LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Saturday, November 20, 2010

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
SINOPSIS
Cerita ini adalah petikan daripada Hikayat Hang Tuah.
Segala rakyat dalam negeri Melaka ingin melihat Laksamana yang telah dititahkan oleh raja membunuh Si Jebat derhaka. Setelah sampai di balai gendang Laksamana terus memanggil nama Si Jebat. Pada masa itu Si Jebat sedang tidur. Maka ramailah rakyat yang ingin menyaksikan pertarungan tersebut seperti temasya lagaknya. Setelah dipanggil beberapa kali, maka Hang Jebat pun bangun dan melihat keluar istana. Setelah ditatap betul-betul, maka Jebat telah mengenali akan saudaranya Tuah. Setelah siap mandi dan berpakaian, maka Jebat pun menyambut kedatangan Tuah dan menyuruh Tuah naik ke istana. Jebat tahu akan kedatangan Tuah untuk membunuhnya. Jebat cuba menjelaskan bahawa perbuatannya semata-mata membela kematian Tuah. Tetapi kerana sikap taat kepada raja dan pemerintah, maka Tuah teruskan juga niatnya untuk membunuh Jebat.
sambungan
Maka berlakulah pertarungan yang hebat antara Tuah dengan Jebat. Sesekali orang ramai masuk campur dengan menghulurkan lembing dari bawah istana. Setelah ditegah oleh Tuah, maka orang ramai pun keluarlah dari bawah istana. Tauh dan Jebat telah berpakat untuk bertikam di atas talam. Mereka mengusung empat buah talam yang besar dan diletakkan di tengah ruang istana.
Mereka berdua menyambung pertarungan mereka berdua. Akhirnya Tuah berjaya menikam Jebat apabila berlaku pertukaran keris.
Hang Jebat sempat berpesan kepada Hang Tuah sekiranya dia mati, dia meminta Hang Tuah menjaga anaknya hasil perhubungannya dengan Dang Baru. Sekiranya anak lelaki, dijadikan anak angkat, sekiranya perempuan serahkan keputusan kepada ibunya.
TEMA
Cerita ini memaparkan pertarungan antara dua sahabat iaitu Hang Tuah dengan Hang Jebat kerana Hang Jebat dianggap menderhaka kepada raja kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah.
Cerita ini memaparkan tema penentangan terhadap penderhakaan.
PERSOALAN
Ketaatan terhadap sultan melebihi persahabatan

Kezaliman tidak dapat diterima walaupun dengan tujuan membalas dendam

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Semangat persahabatan tetap teguh walaupun terpaksa bermusuhan
NILAI
Keberanian

Kesetiaan

Bekerjasama

Bertanggungjawab
PENGAJARAN
Kita hendaklah menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Rakyat hendaklah menunjukkan kesetiaan terhadap pemerintah.

Kita hendaklah bekerjasama menentang pihak yang terpesong dari perjuangan

Menusia perlulah mengutamakan keselamatan orang ramai daripada kepentingan diri.
SOALAN PERBINCANGAN
Apakah cara untuk menunjukkan ketaatan kepada pemerintah.
Patuh kepada peraturan dan undang-undang negara
Sentiasa menyokong usaha pemerintah untuk melakukan kemajuan kepada rakyat
Sama-sama menjaga keharmonian dan keamanan negara
Jangan jadi pembelot kepada pemerintah
Sentiasa berusaha menaikkan nama dan imej negara

1 comment:

  1. tetapi dalm arktikel lain yang saya pernah baca memberitahu bahawa hang jebat tidak mati tetapi dia melarikan diri.

    ReplyDelete