LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Tuesday, January 12, 2010

ASAL USUL RAJA KECIL-PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 5

Bagus dan terima kasih kepada anak-anak 5 al Nafis kerana membaca teks prosa klasik Asal Usul Raja Kecil.Latar cerita ini agak banyak tempat dan ceritanya agak sukar jika tidak diamati dengan teliti.Ulangi pembacaan jika perlu untuk memudahan kefahaman.


Cerita Asal Usul Raja Kecil yang dipetik daripada hikayat siak ini mengisahkan anakanda Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang yang dilahirkan secara rahsia oleh bondanya Encik Pung di suatu tempat di negeri Johor.Laksamana pergi ke Selat Singapura untuk bertemu Raja Negara bagi membantunya menyerahkan anakanda sultan kepada Temenggung Muar, di Muar untuk dipelihara secara rahsia kerana takut dibunuh oleh Bendahara.Temenggung Muar membawa anak raja bertemu Laksamana di Johor. Wajah anak raja yang menyerupai almarhum ayahandanya telah menyebabkan rahsianya terbongkar.

Untuk menyelamatkannya, Laksamana meminta meminta bantuan Nakhoda Malim untuk memelihara raja anak itu. Nakhoda Malim pulang ke negeri Jambi bersama-sama anak yang dinamakan Tuan Bujang. Beliau membawa Tuan Bujang ke Pagaruyung menghadap Yamtuan Sakti dan menceritakan asal usul sebenar Tuan Bujang iaitu anak kepada saudara baginda Yang Dipertuan Johor. Yamtuan Sakti mengambil Tuan Bujang sebagai anak angkat. Sewaktu berumur 13 tahun, Tuan Bujang ke Batanghari menuntut ilmu. Tuan Bujang memperhambakan diri kepada Sultan Lema Abang di Palembang. Tetapi oleh sebab tulah dan daulat Tuan Bujang, Sultan Bujang, Sultan Lema Abang telah terkena tulah kerana memperhambakan Tuan Bujang.



Tema prosa ini ialah sejarah yang dikaitkan dengan asal usul keturunan Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang, Sultan Johor yang telah dibunuh oleh Bendahara.





3.Kerjasama.Dalam cerita ini dijelaskan laksamana, Raja Negara Selat, Temenggung Muar dan Nakhoda Malim bekerjasama menyelamatkan Tuan Bujang iaitu anak Encik Pung yang hendak dibunuh oleh Bendahara. Mereka membawa Tuan Bujang ke sana ke mari sehingga budak itu terselamat.

4.Pemerintah yang disanjungi. Almarhum Mangkat Dijulang merupakan seorang pemimpin yang disanjugi kerana, walaupun selepas kemangkatan baginda, baginda masih mempunyai pengikut yang setia dan sedia membantu Tuan Bujang, iaitu anak baginda yang mahu dihapuskan.


Kasih sayang.Contohnya,Laksamana sangat sayang kepada anak Encik Pung.
Belas kasihan.Contohnya,Nakhoda Malim berasa kasihan kepada anak Encik Pung dan sanggup memeliharanya.
Jujur dan amanah.Contohnya,Temenggung Muar memelihara anak Encik Pung dengan baik.
Menghormati orang tua.Contohnya,Tuan Bujang menyembah hormat kepada Yamtuan Sakti sebaik sahaja sampai di Pagaruyung.
Bekerjasama.Contohnya,Raja Negara,Temenggung Muar dan Nakhoda Malim bekerjasama menyelamatkan anak Encik Pung.

Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Kita hendaklah ada sifat penyayang,terutamanya kepada anak yatim.
Hormatilah orang yang lebih tua.
Kita hendaklah senantiasa amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Watak
Encik Pung
Raja Kecil/Tuan Bujang
Laksamana
Temenggung Muar
Bendahara
Raja Negara Selat
Nahkoda Malim
Puteri Jilan
Yamtuam Sakti
Yang Dipertuan Muda
Sultan Lema Abang

2 comments:

  1. cikgu...
    saya ambil kat sini je la untuk buat nota ye..
    (sya _nafis):)

    ReplyDelete
  2. cikgu..nota untuk prosa sabor xder ke?

    ReplyDelete