LA TAHZAN,JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH,LA TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, LA TAHZAN ,JANGAN BERSEDIH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

CIKGU ZUL PASIR TUMBUH

Saturday, June 27, 2009

Pilihanraya

PILIHAN RAYA

1)Dalam sistem demokrasi berpalimen rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalui pilihan raya umum.

2)Bagi tujuan itu,pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun untuk memilih:

(a)Wakil rakyat Parlimen untuk memerintah negara

(b)Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri untuk memerintah negeri.

3)Namun pilihan raya umum boleh diadakan sebelum itu apabila Yang Di Pertuan Agong membubarkannya atas cadangan Perdana Menteri.

4)Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Badan Perundangan Majlis Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri Semenanjung Malaysia.

5)Sabah dan Sarawak diperuntukkan tempoh 90 hari untuk menjalankan pengundian disebabkan banyak penduduk yang tinggal dikawasan pedalaman menhadapi masalah keluar mengundi.

6)Pilihan raya kecil(Dewan Undangan Negeri)diadakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan luar jangka jika berlaku kematian,perletakkan jawatan atau perlucutan keahliah ahli Dewan Undangan Negeri.

7)Pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan kekosongan luar jangka tidak perlu diisi jika kekosongan berlaku dua tahun sebelum tamatnya tempoh dewan melainkan dimaklumkan oleh Speaker.


Sejarah dan Perkembangan Pilihan Raya

1)Kawasan pilihan raya berubah dari semasa ke semasa disebabkan pertambahan penduduk.Contohnya:

(a)Tahun 1959,terdapat 104 kawasan pilihan raya Parlimen dan 282 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

(b)Tahun 1990 terdapat,180 kawasan Parlimen dan 447 kawasan Dewan Undangan Negeri.

(c)Tahun 1999,terdapat 193 kawasan Parlimen dan 504 kawasan Dewan Undangan Negeri.

(d)Tahun 2004 terdapat 219 kawasan Parlimen dan 567 kawasan Dewan Undangan Negeri.

2)Pilihan raya pertama di Tanah Melayu dijalankan pada tahun 1951 untuk Majlis Pembandara Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1952 pula,diadakan untuk Majlis Pembandaran Kuala Lumpur.

3)Dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1955 pula,daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,parti Perikatan UMNO-MCA-MIC Berjaya memenangi 51 kerusi.

4)Isu yang diutamakan pada masa tersebut ialah kemerdekaan dan persemuafakatan antara kaum.

5)Secara umumnya,banyak faktor yang mencetuskan keputusan pilihan raya termasuk ketokohan calon,kekuatan parti politik,dasar parti dan kerajaan yang memerintah.

6)Walau bagaimanapun,pilihan raya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti politik yang memerintah dan parti pembankang.

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)

1)Sebagai mana yang termaktub didalam Pekara 113 hingga 120 Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi dasar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memelihara,menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi negara.

2)Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya ialah:

(a)Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dam penyemakan daftar nama pemilih.

(b)Mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat dengan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil.

(c)Menkaji dan menyempadankan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri.

(d)Mendaftar calon-calon yang bertanding dan menentukan calon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

(e)Menerima dan menyelidik rayuan tentang pilihan raya untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya .

Keanggotaan SPR

1)Suruhanjaya terdiri daripada:

(a)Pengerusi

(b)Timbalan Pengerusi

(c)5 orang ahli lain yang membantu dalam urusan SPR

2)Bagi tujuan keadilan dan ingin mendapatkan keyakinan rakyat,Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan sebuah badan yang bebas daripada kawalan politik.

3)Bahagian Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan pusat pentadbiran SuruhanjayaPilihan Raya.

4)Urusetia ini berperanan melaksanakan semua fungsi,dasar,dan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya dan ahli-ahlinya terdiri daripada:

(a)seorang setiausaha sebagai ketua tadbir

(b)pegawai pilihan raya negeri mengetuai pejabat pilihan raya negeri

(c)Kakitangan Urusetia

5)Syarat-syarat yang ditetapkan untuk ahli Suruhanjaya Pilihan Raya ialah:

(a)Mesti berumur kurang dari 65 tahun

(b)Tidak muflis

(c)Tidak memegang jawatan bergaji yang lain

(d)Bukan ahli mana-mana parti politik atau wakil Dewan Parlimen atau wakil Dewan Undangan Negeri

6)Seseorang ahli Suruhanjaya boleh meletakkan jawatan dengan mengutus surat kepada Yang Di Pertuan Agong.Dia hanya boleh dipecat melalui tribunal sebagaimana seorang hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya dia tidakl melanggar syarat kelayakan ahli.

Perjalanan dan Prosedur Pilihan Raya

1)Dalam pilihan raya,parti-parti politik yang berdaftar memperoleh majoriti kerusi di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan.

2)Bagi memastikan perlaksanaan dan perjalanan pilihan raya dilaksanakan dengan baik,undang-undang dan peraturan dibuat.Antaranya:

(a)Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954(Akta5)

(b)Akta Pilihan Raya (Akta 9)

(c)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)

(d)Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Pendaftaran Pemilih)1971

(e)Peraturan-peraturan Pilihan Raya,1959(Pengundian melalui pos bagi Semenanjung Malaysia)

(f)Peraturan Pilihan Raya 1968(Pengundi melalui pos bagi Sabah dan Sarawak)

Elemen-elemen Pilihan Raya

Dalam sesuatu pilihan raya,elemen-elemen berikut amat penting

(a)Pengundi

(b)Calon

(c)Bahagian pilihan raya

(d)Proses pilihan raya

PENGUNDI

1)Setiap pengundi(Kecuali Wilayah Persekutuan)dikehendaki membuang dua kertas undi dengan satu pemilihan untuk Wakil Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat

2)Seseorang yang layak didaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil terdiri daripada:

(a)Warganegara Malaysia

(b)Berumur 21 tahun keatas

(c)Telah berdaftar dengan suruhanjaya pilihan raya dalam daftar pemilih

(d)Bermaustastin di bahagian pilihan raya

(e)Tidak hilang kelayakkan

3)Para pengundi juga boleh kehilangan hak mengundi jika:

(a)Dia tidak sempurna akal

(b)Dia sedang menjalani hukuman penjara

(c)Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

(d)Telah memperoleh taraf kewarganegaraan asing

4)Urusan pendaftaran dan penyemakkan daftar pemilih/pengundi dijalankan sepanjang tahun.

CALON PILIHAN RAYA

1)Calon pilihan raya yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya merujuk kepada mereka:

(a)Warganegara Malaysia

(b)Berumur 21 tahun keatas

(c)Sempurna akal fikiran

(d)Tidak muflis

(e)Tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan tanpa pengampunan

(f)Tidak pernah didenda RM 2000 keatas tanpa pengampunan

(g)Calon wajib mengemukakan penyata perbelanjaan ketika pilihan raya selesai

2)Pilihan raya akan diadakan jika ada calon-calon dikawasan pilihan raya itu yang merebut jawatan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

1)Pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya ini berkaitan dengan jumlah penduduk dan keluasan kawasan berkenaan.

2)Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bertanggungjawab menyempadankan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dalam tempoh tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh akhir dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Tempoh Perlaksanaan Pilihan Raya

1)Pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri(DUN)diadakan 5 tahun sekali dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

2)Namun pembubaran boleh diawalkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi Dewan Rakyat dan Sultan/Yang Dipertuan Negeri bagi DUN

3)Sekiranya berlaku kekosongan kerusi akibat kematian,perletakkan jawatan dan sebagainya,pilihan raya kecil boleh diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan

4)Namun mengikut pindaan Perlembagaan Persekutuan,sekiranya kekosongan tersebut berlaku 2 tahun sebelum tamatnya tempoh dewan,maka kekosongan tersebut tidak perlu diisi melainkan mendapat persetujuan Speaker Dewan.

No comments:

Post a Comment