LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Friday, January 29, 2010

SEBUTIR PASIR DI KAKI
SINOPSIS
Cerpen Sebutir Pasir di Kaki mengisahkan bagaimana seorang pemuda bernama Fuad berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah pusaka daripada menjadi mangsa kerakusan orang-orang kaya yang berpangkat besar untuk menambahkan kekayaan mereka atas alasan untuk kepentingan pembangunan. Kepulangan Fuad dari Singapura dikejutkan dengan berita Datuk Sukar mengambil geran tanah milik keluarga Fuad ketika Fuad tiada di rumah. Tindakan Datuk Sukar itu dirasakan mempunyai muslihat untuk menipu ibunya yang tidak tahu apa-apa kerana tua dan buta huruf.

Kemarahannya yang mambara menyebabkan solat magribnya malam itu tidak khusyuk. Selepas solat, Fuad ke rumah Datuk Sukar untuk mendapatkan penjelasan dan mengambil semula geran tanah ibunya. Sepanjang perjalanan ke rumah Datuk Sukar malam itu, pelbagai persoalan dan peristiwa timbul dalam fikiran Fuad. Dia mengimbas hubungannya dengan keluaga Datuk Sukar,malah Fuad berkerja dengan Syarikat Pengangkutan milik Datuk Sukar.

Kedatangan Fuad disambut mesra oleh Junainah, anak Datuk Sukar dan Datin Sipah manakala Datuk Sukar belum pulang dari perundingan dengan pengusaha kilang dari Kuala Lumpur dan Hong Kong. Setelah didesak oleh Datin Sipah,Fuad menceritakan apa yang berlaku.Setelah Datuk Sukar pulang, dia kaget meliha Fuad sementara isterinya tidak sabar untuk mendapatkan penjelasan tentang geran tanah yang diambil itu. Konflik berlaku antara Fuad dan Datuk Sukar,Fuad enggan melepaskan tanah seluas 0.8 hektar walaupun ditawar dengan harga RM280 ribu. Akhirnya Datuk Sukar menyerahkan semula geran tanah dan memutuskan hubungan keluarganya dengan Fuad.


Fuad dibuang kerja dan dilarang menjalin hubungan dengan Junainah. Kemarahan dan ugutan Datuk Sukar tidak mengugat ketegasan Fuad untuk mempertahankan tanah pusakanya. Dia meninggalkan rumah Datuk Sukar dengan menggenggam geran tanah milik ibunya.
TEMA DAN PERSOALAN
Cerpen ini bertemakan keberanian dan ketegasan mempertahankan hak, yang dihubungkan dengan keberanian dan ketegasan Fuad mempertahankan tanah pusakanya daripada diambil oleh orang-orang kaya yang mengambil kesempatan atas kebodohan orang-orang miskin dan kurang berpendidikan seperti ibu Fuad. Tema terungkap melalui persoalan-persoalan seperti berikut:
1 Tanah milik orang Melayu semakin terhakis di kawasan bandar. Fuad menyedari keadaan ini dan melihat fenomena ini sebagai satu kerugian dan pengusiran orang Melayu daripada mendiami kawasan bandar.

2 Persoalan pendidikan dan status. Persoalan ini dikaitkan dengan permasalahan sikap yang lebih mementingkan kebendaan daripada ilmu. Kekurangan ilmu menyebabkan ibu Fuad terpedaya dengan muslihat Datuk Sukar. Fuad juga menyimpan perasaan rendah diri kerana status dan pendidikan yang berbeza dengan Junainah.
3 Persoalan kerakusan dan tamak. Datuk Sukar walaupun pemurah dan baik hati tetapi tidak terlepas daripada perasaan tamak dan rakus untuk mendapat kekayaan dengan cara mudah,iaitu dengan mengeksploitasi harta dan kebodohan orang lain.

4 Persoalan maruah dan harga diri. Fuad tidak rela tanahnya terlepas ke tangan orang lain dengan mudah, walaupun dibayar sejuta ringgit. Bagi Fuad tanah pusaka ayahnya adalah harga diri dan tempat bergantung maruah keluarganya. Dia rela kehilangan cinta Junainah daripada kehilangan haknya.
NILAI
1 Baik hati dan ikhlas.
2 Jujur dan rendah hati.
3 Keberanian,ketegasan dan menunaikan tanggungjawab.
4 Menjaga maruah dan harga diri.
PENGAJARAN
1 Baik hati dan ikhlas. Setiap kebaikan perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa muslihat disebaliknya. Datuk Sukar, berbuat baik, tetapi kebaikan mengandungi muslihat untuk mengaut keuntungan daripada tanah Fuad.
2 Jujur dan rendah hati. Kejujuran merupakan jambatan kasih sayang dan rendah hati pula akan memadamkan ego seseorang. Sifat ini boleh dicontohi daripada sifat Datin Sipah dan Junainah.


3 Keberanian,ketegasan dan menunaikan tanggungjawab. Seorang yang berjaya perlu berani dan tegas dalam tindakannya. Mereka ini akan bertanggungjawab terhadap amalan yang dipikulnya. Fuad boleh dijadikan contoh yang kerana berani dan tegas mempertahankan haknya.
4 Menjaga maruah dan harga diri. Maruah dan harga diri tidak dapat dinilai dengan wang dan harta. Itulah yang dipertahankan oleh Fuad dan ini boleh menjadi pengajaran kepada semua,supaya tidak mudah terpengaruh dengan wang sehingga sanggup memperjudikan masa depan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment