LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Friday, June 26, 2009

Perlembagaan Persekutuan

BAB 2
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & PERLEMBAGAAN NEGERI (BHG. 1)
2.1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis yang disebut Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, B.Malik dan Hakim A. Hamid.
Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.
Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.

2.2 KONSEP KETERTINGGIANPERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
2.3 KANDUNGAN PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual di bawah ini:


2.4 CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA YANG DIGARISKAN DALAMPERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri).
Malaysia mempunyai raja berpelembagaan.
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan bercorak Westminster.
Malaysia mempunyai Parlimen dwidewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Malaysia mengutamakan ketinggian Perlembagaan.

2.5 KEBEBASAN ASASIWARGANEGARA MALAYSIA
Kebebasan diri
> Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang.
> Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis
lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke
hadapan seorang majistret untuk mendapatkan
perintah tahanan.
> Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak
polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia
ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia
hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang
dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
> Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis
tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohan habeas corpus
daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

Pengabdian dan kerja paksa
> Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
> Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan
undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan
kerahan bagi maksud-maksud negara.
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
> Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan
atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-
undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
> Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu
kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh
dibicarakan semula kerana kesalahan itu.
Sama rata
> Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.
> Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi
agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
> Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada
memasuki Persekutuan.
> Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di
seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
> Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
> Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
> Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

Kebebasan agama
> Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan
gamanya.
Hak-hak berkenaan dengan pendidikan
> Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara
berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
> Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan
menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam
kumpulan itu sendiri.
Hak terhadap harta
> Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang.
> Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi
mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan
yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment