LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Friday, January 29, 2010

Ciri orang Munafik

Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik



Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai, sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu’as tamat penduduk Madinah (nama asalnya Yasrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan.

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yang mulia. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah.

Orang Arab Madinah memandang kaum Yahudi sebagai manusia yang berjaya dan disegani. Kedudukan kaum Yahudi yang demikian menyebabkan orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi tetapi banyak daripada nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.

Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak menceduk peradaban Yahudi dan meng-Arabkan peradaban tersebut. Di antara mereka adalah Abdullah bin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu mereka dipandang tinggi dan dihormati. Ketika Perang Bu’as hampir berlaku di antara dua puak terbesar di Madinah, kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperangan berlaku juga Abdullah bin Ubai tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikap berkecualinya itulah yang menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihak yang berperang itu berdamai.

Walaupun menimba dari telaga Yahudi namun ahli fikir Arab Madinah mempertahankan ke-Araban mereka. Sikap yang demikian menyebabkan terbentuk aliran pemikiran yang kabur. Ia bukan Yahudi dan bukan juga Arab. Mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orang Yahudi yang berilmu dan mereka lebih mulia daripada umat Arab yang jahil. Oleh kerana apa yang terbentuk dalam aliran pemikiran mereka tidak jelas, maka tidak ada satu bentuk kepercayaan atau akidah yang mereka pertahankan. Mereka mempertahankan satu perkara sahaja, iaitu merekalah golongan Arab yang paling pintar dan apa sahaja yang datang daripada orang Arab yang lain tidak sama dengan apa yang ada dengan mereka. Apabila agama Islam datang ke Madinah dibawa oleh orang Arab Makkah, kumpulan Abdullah bin Ubai itu sudah ada keputusan sejak awal-awal lagi untuk menolaknya. Mereka menganggap apa yang baharu datang itu lebih rendah daripada apa yang ada dengan mereka. Mereka menjadi golongan yang tidak mempertahankan sebarang kepercayaan dan juga tidak ada satu kepercayaan yang mereka terima. Sebagaimana puak Yahudi yang menganggap semua bangsa di dunia lebih rendah daripada mereka, begitu juga kumpulan Abdullah bin Ubai yang meminum air daripada telaga Yahudi menganggap semua orang Arab lebih rendah daripada mereka. Mereka memandang rendah apa sahaja yang datang daripada orang Arab yang lain. Mereka adalah puak yang sudah ada keputusan untuk mengunci mata, telinga dan hati mereka daripada segala agama yang datang kepada mereka.

Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan deras dan menyeluruh. Dalam masa kurang daripada satu tahun hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agama Islam. Segala aktiviti berpusat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. Kumpulan Abdullah bin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihan melainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah, jika tidak mereka akan tersisih. Penyertaan mereka di dalam arus tersebut juga bertujuan mencari jalan merampas semula kekuasaan di Madinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammad s.a.w ke sana. Mereka mahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satu agama yang mereka pertahankan, maka mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medan kepercayaan atau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil munafik. Mereka memakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya.

Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak percaya kepada agama Islam kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentangan mereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepada agama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan mereka tidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka boleh menyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka boleh menentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulin. Mereka menganggapkan Islam sebagai baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan menurut keadaan yang membawa keuntungan kepada mereka.
Al-Quran menceritakan keadaan puak munafik:


Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)”. ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah )


Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu mereka tidak akan kembali. ( Ayat 18 : Surah al-Baqarah )

Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakan tidak beriman baik secara terang atau pun secara bersembunyi. Ancaman azab neraka dan pujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pula mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalan ibadat bersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidak berbekas pada hati mereka. Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat tetapi hati mereka kufur. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafir pada hati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman kerana mereka mahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka. Ada kepentingan diri yang mereka mahu jaga.

Puak munafik tidak mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka Nabi Muhammad s.a.w hanyalah seorang lelaki Arab yang sama dengan lelaki Arab yang lain, yang tergolong dalam kalangan bangsa Arab yang mereka pandang lebih rendah daripada mereka. Mereka menolak kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mahu agar baginda s.a.w mengikuti kepimpinan mereka. Mereka juga tidak mempunyai perasaan hormat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka menganggapkan Nabi Muhammad s.a.w, maka mereka tidak menerima kedudukan wahyu sebagai Kalam Allah s.w.t. Mereka menganggap wahyu hanyalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang sama dengan perkataan orang lain yang boleh dihujah dan ditolak. Puak munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif di dalam mempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Tuhan memperingatkan Rasulullah s.a.w supaya berwaspada terhadap puak munafik yang akan mencuba untuk membawa baginda s.a.w tunduk kepada pemimpin mereka. Baginda s.a.w diperingatkan bahawa puak munafik itu tidak suka kepada baginda s.a.w.


Wahai Nabi! Berbaktilah kepada Allah dan jangan engkau taat kepada kafir-kafir dan munafik-munafik, sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana. ( Ayat 1 : Surah al-Ahzaab )


Dan jangan engkau tunduk kepada orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan biarkanlah gangguan mereka. Dan berserah dirilah kepada Allah kerana cukuplah Allah sebagai Pengawal. ( Ayat 48 : Surah al-Ahzaab )


Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya”, kamu melihat orang munafik berpaling daripadamu sungguh-sungguh. (ayat 61 : Surah an-Nisaa’ )


Dan dari kalangan mereka ada yang menyakiti Nabi dan mereka berkata, “Dia itu pendengar!” (Maksudnya mengiyakan sahaja apa yang orang lain kata). Katakanlah: “Dia memang pendengar kebaikan kamu, dia beriman kepada Allah dan dia percaya kepada mereka yang beriman, dan jadi rahmat bagi orang yang beriman di antara kamu”. Dan mereka yang menyakiti Rasul Allah bagi mereka azab yang pedih. ( Ayat 61 : Surah at-Taubah )

Sangat sukar menangani puak munafik kerana secara terangnya mereka mengaku beriman walaupun hati mereka menolak. Mereka juga sanggup bersumpah bagi menegakkan benang basah.


Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah kepada kamu untuk menyenangkan kamu, padahal Allah dan Rasul-Nya yang lebih patut mereka sukakan jika adalah mereka orang yang beriman. ( Ayat 62 : Surah at-Taubah )

Oleh kerana puak munafik hidup dalam kepura-puraan mereka sangat takut jika rahsia mereka diketahui oleh orang lain.


Amat takut orang munafik itu bahawa akan diturunkan atas mereka suatu surah yang mengkhabarkan kepada mereka apa yang ada dalam hati mereka. Katakanlah: “Perolok-olokkanlah! Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takutkan itu”. (Ayat 64 : Surah at-Taubah )

Apabila tembelang mereka pecah puak munafik itu akan berdalih secara selamba dan mudah. Bila bertembung dengan kebenaran yang tidak dapat dielakkan puak munafik tidak akan mempertahankan kesesatan dan kebohongan yang mereka telah lakukan.

Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan berkata, “Kami ini hanya bergurau senda dan bermain-main”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya dan (dengan) Rasul-Nya kamu hendak berolok-olok?” ( Ayat 65 : Surah at-Taubah )

Puak munafik menyebarkan ajaran yang menyalahi syariat Islam. Apabila syariat meletakkan peraturan amal makruf dan mencegah yang munkar, puak munafik akan menilai yang makruf sebagai keuntungan duniawi dan yang munkar pula sebagai kerugiannya. Mereka menganggap zakat dan sedekah sebagai bukan amal makruf kerana ia merugikan dari segi keduniaan.

laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yang sebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan mereka genggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). ( Ayat 67 : Surah at-Taubah )

Puak munafik pandai berdolak-dalih. Mereka berani menggunakan nama Allah bagi menutup kesesatan dan kekufuran mereka. Tuhan memerintahkan Nabi s.a.w agar berjihad memerangi orang munafik kerana mereka adalah orang yang kufur.

Wahai Nabi! Berjihadlah terhadap kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka. Tempat kembali mereka adalah jahanam dan itulah yang seburuk-buruk kesudahan. Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah bahawa mereka tidak pernah berkata, padahal mereka pernah mengatakan kalimat kufur dan mereka telah kafir sesudah Islam dan mereka sangat mengingini apa yang tidak dapat mereka capai. Dan tidaklah kebencian mereka itu melainkan kerana Allah dan Rasul-Nya telah memperkayakan orang yang beriman dengan kurnia-Nya. Tetapi jika mereka bertaubat adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, Allah akan azabkan mereka dengan satu azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan tidak ada bagi mereka pembantu di bumi dan tidak ada penolong. ( Ayat 73 – 74 : Surah at-Taubah )

Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman puak munafik terhadap keselamatan dan kepercayaan orang yang beriman. Tuhan menamakan satu surah al-Quran dengan nama surah al-Munafiqun, bagi menyedarkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran puak munafik di dalam masyarakat kaum Muslimin. Tuhan menggesa Nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muslimin semua zaman agar berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripada puak munafik.

bila orang munafik datang kepada kamu mereka akan berkata, “Kami mengakui bahawasanya kamu Rasul Allah,” padahal Allah mengetahui bahawasanya engkau pesuruh-Nya dan Allah menyaksikan bahawasanya kaum munafik itu adalah orang yang berdusta. Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian (adalah) lantaran beriman kemudian mereka kufur, lalu dimetrai atas hati mereka; oleh itu mereka tidak dapat memahami. ( Ayat 1 – 3 : Surah al-Munafiquun )


Dan apabila engkau lihat mereka, menghairankan kamu tubuh-tubuh mereka; dan jika mereka berkata-kata, engkau dengarkan perkataan mereka. Mereka seolah-olah kayu yang disandarkan. Tiap-tiap teriakan mereka sangka buat membahayakan mereka. Mereka adalah musuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknati mereka! Ke manakah mereka dipalingkan? ( Ayat 4 : Surah al-Munafiquun )

Tuhan memperingatkan sungguh-sungguh kepada Nabi s.a.w dan kaum Muslimin sekaliannya pada semua zaman, supaya jangan membiarkan racun yang ditabur oleh golongan munafik memusnahkan umat. Sekali lagi Tuhan memberi peringatan!


Wahai Nabi! Berjihadlah menentang kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka dan tempat kembali mereka itu adalah jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ( Ayat 9 : Surah at-Tahrim )

Tuhan memberi peringatan kepada kaum Muslimin, sekiranya kegiatan puak munafik yang mencampur adukkan kesesatan dan kekufuran ke dalam akidah Islam tidak dibendung, nescaya umat Islam akan menemui kehancuran. Setiap umat Islam mestilah berwaspada terhadap orang munafik yang berada di tengah-tengah mereka. Tanda munafik mudah dikenal melalui keengganan mereka berjuang pada jalan Allah s.w.t.

Dan supaya dibuktikan-Nya pula keadaan orang-orang munafik. Dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah atau pertahankanlah.” Mereka menjawab, “Kalau kami tahu berperang nescaya kami ikut kamu (berperang).” Mereka itu pada hari tersebut lebih hampir kepada kufur daripada kepada iman. Mereka berkata dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka. Dan Allah lebih Mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan. (Adalah) mereka yang berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur, “Kalau mereka ikut kami tentu mereka tidak terbunuh.” Katakanlah: “Kalau begitu tolakkanlah kematian daripada kamu jika memang kamu orang yang benar.” ( Ayat 167 – 168 : Surah a-Li ‘Imraan )

Kemunafikan lebih ketara melalui amalan yang mereka lakukan sambil lewa sahaja, semata-mata sebagai pameran.


Orang munafik menipu Allah dan Allah pun (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri kepada sembahyang mereka berdiri dalam keadaan malas. Mereka menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. Keadaan mereka terumbang ambing di antara yang demikian itu, tidak kepada mereka itu, tidak kepada mereka ini; kerana barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan engkau dapat satu jalan (keselamatan) baginya. ( Ayat 142 – 143 : Surah an-Nisaa’ )

Tuhan memberi amaran yang keras kepada orang munafik:


Sesungguhnya jika tidak berhenti juga orang munafik itu dan orang yang dalam hatinya ada penyakit dan pengacau-pengacau di Madinah, nescaya Kami akan kerahkan engkau terhadap mereka. Kemudian itu tidaklah mereka akan bertetangga lagi dengan engkau di situ kecuali bagi masa yang singkat. Mereka di dalam keadaan terkutuk di mana sahaja mereka dijumpai dan mereka akan dibunuh sampai semusnah-musnahnya. Sunah Allah yang telah berlaku pada orang-orang yang terdahulu. Dan sekali-kali tidak akan didapati bagi Sunnatullah itu satu pengganti. ( Ayat 60 –62 : Surah al-Ahzaab )

Al-Quran telah memberi gambaran yang jelas tentang orang munafik. Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin mengenali puak munafik yang ada di dalam masyarakat mereka. Mereka dapat menunjukkan dengan jelas bahawa Abdullah bin Ubai adalah pemimpin puak munafik. Keterangan yang telah diberikan oleh al-Quran memberi manfaat bagi kaum Muslimin dalam mengawasi pergerakan puak munafik agar perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan kaum Muslimin dapat dipelihara. Umat Islam yang datang kemudian mestilah memerhatikan petunjuk daripada al-Quran bagi mengenali musuh-musuh mereka.

Abdullah bin Ubai telah pun mati. Markas puak munafik, sebuah masjid yang dibina di Zu Awan, sudah pun dibakar oleh kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi kaum Muslimin perlu berwaspada kerana racun munafik masih berjalan hingga ke hari ini.

Puak munafik terdiri daripada orang-orang yang sangat licik. Mereka hidup bersama-sama orang Islam, mengaku sebagai orang Islam dan melibatkan diri dalam kegiatan kaum Muslimin, malah mereka merasakan yang mereka lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain. Memang sukar untuk mengenali hati yang munafik, sedangkan mulutnya mengucapkan dua Kalimah Syahadah dan anggotanya melakukan ibadat bersama-sama kaum Muslimin yang lain. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, sebagai orang Islam dan menggunakan ajaran Islam. Orang munafik melakukan apa yang sudah dibuat oleh kaum Yahudi dan Nasrani, iaitu mengubah maksud kitab Allah dan meminda syariat Islam. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran menurut cara mereka sendiri. Puak munafik adalah ilmuan yang mengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutan dengan akidah dan kebatinan. Daripada puak yang demikianlah muncul istilah kebudayaan Islam yang ditampalkan kepada kegiatan maksiat yang berlawanan dengan syariat Tuhan. Lahir pula persatuan Islam pada nama tetapi bergiat memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Ada pula istilah seni bina Islam diletakkan pada bangunan yang digunakan sebagai sarang perjudian dan pelacuran. Lebih buruk lagi timbul akidah syirik yang dikatakan sebagai akidah Islam yang sebenarnya. Racun yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ubai dan kawan-kawannya sudah meresap ke dalam darah daging umat Islam di seluruh dunia pada masa kini. Hanya bimbingan daripada Allah s.w.t dapat menyelamatkan umat Islam daripada fitnah puak munafik itu.

Orang munafik tidak mempunyai kepercayaan dan pegangan yang jelas. Mereka sendiri tidak pasti apakah yang mereka pegang dan imankan. Mereka bergerak berlandaskan kepercayaan dan pegangan orang lain dengan mengadakan perubahan kepada yang asli, tetapi mereka tetap menggunakan label yang asli, seperti lembu yang mati di tepi jalan diletakkan label halal. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, bercakap pasal Islam, tetapi apa yang mereka bawa adalah perkara yang sudah diselewengkan. Orang yang berilmu dapat melihat penyelewengan tersebut tetapi orang jahil akan keliru kerana si munafik bercakap tentang Allah s.w.t dan agama Islam. Lebih-lebih lagi si munafik itu pandai menggunakan hujah keagamaan, terutamanya secara usul yang tidak ada kesudahan. Mereka suka menggunakan cara berteka teki yang sukar dimengerti. Lebih mengelirukan lagi apabila si munafik berhujah dengan menyandarkan kepada Hadis Nabi s.a.w, perkataan sahabat dan wali-wali yang mereka gubah sendiri, yang tidak diketahui oleh orang jahil. Si munafik boleh bersumpah bohong dengan menggunakan nama Allah bagi memerangkap orang yang jahil. Orang Islam yang jahil mudah terperangkap dengan ajaran sesat orang munafik. Kegiatan orang munafik menjadi lebih mudah setelah berlaku proses asimilasi agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Keristian ke dalam agama Islam.

Setiap kaum Muslimin yang insaf berkewajipan menyelak setiap hamparan dan membongkar setiap tutupan bagi mencari racun munafik yang bersembunyi di dalam kalangan umat Islam. Racun tersebut mestilah dikeluarkan. Inilah jihad kaum Muslimin zaman ini!

Tazkirah

TAZKIRAH

Ayat seribu dinar dan maksudnya

Maksud ayat :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Sinar Cahaya Ayat Kursi

Thursday, June 05th, 2008 | Author:

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…


(Maryam : 71) Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

SIFAT TITIAN SIRAT

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” Riwayat Bukhari dan Muslim

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim



MENYEBERANGI TITIAN SIRAT


Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

AL-HAUDH (KOLAM NABI MUHAMMAD S.A.W )

Al-Haudh adalah kolam takungan air dari sungai Al-Kauthar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk diberi minum kepada ummatnya sebelum memasuki syurga pada hari Kiamat. -Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebahagian dari ummatnya!-

(al-Kauthar: 1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).

SIFAT AL-HAUDH

Sabda Rasulullah s.a.w:“Akulah yang akan menyambut kamu sekalian di Al-Haudh” Bukhari

Sabda Rasulullah s.a.w : “Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya,bekas minumnya lebih banyak dari bintang di langit pada malam yang gelap dan tiada terlindung oleh awan; bekas dari syurga, barangsiapa yang minum darinya tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Mengalir ke dalamnya dua saluran dari syurga, siapa yang minum darinya tidak akan dahaga. Luasnya seperti jauh antara Amman dan Ailah; airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu ”


BEBERAPA MANUSIA DIHALANG DARI MENGHAMPIRI AL-HAUDH


!!! Dari Asmaa r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Aku berada di Al-Haudh menunggu sesiapa yang datang kepadaku lantas ditarik beberapa orang manusia dari mendekatiku. Maka aku berkata: “Ummatku”. Kemudian dikatakan kepadaku: “Engkau tidak tahu bahawa mereka telah berjalan ke belakang”. Riwayat Bukhari

SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.


Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api neraka jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.

Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredaan.



PERUBATAN TRADISIONAL
(BM 1- Karangan Pilihan)
kpentingan,kesan,lgkah
PENDAHULUAN
DEFINISI
Perubatan berasaskan herba atau dikenali juga dengan perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.
Perubatan berasaskan herba ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Perubatan tradisional profesional.
Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan.

Perubatan tradisional profesional
Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah:
Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India
Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang di Asia.

Perubatan tradisional bukan profesional
Perubatan tradisional bukan profesional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat kecil diperingkat tempatan.



Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:
Tradisi mengikut kelahiran.
Herba-herba sebagai ubatan.
Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
Semangat dan agama sebagai penyembuh.
PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
Pengamal perubatan tradisional Melayu dikenali sebagai tok bomoh atau dukun
Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman).
Banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun
Di samping itu ada dalam kalangan mereka mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu
perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan
bahan-bahan semulajadi ciptaan tuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit
Tumbuhan herba kerap digunakan dalam rawatan ini
Rawatan tradisional merangkumi daripada sakit yang biasa dan penyakit kronik





Antara penyakit yang boleh dirawat melalui perubatan tradisional adalah seperti:
Barah Peringkat Awal
Barah yang baru menyerang mungkin dapat diubati dengan mengambil sehelai daun sirih yang disapu dengan sedikit kapur sirih. Daun sirih itu dijampi terlebih dahulu sebelum disapukan pada bahagian yang ditumbuhi barah
Batuk Berdarah
Pokok cili api sangat berguna dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok cili api yang telah mati dan kering perlu disimpan untuk digunakkan sebagai ubat. Seseorang yang menderita batuk berdarah boleh diubati dengan menggunakan akan cili api yang telah kering. Akar cili api tidak kira berapa banyaknya direndam dalam air sejuk selama semalam. Air rendaman itu diminum tiap-tiap pagi dan malam sehingga penyakit itu benar-benar sembuh
Gastrik
Gastrik peringkat awal : Caranya minum susu kambing dan mengamalkan minum madu sebanyak sesudu sehari sama ada di waktu pagi atau malam. Selain daripada itu pesakit disuruh makan sekepal nasi sejuk yang telah digaul dengan gula pada tiap-tiap pagi sebelum bersarapan.





Petua-petua orang tua termasuk juga dalam rawatan tradisional
Antaranya adalah petua:
Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih
Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. Lakukan selama seminggu.
Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapi airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam.
Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh
Dalam perubatan tradisional tumbuhan-tumbuhan herba merupakan asas kepada ubat-ubatan mereka. Antara tumbuhan yang popular dalam perubatan tradisional adalah seperti:
Kacip Fatimah
Serai Wangi
Tongkat Ali
Misai Kucing dan sebagainya


Tumbuhan & Penyakit
Sireh
Membersih darah dan angin kotor
Pencegahan kehamilan
Merawat penyakit panau
Peransang urat saraf, melegakan lenguh otot dan sendi-sendi
Serai
Membantu mengimbangi kestabilan hormon
Digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk melegakan otot dan saraf
Membantu melawaskan pembuangan air kecil
Rempah ratus
Membuang angin
Menghilangkan sejuk
Menyembuhkan selsema

Tok Bomoh & Rawatan
Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya.
Tok Bomoh boleh dipecahkan kepada beberapa jenis iaitu:
Tok Bomoh Kayap
Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.
Tok Bomoh Barah
Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.



Tok Bomoh Santau
Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.
Tok Bomoh Patah
Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.
Tok Bomoh Urat
Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.




PERUBATAN HOMEOPATI
Sistem perubatan ini diasaskan oleh Samuei Hahnemann dari Leipzig, Jerman pada awal kurun ke-19.
Prinsip asasnya ialah "Hukum Persamaan" (Law of Similars). Sesuatu badan (zat) boleh dipulihkan oleh badan (zat) yang sama (like is cured by like). Apabila sesuatu "ubat" didapati menzahirkan anda (sympton) serupa dengan satu penyakit, ia digunakan dalam dosage yang sedikit (Homeopathic doses) untuk merawat peyakit itu.
Konsep Homeopati juga menyatakan bahawa penyakit bukanlah sumber daripada kuman tetapi adalah daripada minda. Jika baik di minda, maka baiklah segalanya.
REFLEKSOLOGI:
Kaedah rawatannya adalah secara sentuhan saraf ayang mengembalikan tenaga hayat kepada organ-organ manusia yang menderita sakit
Satu kaedah terapi yang menguatkan kelancaran peredaran darah dalam tubuh badan manusia



Bahan yang digunakan dalam homeopati:
ubat-ubatan adalah terdiri daripada akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang telah dianalisis dan diekstrakkan dalam bentuk saintifik dan dijadikan dalam bentuk pil
Pil-pil hendaklah dimasukkan ke dalam mulut di bawah lidah dan dibiarkan sehingga larut atau ditelan kerana ubat diserap melalui selaput di dalam mulut
Penyakit deman tinggi boleh diubati dengan menggunakan tumbuhan Bellladonna, juga dikenali Deadly Night Shade

PERUBATAN TRADISONAL CINA
KATEGORI PERTAMA:
Melalui kepercayaan orang Cina
Perubatan melalui bentuk adalah melalui kaedah spritual iaitu dengan memuja para dewa bagi mengelakkan diganggu oleh semangat jahat
KATEGORI KEDUA:
SIN SEH
Diwarisi secara turun temurun dari China
Ubat-ubat yang digunakan kebanyakannya merupakan akar-akar kayu dan herba-herba, contohnya Batuk Cap Ibu dan Anak



GINSENG
Ginseng merupakan akar-akar kayu yang berasal dari negara China dan merupakan ubat bagi segala penyakit
Ginseng yang baik boleh didapati dari hutan rimba yang telah hidup lama dan tidak diganggu kerana ia telah meyerap banyak zat dari alam dan tanah.
Khasiat:
dapat memperbesarkan saluran darah dan dan memperbanyakkan pembentukan darah merah dan darah putih dalam tubuh badan
badan terasa lemah, lemah jantung, kekurangan darah, penyakit hempedu, penyakit paru-paru dan segala penyakit yang melibatkan organ-organ utama dalam badan manusia dapat disembuhkan
memulihkan tenaga yang telah hilang semasa sakit
AKUPUNTUR
Akupunktur merupakan suatu bentuk rawatan tradisi China yang berlandaskan kepada idea bahawa terdapat tenaga atau qi melalui badan kita menerusi tapak lintas yang dipanggil meridian
Jarum khas telah digunakan untuk cocok pada bahagian-bahagian badan yang tertentu dengan tujuan melancarkan pergerakan qi.


Digunakan untuk mengimbangkan yin dan yang dalam badan. Perubatan tradisi China mengatakan badan kita merupakan keseimbangan antara yin dan yang. Yin ( perempuan ) merujuk kepada kekerapan dan kesejukan. Yang ( lelaki ) pula rujuk kepada kepanasan, keterangan dan keaktifan
T’AI – CHI CH’UAN Atau T’AI – CHI
T’ai – Chi merupaka senaman yang biasa dilakukan oleh golongan Cina.
T’ai – Chi melibatkan pergerakan perlahan-lahan dan dianggap sebagai aktiviti luaran yang baik
Dapat mengimbangi tenaga dalam badan
PERUBATAN TRADISIONAL INDIA (AYURVEDA)
Perubatan ayurveda merupakan peubatan tradisi India. "Ayur" adalah bererti kehidupan, manakala veda bererti ilmu atau pengetahuan.
Menurut perubatan Ayurveda, penyakit adalah dikawal oleh 5 elemen asas iaitu ruang (space), udara, api, air dan tanah (earth), manakala fizikal dan emosi pula dikawal oleh 3 dosha iaitu vata, pitta dan kapha.
Menggunakan buah amla dalam perubatan kerana:
mempunyai ciri perubatan seperti kanji, gentian, garam galian seperti kalsium, zat besi dan vitamin B komplek
merawat masalah pernafasan seperti asma, bronchitis, batuk kering
memberi kekuatan pasa badan dan meningkatkan halangan dari jangkitan penyakit
meningkatkan stamina badan dan kecergasan
mencegah rambut dari gugur atau beruban
Kebaikan Perubatan Tradisional
Ubat-ubatan bebas daripada kesan sampingan kerana bebas bahan kimia
Perubatan tradisional hanya menggunakan tumbuhan-tumbuhan herba yang dicari di hutan dengan diproses melalui cara tradisional tanpa menggunakan bahan kimia
Dapat mengubati penyakit di luar batasan sains
Penyakit buatan orang seperti santau tidak boleh dirawat dengan sains. Hal ini kerana santau merupakan sejenis sihir yang menggunakan bantuan syaitan bagi menyeksa orang yang disantau. Dalam hal ini, ayat-ayat Al Quran dan pengamal perubatan Islam diperlukan bagi menyembuhkan penyakit
Menjimatkan kos
Jika kita lihat perubatan moden memerlukan kos yang amat tinggi. Dalam hal ini perubatan tradisional menjadi alternatif kerana perubatan ini ada kalanya lebih berkesan. Mereka yang menjalankan perubatan jenis ini tidak mengenakan kos yang tinggi kerana ubat yang dikeluarkan adalah melalui teknik sendiri tanpa bantuan teknologi


Dapat menjimatkan masa
pesakit merasa bosan menunggu giliran menemui doktor, peraturan-peraturan hospital dan juga masalah komunikasi di antara pesakit dan doktor.
Mudah diterima oleh sistem tubuh badan
Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair bila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksikan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang amat toksik
Keburukan Perubatan Tradisional
Mudah menjadi mangsa penipuan
Terdapat sesetengah golongan yang mendakwa diri mereka pangamal perubatan tradisional mengenakan rawatan yang bertentangan dengan falsafah perubatan tradisional seperti rawatan dalam bentuk seksual.
Boleh menjejaskan akidah
Sesetengah bomoh menggunakan mentera serapah dan jampi yang dicampur adukan dengan ayat al Quran. Bomoh jenis ini merupakan mereka yang sesat akidah mereka dan rawatan yang diberikan adalah karut dan sesat semata-mata
Boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan / membawa kematian
Hal ini berlaku apabila ubat-ubat yang diberi tidak mengikut dos kerana sesetengah pengamal perubatan kurang arif dalam memberikan ubat disebabkan oleh taraf profesional mereka di samping kurang mereka yang kurang arif mengenai kandungan bahan aktif dalam tumbuhan yang digunakan

Potensi untuk menjadi dadah baru(penyalahgunaan)
Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh dijadikan dadah sbagai permulaan kepada dadah sintetik iaitu seperti viblastin dari Catharanthus roseus ataupun reserpina dari Rauwolfia
Penggunaan alatan semasa rawatan
alat-alat yang digunakan semasa penyediaan ramuan ubat mungkin tidak disterilkan dan ada kemungkinan bakteria atau virus pada perlalatan tersebut mungkin memnimbulkan gejala yang lain.
Sumbangan Fatin Najian 2009 smkdam
SEBUTIR PASIR DI KAKI
SINOPSIS
Cerpen Sebutir Pasir di Kaki mengisahkan bagaimana seorang pemuda bernama Fuad berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah pusaka daripada menjadi mangsa kerakusan orang-orang kaya yang berpangkat besar untuk menambahkan kekayaan mereka atas alasan untuk kepentingan pembangunan. Kepulangan Fuad dari Singapura dikejutkan dengan berita Datuk Sukar mengambil geran tanah milik keluarga Fuad ketika Fuad tiada di rumah. Tindakan Datuk Sukar itu dirasakan mempunyai muslihat untuk menipu ibunya yang tidak tahu apa-apa kerana tua dan buta huruf.

Kemarahannya yang mambara menyebabkan solat magribnya malam itu tidak khusyuk. Selepas solat, Fuad ke rumah Datuk Sukar untuk mendapatkan penjelasan dan mengambil semula geran tanah ibunya. Sepanjang perjalanan ke rumah Datuk Sukar malam itu, pelbagai persoalan dan peristiwa timbul dalam fikiran Fuad. Dia mengimbas hubungannya dengan keluaga Datuk Sukar,malah Fuad berkerja dengan Syarikat Pengangkutan milik Datuk Sukar.

Kedatangan Fuad disambut mesra oleh Junainah, anak Datuk Sukar dan Datin Sipah manakala Datuk Sukar belum pulang dari perundingan dengan pengusaha kilang dari Kuala Lumpur dan Hong Kong. Setelah didesak oleh Datin Sipah,Fuad menceritakan apa yang berlaku.Setelah Datuk Sukar pulang, dia kaget meliha Fuad sementara isterinya tidak sabar untuk mendapatkan penjelasan tentang geran tanah yang diambil itu. Konflik berlaku antara Fuad dan Datuk Sukar,Fuad enggan melepaskan tanah seluas 0.8 hektar walaupun ditawar dengan harga RM280 ribu. Akhirnya Datuk Sukar menyerahkan semula geran tanah dan memutuskan hubungan keluarganya dengan Fuad.


Fuad dibuang kerja dan dilarang menjalin hubungan dengan Junainah. Kemarahan dan ugutan Datuk Sukar tidak mengugat ketegasan Fuad untuk mempertahankan tanah pusakanya. Dia meninggalkan rumah Datuk Sukar dengan menggenggam geran tanah milik ibunya.
TEMA DAN PERSOALAN
Cerpen ini bertemakan keberanian dan ketegasan mempertahankan hak, yang dihubungkan dengan keberanian dan ketegasan Fuad mempertahankan tanah pusakanya daripada diambil oleh orang-orang kaya yang mengambil kesempatan atas kebodohan orang-orang miskin dan kurang berpendidikan seperti ibu Fuad. Tema terungkap melalui persoalan-persoalan seperti berikut:
1 Tanah milik orang Melayu semakin terhakis di kawasan bandar. Fuad menyedari keadaan ini dan melihat fenomena ini sebagai satu kerugian dan pengusiran orang Melayu daripada mendiami kawasan bandar.

2 Persoalan pendidikan dan status. Persoalan ini dikaitkan dengan permasalahan sikap yang lebih mementingkan kebendaan daripada ilmu. Kekurangan ilmu menyebabkan ibu Fuad terpedaya dengan muslihat Datuk Sukar. Fuad juga menyimpan perasaan rendah diri kerana status dan pendidikan yang berbeza dengan Junainah.
3 Persoalan kerakusan dan tamak. Datuk Sukar walaupun pemurah dan baik hati tetapi tidak terlepas daripada perasaan tamak dan rakus untuk mendapat kekayaan dengan cara mudah,iaitu dengan mengeksploitasi harta dan kebodohan orang lain.

4 Persoalan maruah dan harga diri. Fuad tidak rela tanahnya terlepas ke tangan orang lain dengan mudah, walaupun dibayar sejuta ringgit. Bagi Fuad tanah pusaka ayahnya adalah harga diri dan tempat bergantung maruah keluarganya. Dia rela kehilangan cinta Junainah daripada kehilangan haknya.
NILAI
1 Baik hati dan ikhlas.
2 Jujur dan rendah hati.
3 Keberanian,ketegasan dan menunaikan tanggungjawab.
4 Menjaga maruah dan harga diri.
PENGAJARAN
1 Baik hati dan ikhlas. Setiap kebaikan perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa muslihat disebaliknya. Datuk Sukar, berbuat baik, tetapi kebaikan mengandungi muslihat untuk mengaut keuntungan daripada tanah Fuad.
2 Jujur dan rendah hati. Kejujuran merupakan jambatan kasih sayang dan rendah hati pula akan memadamkan ego seseorang. Sifat ini boleh dicontohi daripada sifat Datin Sipah dan Junainah.


3 Keberanian,ketegasan dan menunaikan tanggungjawab. Seorang yang berjaya perlu berani dan tegas dalam tindakannya. Mereka ini akan bertanggungjawab terhadap amalan yang dipikulnya. Fuad boleh dijadikan contoh yang kerana berani dan tegas mempertahankan haknya.
4 Menjaga maruah dan harga diri. Maruah dan harga diri tidak dapat dinilai dengan wang dan harta. Itulah yang dipertahankan oleh Fuad dan ini boleh menjadi pengajaran kepada semua,supaya tidak mudah terpengaruh dengan wang sehingga sanggup memperjudikan masa depan diri sendiri.

DRAMA: KERUSI

TEMA
Sikap tamak haloba dan kejam dalam jiwa orang yang ingin terus berkuasa.
PERSOALAN
Perjuangan menentang ketidakadilan sebagaimana yang tergambar pada watak Putra yang menentang Srisegala yang gila kuasa dan zalim.

Pengorbanan yang terpaksa dilakukan sebelum mencapai kejayaan dalam perjuangan.Putra telah dibutakan oleh Srisegala,namun akhirnya dia berjaya menewaskan Srisegala.

Kuasa dan kejayaan dapat mengubah hati atau pendirian seseorang.Masayu yang pada mulanya ingin mencari suaminya,Putra tetapi telah terpikat kepada Srisegala yang suka mempamerkan kekuasaan dan kekayaannya.

WATAK & PERWATAKAN
Srisegala
Manusia yang bijaksana.
Bersikap zalim.
Gila kuasa.
Memegang prinsip bahawa fikiran dan perasaan seseorang terletak pada kedudukan dan kekuasaannya.
Bersikap angkuh dalam melakukan sesuatu tanpa mendengar nasihat orang lain.
Akhirnya tewas di tangan Putra,Wira I,Wira II dan Wira III.


NILAI
Berani,contohnya Putra berani menentang ketidakadilan dan kezaliman Srisegala seorang diri.

Yakin diri,contohnya Putra menasihati Wira I,Wira II dan Wira III agar berkeyakinan tinggi untuk mengalahkan Srisegala.

Kasih sayang,contohnya Masayu bersusah payah mencari suaminya,Putra kerana ingin memberi keris untuk mempertahankan diri.

Nasihat-menasihati,contohnya Putra menasihati Wira I,Wira II dan Wira III supaya bersatu tenaga menentang Srisegala.
PENGAJARAN
Janganlah bertindak terburu-buru ketika menentang orang yang gila kuasa dan zalim.

Seseorang yang memiliki kejayaan dan kekuasaan janganlah bertindak zalim.

Janganlah mudah terpedaya atau lupa diri apabila digoda oleh harta kekayaan.

Kita harus mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan.

MURNIKAN BAHASA

KESALAHAN TATABAHASA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR

Oleh

Mohd Zulkifli Ismail

SMK DATO AHMAD MAHER

Kota Bharu

Kata Majmuk Mantap

Semua kata majmuk hendaklah dijarakkan penulisannya contohnya ‘kereta api’ dan ’ibu bapa’ kecuali kata majmuk yang tetah pun mantap seperti di bawah.

· Antarabangsa

· Beritahu

· Bumiputera

· Kakitangan

· Kerjasama

· Matahari

· Olahraga

· Pesuruhjaya

· Setiausaha

· Sukarela

· Suruhanjaya

· Tandatangan

· Tanggungjawab

· Warganegara

Rangkai kata bebas

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar

Salah

Betul

Acapkali

Acap kali

Aturcara

Atur cara

Bandaraya

Bandar raya

Ibubapa

Ibu bapa

Gambarajah

Gambar rajah

Kapalterbang

Kapal terbang

Lebuhraya

Lebuh raya

Keretapi

Kereta api

Rekabentuk

Reka bentuk

Rumahtangga

Rumah tangga

Surirumah

Suri rumah

Samada

Sama ada

Suratkhabar

Surat khabar

Segitiga

Segi tiga

Tengahari

Tengah hari

Temuramah

Temu ramah

Terimakasih

Terima kasih

Ulangkaji

Ulang kaji

Kata Penguat Bebas

Kata penguat iaitu ‘Ter’,’Paling’,’Sekali’ tidak boleh hadir serentak .Pada amnya ,hanya satu penanda darjah penghabisan boleh hadir.Oleh itu ayat ‘terbesar sekali;’paling indah sekali’’paling besar sekali’ ‘terpandai sekali’dan ‘tercantik sekali’ tidak gramatis kerana masing masing membawa darjah penghabisan.Walau bagaimanapun ,awalan ‘ter’dan ‘sekali’ boleh hadir dengan tiga kata penguat bebas iaitu

1.amat

2.sangat

3.sungguh

Contohnya

· Teramat buruk

· Teramat mulia

· Tersangat bijak

· Tersangat bersih

· Amat pandai sekali

· Sungguh pandai sekali

· Sangat lincah sekali

Kata sendi nama ‘di’

Kata sendi nama ‘di’ hendaklah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa yang menunjukkan tempat.Kata sendi ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu ,masa atau zaman.

Salah

Betul

DiKuala Lumpur

Di Kuala Lumpur

Disana

Di sana

Di antara satu sama lain

Antara satu sama lain

Di dalam keadaan

Dalam keadaan

Di antara perlabai kaum

Antara pelbagai kaum

Di antara punca

Antara punca

Dikawasan

Di kawasan

Di antara mereka

Antara mereka

Di dalam suasana

Dalam suasana

Kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’

Kata sendi dari digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan arah,tempat atau waktu sahaja.Kata sendi ‘daripada’ pula hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia,haiwan,benda,asal kejadian dan perbandingan .

Salah

Betul

Dari konteks

Daripada konteks

Dari perbagai

Daripada pelbagai

Daripada Dalam

Dari dalam

Daripada Kuala Lumpur

Dari Kuala Lumpur

….daripada pagi hingga

…dari pagi hingga..

Diperbuat dari kayu

Diperbuat daripada kayu

…lebih tinggi dari Abu

…lebih tinggi daripada Abu

Kata hubung pancangan relatif ‘yang’

Kata hubung relatif yang tidak boleh diikuti dengan perkataan mana.Ia berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.

Salah

Betul

yang mana para pelajarnya

para pelajarnya

yang mana lebih baik

yang lebih baik

Kosa kata ‘ berbagai,berbagai-bagai dan pelbagai’

Kata berbagai bermaksud berbanding ,bersamaan

Berbagai-bagai bermaksud bagai-bagai,bermacam-macam,berjenis-jenis,beberapa yang berlainan.

Pelbagai bermaksud pelbagai,berbagai-bagai,beberapa jenis

Salah

Betul

Berbagai usaha

Berbagai-bagai usaha atau

Pelbagai usaha

Berbagai juadah

Pelbagai juadah

‘Ramai’ dan ‘Banyak’

Ramai ditakrif sebagai riuh rendah,hiruk-pikuk(banyak suara dan lain-lain),sangat hebat,dahsyat(peperangan) dan banyak (orang).Makna utama bagi kata ramai ialah untuk menunjukkan suasana.

Banyak menunjukkan menunjukkan hubungan dengan jumlah atau bilangan tidak kira manusia ,benda atau binatang.Oleh itu tidak salah menggunakan banyak untuk menusia seperti anggapan sesetangah pengamal bahasa.

Contoh ayat

· Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

· Orang ramai berpusu-pusu menyerbu….

· Orang ramai yang hadir ingin mendengar ucapan daripada peminpin negara.

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

· Ialah=hadir di hadapan frasa nama

· Adalah=hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh

· Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.

· Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik

Nota

1. kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata naïf.

Contoh:siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab(salah)

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab(betul)

2. kekecualian:kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata naïf dan frasa adjektif.

Contoh:kenyataan itu adalah tidak benar.(betul)

Kenyataan itu tidak benar.(betul)

3. kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Contoh:(a)Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.(salah)

Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup

esok.(betul)

(b)Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat.(salah)

Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.(betul)

Antara dan Di antara

Antara merupakan kata tugas berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah bergantung kepada penggunaan ayat .Kata sendi antara boleh menunjukkan perbandingan dan diikuti oleh kata nama yang tidak perlu diulang.Kata sendi antara juga boleh diikuti kata nama yang mengalami penggandaan dan kata bilangan tertentu.

Selain itu kata sendi nama antara boleh diikuti oleh kata ganti diri seperti mereka,kita dan –nya.Apabila kata sendi antara dan imbuhan ‘di’ digunakan ia mesti dipadankan dengan kata sendi ‘dengan’ bukan kata hubung ‘dan’.Bahkan kata sendi antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama ‘hingga’

Contoh

· Inilah antara hal yang mesti difahami dalam bidang pembentukan kata.

· Antara Kota Bharu dengan Pasir Mas ,banyak perbezaannya.

· Antara bandar dan desa,bandarlah yang lebih banyak kemudahannya.

· Hubungan politik dan ekonomi telah lama wujud antara wilayah Patani dengan negeri Kelantan.

· Mereka berunding antara adik beradik.

· …….perhubungan antara kedua-dua Negara

· Antara dua bangunan banyak perbezaannya.

· Antaranya,keluargalah yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan anak-anak.

· ………….di antara Kota Bharu dengan Pasir Tumbuh

· ………….di antara kerajaan dengan rakyat….

· ………….antara 10% hingga 50 %...

· ………….antara pagi hingga petang

· ………….antara lain

· ………….antara satu sama lain

· …………..antara satu dengan yang lain

‘dan’ dapat digunakan apabila kata sendi antara diikuti lebih daripada dua frasa nama.

….perundingan ekonomi antara Perdana Menteri Malaysia,Perdana Menteri Thailand perdana Menteri Singapura.

Imbuhan Awalan Yunani –Latin –Inggeris

Pro

Supra

Hipe

Kilo

Tele

Oksi

Peri

pleo

Anti

Hereto

Infra

Makro

Multi

Paleo

Petro

Super

Mono

Heksa

Inter

Meta

Neo

Para

Feno

Poli

Hidro

Intra

Mikro

Neuro

Pasca

Foto

Auto

Homo

Iso

Mili

Orto

Penta

Fito

Fotometri

Fitokrom

Pleonasme

Superset

Lisme

Fomonik

Saintifik

Polorisasi

Praktikal

Sistematik

Fitohormon

Supersonic

Realisme

Fonetik

Potensi

Kritikal

Magis

Fitoiklim

Pleoarus

Sosialisme

Idealisme

Klasifikasi

Ekonomis

Kritis

Fitotoksin

Pleoneksia

Superstruktur

kolonialisme

Kapitalisme

Nasionalisme

Linguistik

Revolusi

Klinikal

praktis

Kekeliruan tentang apitan Pe…..an dengan Per…..an

Bentuk apitan pe…an adalah sekeluarga dengan bentuk apitan pen…an,peng….an dan penge…an

Apitan pe…an berasal dari me…,men…,meng.. dan menge..

Apitan per..an ada hubungan dengan kata kata berlawan dengan kata-kata yang berawalan ber,be dan bel.

Kata berawalan me..

Betul

Salah

Melaksanakan

Pelaksanaan

Perlaksanaan

Melantik

Pelantikan

Perlantikan

Menswastakan

Penswastaan

Pengswastaan

Mengebom

Pengebom

Pengboman

Meletakkan

Peletakan

perletakan

Mengecam

Pengecaman

pengcaman

Kata berawalan ber,be dan bel

Betul

Salah

Bekerja

Pekerjaan

Perkerjaan

Belajar

Pelajaran

Perlajaran

Berlaku

Perlakuan

Pelakuan

Bersinggah

Persinggahan

Pesinggahan

Berkampung

Perkampungan

Pekampungan

Bergelabg

Pergelangan

Pegelangan

Bermandi

Permandian

Pemandian

bergunung

Pergunungan

pegunungan

Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

Ayat Aktif

Ayat aktif mempunyai kata kerja transitif imbuhan men,memper,men…kan,mem…kan dan meper…i

Contoh

· Abu menendang bola.

· Karim memperkecil keupayaan anaknya.

· Budin mengumpulkan barang-barang lama sejak dari kecil lagi.

· Mamat ingin menemui pengetua untuk memohon cuti.

· Tun Braim Bapa memperhambakan dirinya kepada Sultan Ahmad.

· Salmah mempersetujui cadangan yang diberikan oleh anaknya.

Ayat Pasif

Ayat pasif biasanya menggunakan imbuhan di atau dikenal ayat pasif diri ketiga.

Ayat.pasif menggunakan imbuhan di..,diper..,di..kan,di..i,diper..kan,dan diper..i

Biasanya ayat pasif diri ketiga menggunakan kata ganti orang ketiga seperti dia,beliau ,baginda dan mereka.

Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat pasif berawalan di dan diikuti frasa sendi oleh,ia dikenali sebagai ayat pasif diri ketiga.

Contoh

· Bola itu ditendang oleh Abu.

· Rumah itu diperbesarkan oleh Daud.

· Buku itu telah saya abaca.

· Buku itu telah saya pulangkan.

· Nenek telah anda ziarahi.

· Tempat itu telah saya kunjungi.

· Cadangan Aminah dipersetujui oleh ibunya.

· Bunga itu telah dipetik oleh Halimah pagi tadi.

· Baju itu telah dibeli oleh bapa di Kota Bharu.

Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Cakap Ajuk

Ayat cakap ajuk ialah ayat yang diujarkanoleh pihak pertama . Ayat cakap ajuk disebut juga sebagai ayat dialog,iaitu ayat yang ditiru daripada apa-apa yang dituturkan oleh penutur asal.

Contoh Cakap Ajuk

· “Apa khabar sekarang?”tanya Ramli kepada Sudin.

· “ Di manakah rumah ramu?” tanya Linda kepada Aznil.

· “Jangan kamu hampiri orang gila itu,dia sungguh merbahaya”kata Milah kepada adiknya.

Cakap Pindah

Ayat yang telah ditukarkan kepada ayat penyata iaitu yang diujarkan oleh pihak ketiga dan disampaikan oleh orang lain.

Contoh cakap pindah

· .Ramli bertanyakan khabar keadaan Sudin sekarang.

· Linda bertanyakan kepada Aznil di manakah letaknya rumahnya.

· Milah menginggatkan adiknya supaya jangan menghampiri orang gila itu kerana orang gila itu sungguh merbahaya.

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

“Kamu mesti berada di sini tepat pada jam 3.00 petang”kata Mira kepada Azman.

Mira meminta Azman di situ tepat pada jam 3.00 petang.

“Mengapakah kamu tidak datang semalam?”tanya Mira kepada Azman

Mira bertanyakan kepada Azman sebab dia tidak datang semalam

Puan Salma bertanya kepada doctor,”Apakah sebenarnya penyakit yang saya alami?”.

Puan Salma bertanya kepada doktor mengenai penyakit yang dia alami selama ini.

“Cis,Jebat derhaka ,turun kau untuk bertikam denganku”,kata HangTuah kepada Jebat.

Hang Tuah mencabar Hang Jebat supaya turun untuk bertikam dengannya.

Ayat Susunan Songsang dan Ayat Susunan Biasa

Dalam bahagian ini soalan yang akan dikemukakan munkin juga teriri daripada soalan yang menghendaki pelajar menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa . Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang diikuti oleh bahagian predikat selepasnya.

Ayat susunan songsang pula ialah ayat yang mempunyai susunan yang berlawan dengan ayat susunan biasa,iaitu ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti oleh subjek selepasnya. Ayat sonsang sebenarnya ayat yang gramatis juga Yang berbeza dengan susunan biasa adalah dari segi penekannya. Jika bahagian predikatnya dipentingkan maka bahagian predikat itu di kedepankan dalam ayat berkenaan.Kebanyakan jenis ayat dapat disongsangkan.Lihatlah contoh-contoh yang terdapatdalam jadual di bawah ini:

Jenis ayat

Ayat susunan biasa

Ayat susunan songsang

Ayat penyata

Dia terduduk di situ.

Terduduk di situ dia.

Ayat perintah

Kamu keluar.

Keluar kamu.

Ayat Tanya

Pegetua kamu siapa?

Siapakkah pengetua kamu?

Ayat pasif

Surat itu saya tulis.

Saya tulis surat itu.

Emak termenung di situ.

Termenung emak di situ.

Kamu keluar dari sini.

Keluar kamu dari sini.

Siapakah yang datang semalam ?

Yang datang siapa semalam?

Surat itu saya tulis minggu sudah.

Saya tulis surat minggu sudah.

Menggabung dan Memisahkan Ayat

Bahagian ini bertujuan untuk menguji kemampuan pelajar dalam kemahiran menyambungkan dan memisahkan ayat.

Dalam aspek menyambungkan ayat,pelajar dikehendaki menyambungkan ayat- ayat tunggal yang diberikan supaya menjadi ayat majmuk.Dalam aspek memisahkan ayat pula pelajar dikehendaki memisahkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal

Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk gabungan dan ayat

majmuk pancangan .

Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan atau ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,serta,tetapi,sambil,dan sebagainya

Contoh Pisahkan Ayat

1.Salmi dan Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Ehsan, Kepong.

· Zaki belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan,Kepong.

· Salmi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan ,Kepong.

2.Emak membeli sayur,ikan kerang dan sotong di pasar.

· Emak membeli sayur di pasar.

· Emak membeli ikan di pasar.

· Emak membeli kerang di pasar.

· Emak membeli sotong di pasar.

3.Masdor memakai baju Melayu warna kuning dengan kain samping yang berwarna hitam.

· Masdor memakai baju Melayu yang berwarna kuning.

· Masdor memakai kain samping yang berwarna hitam.

· Masdor memakai baju Melayu.