LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Friday, January 29, 2010

Puteri Li Po( Nota 5 Nafis)

PUTERI LI PO
SINOPSIS
Puteri Li Po dalam keadaan sedih di istananya.Dia duduk bersendirian di dalam taman.
Puteri Li P o bermimpi didatangi Jin Afrit yang hodoh ketika tertidur di taman.
Tun Perpatih Putih dan Hang Jebat mengajar Puteri tentang adat istiadat dan tatacara mengadap sultan.
Dalam majlis penganugerahan gelaran ‘Hang’ kepada Puteri Li Po,berlaku konflik antara Puteri dengan Sultan Mansor.Keengganan sultan mengirim salam kepada Raja China menyinggung perasaan Puteri Li Po.
Raden Galoh ke Istana Puteri Li Po dan menasihati Puteri Li Po supaya mula belajar adab bersuamikan Sultan Melaka.
Hang Jebat mempunyai hubungan kasih dengan Dang Wangi,dayang Puteri Li Po tanpa pengetahuan Puteri.
Sejak bertemu Hang Jebat,Puteri Li Po telah jatuh Hati kepada ketampanan dan kegagahan Hnang Jebat.
Dalam satu pertemuan di taman larangan istana Puteri Li Po meluahkan perasaannya kepada Hang Jebat tetapi ditolak oleh Hang Jebat.
Menyedari keterjanjuran sikap dan tindakannya,Puteri Li Po berasa malu dan berkurunh di dalam bilik.
Dang Wangi membocorkan hubungannya dengan Hang Jebat kepada Puteri Li Po.Dang Wangi diserahkan kepada Permaisuri Nurpualam.
Puteri Li Po mengubah sikap dan berazam untuk menjadi isteri Sultan Mnsor Syah yang baik.

TEMA
Dilema dan konflik nilai antara budaya yang berbeza.

-Perkahwinan diplomatik antara Sultan Melaka dengan Puteri Li Po telah membawa puteri itu ke Melaka.Tuanku Puteri menhadapi konflik dilema menerima hakikat dan tanggungjawab sebagai isteri keempat Sultan Melaka.Konflik jiwanya semakin menekan apabila berdepan dengan suasana baru yang di luar kebiasaannya.



PERSOALAN
Pertentangan nilai dan status.
-Persoalan ini dicetuskan melalui permasalahan dan konflik nilai yang melibatkan Puteri Li Po,Sultan Melaka,Hang Jebat dan Dang Wangi.Puteri Li Po kecewa kerana dijadikan alat demi diplomatik China-Melaka.Jebat pula berpegang kepada prinsip pahlawan Melayu,pantang dehaka kepada raja.Dang Wangi pula cukup sedar akan kedudukannya sebagai hamba raja.
Suasana masa dan persekitaran.
-Suasana dan persekitaran sering mengubah sikap dan tindakan seseorang.Puteri Li Po akhirnya dapat menerima hakikat dirinya sebagai isteri Sultan Melaka apabila baginda mula berpakaian Melayu dan bakal melahirkan zuriat Sultan Melaka

Kasih sayang
-Persoalan ini melibatkan cinta tiga penjuru antara Tuan Puteri Li Po,Hang Jebat dan Dang Wangi.Masalah yang kompleks ini ditangani dengan bijak apabila masing-masing kembali kepada fungsi dan peranan masing-masing.Puteri Li Po sedar tidak wajar isteri Sultan menyintai pahlawan raja dan kekasih dayangnya sendiri.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Puteri Li Po ialah isteri keempat Sultan Mansor.Puteri Li Po berusia 18 tahun.Beliau digambarkan sebagai seorang yang cantik,muka bujur sirih,mata agak sepet melentik tirus di hujung,bola matanya hitam bersinar dan rambutnya bersanggul dandanan Cina.
Perwatakan
Berani berterus-terang
-Puteri berani bertemu dengan Hang Jebat di taman larangan bagi menjelaskan perasaannya terhadap Hang Jebat.

Tidak berdendam.
-Walaupun malu apabila kasihnya kepada Hang Jebat tidak berbalas,Puteri Li Po tidak menyimpan dendan terhadap Hang Jebat.Malah dia merestui hubungan Hanh Jebat dengan Dang Wangi..
Menginsafi kesalahan dan kesilapan.
-Puteri Li Po cepat sedar akan kedudukannya di sisi Sultan dan kembali membetulkan kesilapannya dengan menumpukan kesetiaan kepada Sultan Melaka dan cuba mengamalkan budaya Melayu.

Watak Sampingan
Hang Jebat merupakan hulubalang Melayu Melaka.Beliau menggantikan tugas Hang Tuah.Beliau juga merupakan penasihat adat istiadat kepada Puteri Li Po.Kekasihnya bernama Dang Wangi,iaitu dayang Puteri Li Po.
Perwatakan
Setia kepada raja
-Hang Jebat menolak cinta Puteri Li Po bukan kerana Dang Wangi,tetapi kerana kesetiannya sebagai pahlawan Melayu kepada raja.




Tegas Pendirian.
-Hang Jebat tidak mudah dipujuk rayu.Pujukan Puteri Li Po tidak sedikit pun mempengaruhi pendiriannya yang tetap dengan prinsip yang dipercayainya.

Berani berterus terang.
-Hang Jebat berani berterus terang dengan Puteri Li Po ketika dia menolak cinta isteri raja itu..

Watak sampingan
Sultan Mansor Syah ialah Sultan Melaka pada abad ke-15.Baginda mempunyai empat orang isteri.Baginda menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan Majapahit melalui perkahwinan.Baginda mempunyai daulat.
Perwatakan
Bijaksana
-Baginda bijak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara besar China dan Majapahit.
Sabar dan bertolak ansur
-Baginda menghadapi kemarahan Puteri Li Po dengan sabar kerana baginda faham perasaan Puteri Li Po yang berdepan dengan situasi baru di negeri Melaka.


NILAI
Kebijaksanaan – Setiap masalah dan kerumitan perlu diatasi dengan bijaksana supaya kekusutan dapat diselesaikan dengan baik.Nilai ini dimiliki oleh Puteri Li Po.
Kesetian – kesetian antara isteri dengan suami,rakyat kepada raja digambarkan dalam drama ini dengan jelas melalui tindakan Hang Jebat dan Raden Galoh
Rasional – Setiap tindakan perlu dilakukan setelah membuat penilaian baik buruknya.Puteri Li Po walaupun melakukan kesilapan tetapi masih dapat berfikir secara rasional


PENGAJARAN
Insaf akan kesilapan.
-Manusia biasa melakukan kesilapan.Tetapi kesilapan itu perlu dijadikan pengajaran untuk kembali kepada kebenaran.
Tangani masalah derngan bijak dan bertenang.
-Apabila kuasa disalah guna akn berlakulah penyelewengan dalam pentadbiran.Setiap kerja yang dibuay bukan berasaskan ganjaran dan keuntungan diri yang akan diperoleh.
Kebangkitan dan kesedaran rakyat.
-Penindasan dan kezaliman tidak akan bertahan lama apabila rakyat mula sedar akan hak mereka yang terhakis dan dirampas.Kemarahan yang membuak akan membangkitkan penentangan yang boleh membawa kejatuhan pemimpin.

No comments:

Post a Comment