PROSA TRADISIONAL
KEZALIMAN MEMBAWA PADAH
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan seorang hamba Allah dari Pasai yang mahir dalam ilmu khayal lillah tauhid dua belas alam yang bernama Tun Jana Khatib datang ke Singapura.Sewaktu berjalan di pekan Singapura, berdekatan dengan istana, Tun Jana Khatib dipanggil oleh permaisuri dan diminta menunjukkan ilmunya.Pohon pinang terbelah dua apabila ditenung oleh Tun Jana Khatib.Perbuatannya itu menimbulkan kemurkaan sultan.Lalu dia ditangkap dan dihukum bunuh.
Sebaik sahaja dibunuh mayatnya hilang hanya terdapat kesan darahnya sahaja di bumi.Terdapat cerita yang mengatakan mayat Tun Jana Khatib telah terhantar ke Langkawi dan dikebumikan di sana.
Selepas pembunuhan Tun Jana Khatib, Singapura ditimpa bencana.Todak melanggar Singapura .Ramai rakyat mati apabila diperintah oleh raja bekubukan betis di pantai.Singapura terselamat daripada serangan todak dengan kebijaksanaan seorang kanak-kanak pintar yang mencadangkan kepada raja supaya membuat kubu batang pisang di pantai.Namun, budak pintar tersebut dibunuh angkara fitnah pembesar yang dengki.
Setelah Paduka Seri Maharaja mangkat, takhta kerajaan Singapura berpindah ke tangan Raja Iskandar Syah yang beristerikan anak Tun Perpatih Tulus.Baginda memperoleh anak lelaki yang bernama Raja Ahmad digelar Raja Besar Muda, dan dikahwinkan dengan Putri Kamarul Ajaib.Raja Iskandar Syah mengambil anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundiknya. Anak Sang Rajuna Tapa dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah setelah difitnah oleh gundik-gundik raja yang dengki.Oleh sebab malu dan dendam, Sang Rajuna Tapa membantu Betara Majapahit menyerang Singapura.
Majapahit berjaya menawan Singapura dengan bantuan Sang Rajuna Tapa yang membuka pintu kota.Raja Iskandar Syah melarikan diri ke Muar.Manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana menderhaka kepada sultan.
TEMA
Tema cerita ini ialah tentang kezaliman raja yang mudah menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa sehingga menzalimi rakyatnya yang tidak berdosa.Oleh sebab terlalu menurut perasaan cemburu, timbullah perasaan hasad dengki dan fitnah.Akibatnya,rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa hukuman bunuh.
PERSOALAN
Antara persoalan yang terdapat dalam cerita ini termasuklah hukuman bunuh ke atas Tun Jana Khatib.Tun Jan Khatib dihukum bunuh kerana Paduka Seri Maharaja berasa cemburu akan kehebatan Tun Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga tebelah dua di hadapan Raja Perempuan.
Persoalan berikutnya ialah tantang hukuman bunuh ke atas seorang budak.Seorang budak pintar yang telah berjasa kerana memberikan cadangan berkubukan batang pisang ketika menghadapi serangan ikan todak, telah dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja.Tindakan ini diambil kerana fitnah para pembesarnya yan cemburu dengan kebijaksanaan budak tersebut.
Persoalan seterusnya ialah tentang hukuman sula ke atas anak Sang Rajuna Tapa.Raja Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman sula ke atas gundik kesayangannya, iaitu anak Sang Rajuna Tapa setelah difitnah oleh gundik raja yang lain akibat cemburukan layanan raja terhadapnya.Akibatnya Sang Rajuna Tapa berasa marah lalu menjemput Majapahit menyerang Singapura dan dia sendiri belot dengan membuka pintu kota bagi membolehkan askar Majapahit masuk dan menyerang kota Singapura.
NILAI
1.Tidak terburu-buru dalam tindakan.
2. Kesetiaan kepada negara.
3. Kesabaran menerima dugaan.
4. Keadilan dalam pemerintahan.
5. Jujur dan ikhlas.
PENGAJARAN
1.Tidak terburu-buru dalam tindakan.
Sifat terburu-buru boleh menimbulkan banyak masalah.Oleh itu, berfikir dan selidiklah dahulu sebelum bertindak dan membuat keputusan.
2. Kesetiaan kepada negara
Jangan menggadaikan maruah negara kepada orang asing.Kita perlu setia kepada negara.Sikap dan tindakan Sang Rajuna Tapa boleh dijadikan iktibar dan jangan dijadikan contoh.
Kesabaran menerima dugaan
Meminta tolong dan bantuan kepada pihak musuh merupakan kerja yang sia-sia.Kita perlu bersabar apabila ditimpa bencana.Sikap tidak sabar Sang Rajuna Tapa telah memusnahkan dirinya sendiri.
4. Keadilan dalam pemerintahan
Seorang pemimpin atau raja tidak ajar berlaku zalim kepada rakyat.Setiap aduan rakyat perlu dipertimbang dan perlu diselidiki dengan adil.
Jujur dan ikhlas
Nilai ini terdapat dalam diri Tun Jana Khatib dan budak pintar.Tetapi kejujuran dan keikhlasan mereka dibalas dengan fitnah dan hukuman mati, angkara hasad dengki golongan tertentu.
KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih