PROSA TRADISIONAL
SABOR
Nota Komsas 5 Nafis
SINOPSIS
Cerita Sabor mengisahkan SABOR yang dibawa oleh saudaranya, Jibor untuk tinggal di rumahnya.Setelah beberapa hari tinggal di rumah Jibor, timbul perasaan yang amat berahi dalam diri isteri Jibor, Siti Saiah terhadap Sabor.Setiap hari Siti Saidah asyik teringat akan Sabor dan mencari jalan untuk melepaskan berahinya dengan Sabor.Sebelum bertemu Sabor,SITI Saidah sebenarnya telah mengadakan hubungan sulit dengan Jauhari tanpa diketahui oleh suaminya.
Sikap Sabor ini menimbulkan kemarahan kepada Siti Saidah.Pada siang harinya, Siti Saidah menghadap Jibor dengan esak tangisnya mengadu kepada Jibor bahawa Sabor mencuba mencabul kehormatannya.Apabila mendengar pengaduan Siti Saidah, Jibor berasa sangat marah.Jibor merancang untuk membunuh Sabor secara muslihat.Jibor menghadiahkan kopiah Rom yang sangat cantik kepada Sabor dan menyuruh Sabor memakainya.
Pada suatu malam, Jibor tidak sedarkan diri setelah makan majun.Siti Saidah menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan nafsu berahinya terhadap Sabor. Malangnya, hasrat Siti Saidah tidak kesampaian kerana Sabor telah menolak kemahuannya.Sabor tidak mahu mengkhianati saudaranya.Sabor juga sedar perbuatan zina adalah sangat keji.
Selepas itu, Jibor menemui empat orang sipahi dan mengupah mereka untuk membunuh orang yang memakai kopiah Rom ketika menunaikan sembahyang Maghrib.
Ketika berada di masjid, Sabor berasa pening lalu menanggalkan kopiahnya dan meletakkannya di atas mihrab.Kopiah itu kemudiannya diambil oleh jauhari lalu memakainya.Ketika semua makmum selesai bertakbir dan imam sedang membaca Fatihah, empat orang sipahi muncul lalu memenggal kepala orang
yang memakai kopiah tersebut. Jibor berasa hairan apabila mendapati Sabor masih hidup.Baharulah Jibor sedar, Sabor tidak bersalah dan sebab itulah dia dilindungi Allah.Selepas itu, mayat jauhari pun dikebumikan.
TEMA
Cerita Sabor bertemakan orang yang mempunyai iman yang kuat, sentiasa takutkan Allah serta bersikap jujur dan dapat menghadapi segala ujian dan fitnah yang menimpanya.Cerita ini mengisahkan bagaimana Sabor berjaya menolak pujuk rayu dan ugutan Siti Saidah untuk berbuat jahat dengannya kerana dia sedar bahawa berzina adalah perbuatan yang sangat keji.Kejujuran serta ketakutannya kepada Allah menyebabkan Sabor terselamat daripada melakukan dosa besar dan mendapat perlindungan Allah daripada percubaan untuk membunuhnya.
PERSOALAN
Antara persoalan yang dipaparkan dalam cerita ini ialah tentang keinginan serta rasa ghairah yang meluap-meluap dalam diri Siti Saidah untuk berbuat jahat dengan Sabor.Pada suatu malam, Jibor tidak sedarkan diri setelah makan majun.Siti Saidah menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan nafsu berahinya terhadap Sabor.Malangnya, hasrat Siti Saidah tidak kesampaian kerana Sabor telah menolaknya.
Persoalan berikutnya ialah tentang sikap marah dan dendam Siti Saidah terhadap Sabor.
Sikap Sabor yang menolak hajatnya untuk berbuat jahat menimbulkan kemarahan Siti Saidah.Siti Saidah menfitnah Sabor dengan mengatakan Sabor cuba mencabul kehormatannya.
Persoalan seterusnya ialah tentang sikap Jibor yang mengambil sesuatu tindakan tanpa usul periksa.Jibor berasa amat marah apabila Siti Saidah mengadu bahawa Sabor cuba mencabul kehormatannya.Tanpa menyiasat terlebih dahulu,Jibor mengupah sipahi untuk membunuh Sabor.Usaha Jibor menemui kegagalan apabila dengan izin Allah, orang yang dibunuh oleh sipahi ialah Jauhari dan bukannya Sabor.
NILAI DAN PENGAJARAN
1. Nilai baik hati.
Kita perlu berbuat baik kepada orang lain apatah lagi terhadap sanak saudara sendiri.Contohnya, Jibor telah mengajak saudaranya iaitu Sabor ke rumah dan melayannya dengan baik.
2. Nilai taat kepada agama.
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah.Contohnya,Sabor sentiasa menunaikan solat, kemudian berdoa agar bertambah iman dan amalnya.
3. Nilai menghargai maruah diri.
Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri kita agar tidak dipandang hina akibat perbuatan kita sendiri.Contohnya, Sabor berjaya menolak pujuk rayu Siti Saidah untuk melakukan zina dengannya kerana sentiasa takutkan Allah.
4. Menurut hawa nafsu.
Jika kita terlalu menurut hawa nafsu, kita akan terdorong untuk melakukan perbuatan keji seperti berzina.Siti Saidah sanggup melakukan zina semata-mata
ingin menuruti hawa nafsunya.
5. Fitnah
Fitnah adalah perbuatan yang tidak seharusnya diamalkan kerana boleh menyebabkan orang yang tidak berdoa mendapat kesusahan.Sabor hampir menjadi mangsa bunuh angkara fitnah yang dibuat oleh Siti Saidah.
6. Bertindak tanpa menyiasat terlebih dahulu
Janganlah membuat keputusan atau tindakan tanpa menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu.Contohnya, Jibor mengambil keputusan untuk membunuh Sabor apabila isterinya Siti Saidah mengatakan Sabor cuba mencabul kehormatannya tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihan cerita isterinya tersebut.
No comments:
Post a Comment