirinya diperlakukan sedemikian rupa, tetapi dia tidak mengadu kepada Jibor kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

SITI SAIDAH

Isteri Jibor. Seorang isteri yang curang kerana pernah bermukah dengan Jauhari. Jatuh hati kepada Sabor. Dia pandai menggoda dan menggunakan kesempatan yang ada untuk menggoda Sabor tetapi gagal. Pandai berpura-pura baik di hadapan suami tetapi kelakuan jahat di belakang suami. Sanggup memfitnah Sabor kerana bimbang rahsia kecurangannya akan diketahui oleh Jibor.

JIBOR

Suami Siti Saidah. Suka mengambil tindakan terburu-buru tanpa usul periksa seperti terus mempercayai cerita daripada Siti Saidah. Dia telah mengupah empat orang askar India untuk membunuh Sabor. Seorang yang cemburu contohnya, dia terlalu marah apabila dikatakan bahawa Sabor cuba mencabuli isterinya.

JAUHARI

Lelaki yang bermukah dengan Siti Saidah. Seorang yang suka mengerjakan sembahyang walaupun pada masa yang sama melakukan kejahatan. Telah dipenggal kepala oleh empat orang askar Indin yang diupah oleh Jibor kerana memakai kopiah Rom pemberian Jibor kepada Sabor.

TEMA

Tema keagamaan iaitu kekuatan iman seseorang mampu menghalang daripada perlakuan yang buruk serta yang bertentangan dengan agama.

PERSOALAN

Sikap buruk seorang isteri yang curang kepada suami

Tindakan tanpa usul periksa mendatangkan keburukan

Orang yang tidak berdosa dipelihara oleh Allah daripada sebarang malapetaka.

4. Ajal dan maut di tangan Tuhan.

NILAI Baik hati ~ Sabor seorang yang baik hati sehingga Siti Saidah jatuh hati kepadanya.

. Ketegasan ~ Sabor berpendirian tegas menolak kemahuan Siti Saidah walaupun dipujuk.

Keimanan ~ Sabor sangat tinggi keimanannya dan sering takut akan hukuman Allah

Taat ~ Sabor mematuhi nasihat dan pesanan Raja Damsyik.

PENGAJARAN

1 Wanita hendaklah menjaga maruah diri dan tatasusila

2. Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama supaya tidak mudah terlanjur.

3. Seorang suami janganlah dayus sehingga menjadi mangsa kejahatan isteri sendiri.

4. Manusia hendaklah mengelakkan diri daripada bertindak terburu-buru kerana akan memudaratkan diri sendiri.

SOALAN

lBandingkan watak Sabor dan Watak Jibor?

lPada pendapat anda, apakah kesan fitnah dalam masyarakat setempat?

lPada pendapat anda, apakan kesan tindakan yang terburu-buru?

lSekiranya anda Jibor, apakah tindakan anda setelah diberitahu tentang perbuatan Sabor itu?

No comments:

Post a Comment