KESALAHAN TATABAHASA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR
Oleh
Mohd Zulkifli Ismail
SMK DATO AHMAD MAHER
Kata Majmuk Mantap
Semua kata majmuk hendaklah dijarakkan penulisannya contohnya ‘kereta api’ dan ’ibu bapa’ kecuali kata majmuk yang tetah pun mantap seperti di bawah.
· Antarabangsa
· Beritahu
· Bumiputera
· Kakitangan
· Kerjasama
· Matahari
· Olahraga
· Pesuruhjaya
· Setiausaha
· Sukarela
· Suruhanjaya
· Tandatangan
· Tanggungjawab
· Warganegara
Rangkai kata bebas
Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar
Salah | Betul |
Acapkali | Acap kali |
Aturcara | Atur cara |
Bandaraya | Bandar raya |
Ibubapa | Ibu bapa |
Gambarajah | Gambar rajah |
Kapalterbang | Kapal terbang |
Lebuhraya | Lebuh raya |
Keretapi | Kereta api |
Rekabentuk | Reka bentuk |
Rumahtangga | Rumah tangga |
Surirumah | Suri rumah |
Samada | Sama ada |
Suratkhabar | |
Segitiga | Segi tiga |
Tengahari | Tengah hari |
Temuramah | Temu ramah |
Terimakasih | Terima kasih |
Ulangkaji | Ulang kaji |
Kata Penguat Bebas
Kata penguat iaitu ‘Ter’,’Paling’,’Sekali’ tidak boleh hadir serentak .Pada amnya ,hanya satu penanda darjah penghabisan boleh hadir.Oleh itu ayat ‘terbesar sekali;’paling indah sekali’’paling besar sekali’ ‘terpandai sekali’dan ‘tercantik sekali’ tidak gramatis kerana masing masing membawa darjah penghabisan.Walau bagaimanapun ,awalan ‘ter’dan ‘sekali’ boleh hadir dengan tiga kata penguat bebas iaitu
1.amat
2.sangat
3.sungguh
Contohnya
· Teramat buruk
· Teramat mulia
· Tersangat bijak
· Tersangat bersih
· Amat pandai sekali
· Sungguh pandai sekali
· Sangat lincah sekali
Kata sendi nama ‘di’
Kata sendi nama ‘di’ hendaklah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa yang menunjukkan tempat.Kata sendi ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu ,masa atau zaman.
Salah | Betul |
DiKuala Lumpur | Di Kuala Lumpur |
Disana | Di |
Di antara satu sama lain | Antara satu sama lain |
Di dalam keadaan | Dalam keadaan |
Di antara perlabai kaum | Antara pelbagai kaum |
Di antara punca | Antara punca |
Dikawasan | Di kawasan |
Di antara mereka | Antara mereka |
Di dalam suasana | Dalam suasana |
Kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’
Kata sendi dari digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan arah,tempat atau waktu sahaja.Kata sendi ‘daripada’ pula hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia,haiwan,benda,asal kejadian dan perbandingan .
Salah | Betul |
Dari konteks | Daripada konteks |
Dari perbagai | Daripada pelbagai |
Daripada Dalam | Dari dalam |
Daripada Kuala Lumpur | Dari Kuala Lumpur |
….daripada pagi hingga | …dari pagi hingga.. |
Diperbuat dari kayu | Diperbuat daripada kayu |
…lebih tinggi dari Abu | …lebih tinggi daripada Abu |
Kata hubung pancangan relatif ‘yang’
Kata hubung relatif yang tidak boleh diikuti dengan perkataan mana.Ia berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.
Salah | Betul |
yang mana para pelajarnya | para pelajarnya |
yang mana lebih baik | yang lebih baik |
Kosa kata ‘ berbagai,berbagai-bagai dan pelbagai’
Kata berbagai bermaksud berbanding ,bersamaan
Berbagai-bagai bermaksud bagai-bagai,bermacam-macam,berjenis-jenis,beberapa yang berlainan.
Pelbagai bermaksud pelbagai,berbagai-bagai,beberapa jenis
Salah | Betul |
Berbagai usaha | Berbagai-bagai usaha atau |
| Pelbagai usaha |
Berbagai juadah | Pelbagai juadah |
‘Ramai’ dan ‘Banyak’
Ramai ditakrif sebagai riuh rendah,hiruk-pikuk(banyak suara dan lain-lain),sangat hebat,dahsyat(peperangan) dan banyak (orang).Makna utama bagi kata ramai ialah untuk menunjukkan suasana.
Banyak menunjukkan menunjukkan hubungan dengan jumlah atau bilangan tidak kira manusia ,benda atau binatang.Oleh itu tidak salah menggunakan banyak untuk menusia seperti anggapan sesetangah pengamal bahasa.
Contoh ayat
· Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam
· Orang ramai berpusu-pusu menyerbu….
· Orang ramai yang hadir ingin mendengar ucapan daripada peminpin negara.
Kata Pemeri Ialah dan Adalah
· Ialah=hadir di hadapan frasa nama
· Adalah=hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
Contoh
· Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.
· Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik
Nota
1. kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata naïf.
Contoh:siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab(salah)
Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab(betul)
2. kekecualian:kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata naïf dan frasa adjektif.
Contoh:kenyataan itu adalah tidak benar.(betul)
Kenyataan itu tidak benar.(betul)
3. kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Contoh:(a)Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.(salah)
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup
esok.(betul)
(b)Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat.(salah)
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.(betul)
Antara dan Di antara
Antara merupakan kata tugas berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah bergantung kepada penggunaan ayat .Kata sendi antara boleh menunjukkan perbandingan dan diikuti oleh kata nama yang tidak perlu diulang.Kata sendi antara juga boleh diikuti kata nama yang mengalami penggandaan dan kata bilangan tertentu.
Selain itu kata sendi nama antara boleh diikuti oleh kata ganti diri seperti mereka,kita dan –nya.Apabila kata sendi antara dan imbuhan ‘di’ digunakan ia mesti dipadankan dengan kata sendi ‘dengan’ bukan kata hubung ‘dan’.Bahkan kata sendi antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama ‘hingga’
Contoh
· Inilah antara hal yang mesti difahami dalam bidang pembentukan kata.
· Antara Kota Bharu dengan Pasir Mas ,banyak perbezaannya.
· Antara bandar dan desa,bandarlah yang lebih banyak kemudahannya.
· Hubungan politik dan ekonomi telah lama wujud antara wilayah Patani dengan negeri Kelantan.
· Mereka berunding antara adik beradik.
· …….perhubungan antara kedua-dua Negara
· Antara dua bangunan banyak perbezaannya.
· Antaranya,keluargalah yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan anak-anak.
· ………….di antara Kota Bharu dengan Pasir Tumbuh
· ………….di antara kerajaan dengan rakyat….
· ………….antara 10% hingga 50 %...
· ………….antara pagi hingga petang
· ………….antara lain
· ………….antara satu sama lain
· …………..antara satu dengan yang lain
‘dan’ dapat digunakan apabila kata sendi antara diikuti lebih daripada dua frasa nama.
….perundingan ekonomi antara Perdana Menteri
Imbuhan Awalan Yunani –Latin –Inggeris
Pro | Supra | Hipe | Kilo |
Tele | Oksi | Peri | pleo |
Anti | Hereto | Infra | Makro |
Multi | Paleo | Petro | Super |
Mono | Heksa | Inter | |
Neo | | Feno | Poli |
Hidro | Intra | Mikro | Neuro |
Pasca | Foto | Auto | Homo |
Iso | Mili | Orto | Penta |
Fito | Fotometri | Fitokrom | Pleonasme |
Superset | Lisme | Fomonik | Saintifik |
Polorisasi | Praktikal | Sistematik | Fitohormon |
Supersonic | Realisme | Fonetik | Potensi |
Kritikal | Magis | Fitoiklim | Pleoarus |
Sosialisme | Idealisme | Klasifikasi | Ekonomis |
Kritis | Fitotoksin | Pleoneksia | Superstruktur |
kolonialisme | Kapitalisme | Nasionalisme | Linguistik |
Revolusi | Klinikal | praktis | |
Kekeliruan tentang apitan Pe…..an dengan Per…..an
Bentuk apitan pe…an adalah sekeluarga dengan bentuk apitan pen…an,peng….an dan penge…an
Apitan pe…an berasal dari me…,men…,meng.. dan menge..
Apitan per..an ada hubungan dengan kata kata berlawan dengan kata-kata yang berawalan ber,be dan bel.
Kata berawalan me.. | Betul | Salah |
Melaksanakan | Pelaksanaan | Perlaksanaan |
Melantik | Pelantikan | Perlantikan |
Menswastakan | Penswastaan | Pengswastaan |
Mengebom | Pengebom | Pengboman |
Meletakkan | Peletakan | perletakan |
Mengecam | Pengecaman | pengcaman |
Kata berawalan ber,be dan bel | Betul | Salah |
Bekerja | Pekerjaan | Perkerjaan |
Belajar | Pelajaran | Perlajaran |
Berlaku | Perlakuan | Pelakuan |
Bersinggah | Persinggahan | Pesinggahan |
Berkampung | Perkampungan | Pekampungan |
Bergelabg | Pergelangan | Pegelangan |
Bermandi | Permandian | Pemandian |
bergunung | Pergunungan | pegunungan |
Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
Ayat Aktif
Ayat aktif mempunyai kata kerja transitif imbuhan men,memper,men…
Contoh
· Abu menendang bola.
· Karim memperkecil keupayaan anaknya.
· Budin mengumpulkan barang-barang lama sejak dari kecil lagi.
· Mamat ingin menemui pengetua untuk memohon cuti.
· Tun Braim Bapa memperhambakan dirinya kepada Sultan Ahmad.
· Salmah mempersetujui cadangan yang diberikan oleh anaknya.
Ayat Pasif
Ayat pasif biasanya menggunakan imbuhan di atau dikenal ayat pasif diri ketiga.
Ayat.pasif menggunakan imbuhan di..,diper..,di..
Biasanya ayat pasif diri ketiga menggunakan kata ganti orang ketiga seperti dia,beliau ,baginda dan mereka.
Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat pasif berawalan di dan diikuti frasa sendi oleh,ia dikenali sebagai ayat pasif diri ketiga.
Contoh
· Bola itu ditendang oleh Abu.
· Rumah itu diperbesarkan oleh Daud.
· Buku itu telah saya abaca.
· Buku itu telah saya pulangkan.
· Nenek telah anda ziarahi.
· Tempat itu telah saya kunjungi.
· Cadangan Aminah dipersetujui oleh ibunya.
· Bunga itu telah dipetik oleh Halimah pagi tadi.
· Baju itu telah dibeli oleh bapa di Kota Bharu.
Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah ayat yang diujarkanoleh pihak pertama . Ayat cakap ajuk disebut juga sebagai ayat dialog,iaitu ayat yang ditiru daripada apa-apa yang dituturkan oleh penutur asal.
Contoh Cakap Ajuk
· “Apa khabar sekarang?”tanya Ramli kepada Sudin.
· “ Di manakah rumah ramu?” tanya Linda kepada Aznil.
· “Jangan kamu hampiri orang gila itu,dia sungguh merbahaya”kata Milah kepada adiknya.
Cakap Pindah
Ayat yang telah ditukarkan kepada ayat penyata iaitu yang diujarkan oleh pihak ketiga dan disampaikan oleh orang lain.
Contoh cakap pindah
· .Ramli bertanyakan khabar keadaan Sudin sekarang.
· Linda bertanyakan kepada Aznil di manakah letaknya rumahnya.
· Milah menginggatkan adiknya supaya jangan menghampiri orang gila itu kerana orang gila itu sungguh merbahaya.
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
“Kamu mesti berada di sini tepat pada jam 3.00 petang”kata Mira kepada Azman. | Mira meminta Azman di situ tepat pada jam 3.00 petang. |
“Mengapakah kamu tidak datang semalam?”tanya Mira kepada Azman | Mira bertanyakan kepada Azman sebab dia tidak datang semalam |
Puan Salma bertanya kepada doctor,”Apakah sebenarnya penyakit yang saya alami?”. | Puan Salma bertanya kepada doktor mengenai penyakit yang dia alami selama ini. |
“Cis,Jebat derhaka ,turun kau untuk bertikam denganku”,kata HangTuah kepada Jebat. | Hang Tuah mencabar Hang Jebat supaya turun untuk bertikam dengannya. |
Ayat Susunan Songsang dan Ayat Susunan Biasa
Dalam bahagian ini soalan yang akan dikemukakan munkin juga teriri daripada soalan yang menghendaki pelajar menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa . Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang diikuti oleh bahagian predikat selepasnya.
Ayat susunan songsang pula ialah ayat yang mempunyai susunan yang berlawan dengan ayat susunan biasa,iaitu ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti oleh subjek selepasnya. Ayat sonsang sebenarnya ayat yang gramatis juga Yang berbeza dengan susunan biasa adalah dari segi penekannya. Jika bahagian predikatnya dipentingkan maka bahagian predikat itu di kedepankan dalam ayat berkenaan.Kebanyakan jenis ayat dapat disongsangkan.Lihatlah contoh-contoh yang terdapatdalam jadual di bawah ini:
Jenis ayat | Ayat susunan biasa | Ayat susunan songsang |
Ayat penyata | Dia terduduk di situ. | Terduduk di situ dia. |
Ayat perintah | Kamu keluar. | Keluar kamu. |
Ayat Tanya | Pegetua kamu siapa? | Siapakkah pengetua kamu? |
Ayat pasif | | Saya tulis |
| Emak termenung di situ. | Termenung emak di situ. |
| Kamu keluar dari sini. | Keluar kamu dari sini. |
| Siapakah yang datang semalam ? | Yang datang siapa semalam? |
| | Saya tulis |
| | |
Menggabung dan Memisahkan Ayat
Bahagian ini bertujuan untuk menguji kemampuan pelajar dalam kemahiran menyambungkan dan memisahkan ayat.
Dalam aspek menyambungkan ayat,pelajar dikehendaki menyambungkan ayat- ayat tunggal yang diberikan supaya menjadi ayat majmuk.Dalam aspek memisahkan ayat pula pelajar dikehendaki memisahkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal
Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk gabungan dan ayat
majmuk pancangan .
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan atau ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,serta,tetapi,sambil,dan sebagainya
Contoh Pisahkan Ayat
1.Salmi dan Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
· Zaki belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan,Kepong.
· Salmi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan ,Kepong.
2.Emak membeli sayur,ikan kerang dan sotong di pasar.
· Emak membeli sayur di pasar.
· Emak membeli ikan di pasar.
· Emak membeli kerang di pasar.
· Emak membeli sotong di pasar.
3.Masdor memakai baju Melayu warna kuning dengan kain samping yang berwarna hitam.
· Masdor memakai baju Melayu yang berwarna kuning.
· Masdor memakai kain samping yang berwarna hitam.
· Masdor memakai baju Melayu.
No comments:
Post a Comment